Thursday 1 December 2016

6 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Paling Popular


Sebut saja Pulau Pinang, semua dah terbayang-bayang nasi kandar, pasembor, mee sotong dan segala macam jenis makanan lagi. Memang kalau datang ke Pulau Pinang ni, pertama sekali orang cari adalah tempat makan yang best-best. Sebab tu orang cakap Pulau Pinang ni 'syurga makanan'.

Selain makanan yang best, Pulau Pinang ni juga terkenal dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang banyak. Saya sendiri yang dah 4 tahun menetap kat Pulau Pinang ni pun tak habis lagi terjah semuanya.


Entry kali ni, saya khususkan kepada 6 tempat menarik di Pulau Pinang untuk dikunjungi.

6 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Paling Popular

1. Bukit Bendera


Kalau datang ke Pulau Pinang, tak sah la kan kalau tak pergi Bukit Bendera. Wajib pergi.

Boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan) ataupun menaiki kereta kabel untuk ke puncaknya.

Sebaik sampai di atas, kita boleh lihat pemandangan indah seluruh bandar Pulau Pinang. Boleh jalan-jalan sambil ambil gambar. Ada foodcourt juga kat atas tu.

Kalau datang waktu pagi, sejukla juga tapi takdela sejuk macam Cameron Highland tu.

Lokasi :
Perbadanan Bukit Bendera,
Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam,
11500 Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi :
6.30 pagi hingga 11.00 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Boleh rujuk sini untuk harga tiket semasa >> Harga tiket Bukit Bendera

Boleh klik sini info lanjut dan perkongsian pengalaman saya sekeluarga di Bukit Bendera


2. Padang Kota Lama


Tarikan utama di Padang Kota Lama ni adalah makanan popular pasembur serta mee sotong dan tak lupa juga Fort Cornwallis, iaitu sebuah kota yang dibina pada tahun 1786.

Dalam Fort Cornwallis tu ada tinggalan sejarah seperti meriam lama, stor senjata api... 

Kawasan gerai makanan tu pula dah lama popular dan sekarang ni dah dinaiktaraf. Dulu first time saya pergi, memang agak daif juga tempatnya, sekarang dah cantik! Ada 2, satu di tepi Fort Cornwallis berhadapan padang serbaguna iaitu Esplanade dan satu lagi di tepi laut iaitu Medan Renong.

Selain tu, apa yang bestnya kat sini, kita boleh bersantai sambil ambil angin dan lihat pemandangan laut. Tenang jer rasa. Kami yang duduk di Pulau Pinang ni, hujung minggu tu selalu juga la pergi sini. Ada juga playground kat sini, sambil kita santa-santai, makan-makan, anak-anak pun seronok main kat sini.

Maklumat tentang Fort Cornwallis

Lokasi :
Fort Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
10200 George Town
Pulau Pinang

Waktu operasi :
9.00 pagi hingga 10 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Dewasa - RM10
Kanak-kanak - RM5

3. Batu Feringghi


Batu Feringghi cukup terkenal sebagai pusat pelancongan pantai di Pulau Pinang.

Kalau di Padang Kota Lama terkenal dengan tempat bersejarah dan makanannya, Batu Feringghi pula terkenal dengan pantai peranginan dan hotel-hotel menarik.

Sekarang ni, macam-macam aktiviti watersport ada di situ seperti jetski, waterski, berkayak dan sebagainya. Makanan pun banyak pilihan termasuk makanan laut, tempatan dan makanan barat.

Waktu malamnya pula, terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dibuka sepanjang jalan, popular dengan nama Batu Feringghi Night Market. Memang meriah.

4. Penang Street Art 


Hasil seni kreatif yang boleh dilihat di dinding bangunan sekitar Georgetown.

Ernest Zachanevic nama diberi, artis hebat daripada Lithuania yang menghasilkan mural-mural kreatif ini. Artis ini menggabungkan mural dan benda-benda sebenar seperti motosikal, basikal dan juga buaian di dalam hasil seninya yang tersendiri.

Sangat kreatif, cantik dan menarik!

Jadi, sambil bersiar-siar tu, anda bolehlah liarkan mata sedikit. Lepas tu, apa lagi, bergambar la dengan mural-mural unik ni ok :)

5. Countryside Stables Penang


Countryside Stables ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ramai yang mungkin belum tahu tentang kewujudan tempat ni, termasukla orang Pulau Pinang sendiri. Jadi, saya yang dah dah tau dan pernah pergi ni, rasa berasalah pula tak share dekat sini.

Sebabnya, tempat ni sangat menarik.
Kawasannya nyaman, cantik, bersih dan dijaga rapi.

Apa yang boleh anda lakukan di sini, bermesra dengan kuda, tunggang kuda, bagi kuda makan. Percayalah, rugi kalau tak datang especially yang ada anak-anak tu :)

Lokasi :
Countryside Stables Penang
Lot 10050, 
Jalan Sungai Burung, 
Sungai Burung, 
11000 Balik Pulau, 
Pulau Pinang

Waktu operasi :
2.00 petang hingga 7.30 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM3

Boleh klik sini info lanjut dan perkongsian pengalaman saya sekeluarga di Countrysides Stables Penang

6. Penang 3D Trick Art Museum


Muzium ini penuh dengan hasil seni mural yang memberikan efek 3D dan juga figura bersaiz sebenar!

Memang unik dan menarik.

Di sini juga ada staff yang akan membantu anda mengambil gambar dengan cara dan posisi yang betul supaya nampak real. Dah nama pun 3D Trick kan :)

Lokasi :
10, Lebuh Penang, 
10200 George Town, 
Pulau Pinang

Waktu operasi :
9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi hingga 8.00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga tiket :
Dewasa - RM15
Kanak-kanak - RM10

Ok, cukup dulu la 6 tempat kan.
Ini pun dah ambil 2 hari ni nak pergi semua tempat.
Belum masuk bab tempat-tempat makan yang best lagi ni.

Yang lain-lain pun banyak lagi, tapi saya share yang paling popular la ye. Sedang elok la kan, cuti sekolah baru bermula ni. Ibu bapa yang belum ada plan lagi nak bawa anak-anak ke mana, jemputla datang ke Pulau Pinang.

Dan, jangan lupa naik feri tau :)

No comments: