Bagi yang baru berkahwin, hal ini kadang kala tidak menjadi perkara
nombor satu dalam kepala. Apabila mula masuk setahun, dua tahun barulah
terasa ada masalah dengan kesuburan jika tidak mengandung lagi.
Sememangnya hal ini adalah urusan Tuhan tetapi janganlah sesekali kita tidak berusaha untuk memastikan kesuburan kita di tahap optima sepanjang masa.
Berikut saya kongsikan 5 pantang larang yang perlu anda ambil kisah dan tindakan segera kalau anda sedang berusaha untuk hamil.
5 Pantang Larang Untuk Cepat Hamil
1. Pilih makanan sihat
Definisi makanan sihat?
Makanan yang baru dimasak, buah-buahan segar dan juga sayuran. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.
Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.
2. Kawal berat badan
Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat.
Jika anda tidak cukup berat, ambil supplement dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.
3. Elak aktiviti berat
Aktiviti berat akan memberikan anda risiko 'sukar mendapatkan anak'. Ini bermaksud kesuburan anda juga akan terjejas akibat aktiviti seperti mengangkat barangan berat melebihi 20kg.
Biarkan barang-barang berat ini diangkat oleh sang arjuna. Jangan terlalu memaksa diri.
4. Jauhi kafein
Kafein baik untuk merangsang otak anda tetapi ianya tidak bagus untuk perkembangan hormon kesuburan.
Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum susu.
5. Lakukan pemeriksaan rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta tanya kepada doktor sekiranya anda ada masalah lain yang perlu diselesaikan.
Tahukah anda bahawa masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk anda yang sedang berusaha untuk hamil.
Saya doakan yang terbaik :)
Anda mungkin juga berminat dengan Punca Sukar Hamil Dan Tips Untuk Atasi Masalah Kesuburan

No comments:
Post a Comment