Wednesday 30 November 2016
10 Cara Mudah Kurangkan Selera Makan Supaya Badan Tak Mengembang
Berat badan susah turun.. masalah negara ni :)
Masih ramai yang tak temui jawapan, kenapa berat badan tak turun-turun walaupun rajin buat senaman. Malah ada yang gigih diet namun jarum penimbang tetap tak berundur!
Punca paling utama berat badan susah nak turun ni adalah susah nak buang tabiat terlebih makan.
Dalam erti kata lain, nafsu dan selera makan membuak-buak.
Jika anda kerap rasa tidak selesa dan terlalu kenyang selepas makan, ini masanya untuk melakukan perubahan. Atasi tabiat terlebih makan ni kalau betul anda nak kurus.
Jom saya kongsikan 10 tabiat buruk yang buatkan anda terlebih makan.
Cuba semak balik, adakah anda ada buat beberapa perkara ni..
Jika ya, silalah ubah sebelum saiz seluar bertukar...
10 Cara Mudah Kurangkan Selera Makan Supaya Badan Tak Mengembang
1. Dahaga tapi pilih untuk makan
Kebanyakan orang keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, sukar untuk mengetahui sama ada anda rasa dahaga atau lapar.
Oleh itu cuba minum air dan tunggulah antara 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi?
2. Tak sarapan pagi
Meninggalkan sarapan pagi kelihatan seperti cara baik untuk menjimatkan kalori.
Tetapi jangan pelik kalau anda mula makan banyak waktu tengah hari, malah lagi terus sapu apa sahaja apa yang ada depan mata.
Jika anda tidak ada masa untuk masak sarapan yang menyihatkan, apa kata rancang terlebih awal untuk menyediakan resipi sihat.
3. Makan depan TV atau komputer
Ramai yang suka makan depan tv dan komputer.
Inilah punca GEMUK sebenar sebab tak tengok jumlah makanan dan akhirnya terlebih makan. Ini kerana anda tidak bersambung dengan aktiviti makan itu. Apabila minda anda sedang serius dan berfikir dengan mendalam terhadap plot rancangan televisyen atau e-mel yang sedang anda baca bermakna anda tidak ada masa untuk fokus terhadap makanan.
Waktu makan hanya untuk makanan.
4. Suka jadi 'tong sampah'
Jangan sesekali makan lebih daripada sepatutnya.
Jika beli makanan, hadkan jumlah makanan yang dimakan. Kena ada kawalan terhadap keinginan untuk menambah lagi makanan. Jika ada makanan yang terlebih, elakkan dari menghabiskannya. Lakukan apa sahaja asalkan anda mengawal keinginan makan berlebihan.
Jangan pula niat nak jadi 'tong sampah' kerana tak nak membazir!
5. Teman si dia makan
Selalu berlaku, awalnya niat nak teman pasangan makan. Terlalu lama merenung makanan, akhirnya terbabas sampai makan sekali! Situasi ini sering berlaku apabila anda masak dan makan bersama-sama.
Jika ini masalah anda, ikutlah tip ini apabila masak di rumah. Gunakan bahan-bahan yang sama tetapi masak hidangan yang berbeza. Anda pilih hidangan yang lebih sihat dan kurang kalori.
6. Guna pinggan & mangkuk besar
Tahukah bahawa saiz pinggan atau mangkuk boleh menjurus kepada makan berlebihan?
Apabila terdapat lebih banyak ruang pada pinggan atau mangkuk, ini membuatkan bahagian makanan kelihatan sedikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutnya anda makan.
Selepas ini, boleh guna pinggan kecil ya!
7. Ikut sangat keinginan
Waktu makan tu tak ingat apa dah, ikutkan nafsu je. Pantang nampak.
Selepas dah makan baru rasa menyesal. Ramai yang ada masalah macam ni kan?
8. Pandang remeh snek
Malangnya, ada antara kita yang menganggap makan snek atau makanan ringan adalah tidak baik.
Tahukah anda, makanan ringan atau snek boleh membantu anda mencapai sasaran menyihatkan. Asalkan anda mengikutnya melalui perspektif sihat. Menikmati snek sihat antara waktu makan boleh membantu supaya tak terlebih makan.
9. Terlebih makan selepas bersenam
Bersenam dah elok tapi jangan gunakan alasan tersebut untuk menurut kata hati dan makan dengan banyak. Melainkan waktu makan, snek selepas waktu bersenam seharusnya mengandungi lebih kurang 150 kalori.
10. Konon stres, ikut sangat emosi
Ada sesetengah orang, suka hilangkan tekanan dengan pilih jalan makan sepuas hati.
Makan dengan banyak apabila berada dalam keadaan tertekan atau sedih akan membuatkan anda berlaku tidak adil pada tubuh. Sendiri yang rugi tau :)
Nampak macam senang nak ubah..
Tapi tak jugak kan sebenarnya.
Tapi, bak kata pepatah..
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semangat kena kental ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment