Thursday 16 February 2017

5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras


Kutu Beras. Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu! Nak hilangkan kutu beras satu per satu memang bukan satu kerja yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Kadang-kadang masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras hingga ketika dimasak, kita masih lagi jumpa beberapa ekor kutu tu di antara nasi. Memang geram dibuatnya kan!

Rasa macam nak buang je beras yang berkutu tu dan beli beras yang baru. Tapi, sayang la pulak, membazir kot.


Antara cara untuk kita mencegah dan menghilangkan masalah kutu beras ini, antaranya:

5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras

1. Daun Asam Jawa 

Masukkan dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.

2. Cili Kering 

Gunakan cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!

3. Bawang Putih 

Anda boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat. Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika disimpan terlalu lama. Sebaiknya, anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.

4. Kulit Kayu Manis 

Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.

5. Jemur Di Tempat Panas 

Masukkan beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti ‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20 minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih. Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian buanglah kutu-kutu itu.

Semoga bermanfaat.
Thanks for reading :)

 

No comments: