Monday, 17 October 2016

Cara Menghilangkan Jerawat. Umur 30an Tapi Masih Ada Jerawat? Ini Puncanya


Siapa cakap jerawat hanya jadi bila waktu remaja je?
Biasanya orang tua-tua cakap, jerawat gatal tu. Yer la budak-budak baru nak up kan :)

Tetapi faktanya, ramai jer orang dewasa yang berusia 30-an, 40-an malah 50-an pun masih belum bebas dari serangan jerawat ni.

Bayangkan la dari zaman remaja sampai dah kahwin beranak-pinak pun kulit masih juga penuh jerawat pelbagai rupa. Stress kan. Ada tu pula, yang zaman remaja kulit cantik je takde masalah tetapi tiba-tiba dah makin meningkat usia tu jerawat datang menyerang pulak. Yang ni lagi stress.

Kenapa agaknya macam tu ye?

Menerusi website, American Academy of Dermatology (AAD), ada dijelaskan 5 punca utama kenapa jerawat masih menyerang anda yang berumur 30 tahun ke atas.

Jom kita ketahui punca-punca ni, supaya bila dah tau puncanya barulah senang nak atasinya kan.


1. Perubahan hormon

Masalah berkaitan hormon ni adalah masalah dalaman.

Majoriti kaum wanita yang mengalami masalah jerawat, terutamanya jerawat yang agak serius ni adalah disebabkan hormon yang berubah-ubah.
  • Ketika haid
  • Ketika hamil, pra-menopase dan menopause
  • Ketika sedang atau berhenti mengambil pil perancang

2. Stress

Sememangnya ada kajian yang menunjukkan stress juga boleh menyebabkan jerawat.

Apabila kita stress, tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak androgen (jenis hormon). Hormon ini merangsang kelenjar minyak di kulit yang membuatkan jerawat mudah naik.

Maklumlah, bila dah makin meningkat usia ni, banyaknya la hai 'masalah negara' nak kena fikir. Dengan hal kerjanya, hal rakan sekerja, hal kewangan, hal keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi. Bukan jerawat je naik, muka pun cepat berkedut seribu tau :(


3. Keturunan

Ini adalah berkaitan dengan genetik.

Ramai juga yang mungkin tak sedar yang ini adalah punca utama kenapa kulit mereka bermasalah.

Seperti mana yang pernah saya ulas sebelum ni tentang Punca Sebenar Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang Yang Wajib Anda Ambil Tahu, selain jeragat, masalah jerawat juga ada yang berpunca dari faktor keturunan.


4. Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai

Sesetengah orang, guna lah produk apa pun. Kulit ok je takde masalah.

Tapi, kalau anda tergolong dalam golongan kulit yang sensitif dan bermasalah, kena hati-hati ya dalam memilih produk penjagaan kulit ni.

Jangan lihat hanya pada testimoni, tetapi lihat juga pada kandungan produk tu.

Dan lagi satu, jangan suka tukar-tukar produk ya. Tabiat sekejap guna A, sekejap guna B, sekejap guna C ni lah yang akan merosakkan lagi kulit anda.

Pilih yang selamat serta semulajadi, dan guna dengan betul, konsisten dan sabar.

Anda mungkin juga berminat dengan Tips Memilih Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak


5. Kekurangan vitamin

Ramai yang tak sedar, kekurangan vitamin tertentu juga adalah punca utama masalah jerawat yang tak berkesudahan.

Antaranya seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Zink...

Selalu dengar kan, orang cakap kalau nak kulit cantik, rajin-rajinla makan buah dan sayur. Hah, sebab buah dan sayur ni kaya dengan vitamin.

Tapi, itulah masalah kita ni, nak makan buah sebiji sehari pun susah. Tambahan pula, tanaman sekarang bukan macam zaman dulu dengan penggunaan bahan kimia yang berleluasa, dengan tanaman pun sekarang banyak yang diproses dan diubah-suai.

Jadi, disebabkan tulah kita sangat-sangat memerlukan supplement tambahan untuk menampung lompong-lompong vitamin dalam badan kita ni.

Bila dalaman cantik dan sihat, luaran pun pasti cantik dan sihat.


Anda juga mungkin berminat dengan Cara Hilangkan Jerawat Paling Mudah Dan Berkesan

No comments: