Wednesday, 19 October 2016

Tips Hilangkan Perut Buncit Dan Menggeleber Selepas Bersalin


Masalah perut buncit dan menggeleber ni adalah salah satu masalah normal bagi setiap ibu selepas bersalin. Dengan stretchmark lagi, peha dan lengan pun sama naik menggeleber, shaping badan memang out la. Memang semua ni 'masalah negara' la untuk ibu yang baru bersalin.

Malu jugak kan dengan suami, nak-nak kalau suami tegur. Kadang-kadang, suami ni ada yang tegur serius maksudnya memang kena 'do something' la. Tapi, ada juga yang tegur-tegur manja, bergurau gitu. Tapi itu pun dah buatkan kita cukup malu kan.

Lagi parah, kalau orang lain tegur, "Ko pregnant lagi ke?"

Aduh..

Kenapa Perut Buncit Selepas Bersalin?

Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap Ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan Ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang Ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan Ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap Ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan Ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang Ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan Ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Baby dah keluar dah, tapi kenapa perut masih buncit?

Ok. Bayangkan perut yang asalnya kempis dan selim-melim tu mengembang untuk menampung air ketuban, berat badan bayi selama sembilan bulan. Sembilan bulan tau!! Bukannya sekejap.

Segala urat pun mengembang.

Itu yang kalau tak jaga betul-betul tu, dengan angin pun masuk lagi. Dah bertambah kembang setaman.

Ditambah dengan segala lemak yang terkumpul di bahagian perut dan juga proses penghadaman yang kurang lancar semasa mengandung, semasa dan selepas bersalin.


Kenapa Perlu Kempiskan Perut Selepas Bersalin?

Perut yang buncit dan menggeleber, kalau dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan makin mengembang tau, and of course la boleh menjejaskan penampilan ibu.

Siapa yang tak nak nampak cantik, itu kan fitrah manusia.

Namun, selain untuk nampak cantik, apa yang lebih penting adalah faktor kesihatan.

Saiz lingkaran pinggang berlebihan akan mendedahkan ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

Lagipun, individu dengan kadar lemak yang tinggi di perut ni, dia akan cenderung untuk mempunyai nafsu makan yang besar. Ini kerana, lemak berlebihan dalam tubuh menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan dan buatkan seseorang tu makan dalam jumlah yang banyak.

Akibatnya, masalah perut buncit akan makin sukar diatasi.

Cara Terbaik Untuk Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

Ada segelintir ibu yang nak langsing cepat, mula ambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan diri dan bayi.

Hati-hati ya. 

Apa saja yang kita buat, yang kita makan, paling penting kita hati-hati dan fikirkan jangka masa panjang. Jangan hanya fikir nak cantik sampai sanggup risikokan nyawa dan kesihatan sendiri.

So, di sini saya ambil peluang untuk berkongsi dengan anda, tips untuk kempiskan perut buncit dan sekaligus kurangkan berat badan selepas bersalin.

Apa yang saya kongsikan ni juga adalah berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya dah amalkan. So, anda pun cuba tau..

Cara 1 : Susukan bayi

Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Dan, lagi bagus diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun.

Menyusukan anak sangat-sangat membantu badan kita untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Sebanyak 500 kalori terbakar sehari hanya dengan anda menyusukan si comel anda. Sangat mudah kan?


Cara 2 : Minum air masak secukupnya

Pastikan anda konsisten dengan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari. Biasakan diri dengan menyukat jumlah air masak yang diambil. Paling mudah, sediakan air masak dalam botol 1 liter tu, senang nak kira kan berapa banyak dah minum air masak?

Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak setiap hari. Jadi  kalau berat dah capai 60kg, tak ke dah 2.4 liter air masak kita kena minum?

Tips dari saya, minum air sebelum makan. Jangan sesekali makan bersulam dengan air.

Minum air sebelum makan akan membantu metabolism badan meningkat, melancarkan penghadaman, elakkan makan berlebihan dan elakkan lemak terkumpul di perut.


Cara 3 : Senaman

Perut juga menggelebeh disebabkan ketiadaan otot di sekitar perut. Mana taknya, lemak je ada, gelebeh ler jadinya.

Jika lebih banyak otot yang dibina, lebih rendah kebarangkalian untuk lemak terbentuk di sekeliling perut.

Rajin-rajinkanlah diri buat sit-up ke stomach crunch ker. Hasilnya, perut akan kempis dan pinggang menjadi langsing.


Cara 4 : Kawal pemakanan

Amalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat.

Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber.

Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu.


Cara 5 : Ambil supplements

Walaupun 4 tips yang saya kongsikan di atas ni nampak mudah, tapi agak susah juga sebenarnya bagi sesetengah orang. Badan rasa susah sangat nak kurus, perut pun maintain buncit macam ada baby lagi.

Ada yang mungkin gagal mengawal selera makan sendiri, kerap berasa lapar, masalah metabolisma badan yang mungkin agak rendah, masalah pengahadaman dan masalah-masalah lain yang menyukarkan lagi misi nak kurangkan berat badan dan kempiskan perut ni.

Sebab tu, cara ke 5, ambil supplements ni adalah cara yang paling penting dan sangat membantu untuk menjayakan misi kita nak kembali langsing ni :)

Thanks to Shaklee, yang dah banyak membantu ibu yang dah beranak ni, termasuk saya of course, untuk maintain cun, sihat, cergas dan langsing. Alhamdulillah.

Supplements yang membantu kempiskan perut dan kurangkan berat badan selepas bersalin:

Alfalfa : Detox, melancarkan penghadaman, kesihatan dalaman wanita, buang angin, dan juga sebagai milkbooster yang bagus

Lecithin : Pemecah lemak

Omega Guard : Bakar lemak-lemak yang mendap

ESP : Membantu bagi rasa kenyang so elak makan berlebihan, protein so bagus untuk otot untuk anjalkan perut yang menggeleber, juga beri tenaga dan cantikkan kulit


Semoga dengan tips mudah yang saya kongsikan hari ni, dapat memberi manfaat dan membantu anda semua ibu-ibu lepas bersalin yang ingin kembali kelihatan lebih cantik dan lebih yakin terutamanya untuk tatapan suami sendiri. Dah dapat tips mudah ni, jangan lupa untuk amalkan ye

Usaha kena sabar dan berterusan tau
Bukan seminggu dua dah semangat bagai, lepas tu give up.

Mesti boleh punya la kan. Ibu-ibu semua orang yang hebat :)

Klik sini untuk koleksi Testimoni Set Kurus Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: