Tuesday, 18 October 2016

Rawat Penyakit Tibi Atau Batuk Kering Yang Boleh Membawa Maut


Assalamualaikum

Ok, kali ni saya nak berkongsi tentang suatu penyakit berjangkit yang biasa kita dengar iaitu tibi atau batuk kering. Walaupun penyakit ni biasa kita dengar, namun mungkin ramai yang kurang peka engan risiko penyakit ni.

Penyakit tibi atau batuk kering ni merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang cepat dan sempurna.

Apa Itu Penyakit Tibi

Penyakit tibi (Tuberculosis) atau batuk kering ni disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian badan yang lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinngang dan kulit.


Cara Jangkitan Penyakit Tibi

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ni terdedah kepada jangkitan kuman tibi.

Tanda & Gejala Penyakit Tibi

Berikut adalah tanda-tanda seseorang dijangkiti penyakiti tibi:
  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih
Cara Mengesan Tibi

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi, anda akan diminta:
  • Melakukan pemeriksaan kahak 
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat

Cara Merawat Tibi

DOTS (Directly Observed Treatment - Shortcourse) atau 'Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus' merupakan kaedah untuk merawat tibi.

Rawatan ini dijalankan selama 6 bulan supaya semua kuman tibi di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit perlu menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.

Selepas itu, pesakit perlu terus mengambil ubat 2 kali seminggu selama 4 bulan di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Antara ubat yang diberikan adalah:
  • Isoniazid
  • Rifampicin
  • Pyrazinamide
  • Streptomycin
  • Ethambutol
Ubat-ubatan ini akan memberi kesan sampiangan kepada pesakit seperti loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan.


Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Tibi

Selain rawatan DOTS ni, pesakit Tibi juga boleh mencuba rawatan alternatif lain.

Antaranya adalah dengan pengambilan Vivix.

Vivix
  • Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan serta membersihkan saluran pernafasan
  • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru
  • Membantu mempertingkatkan imunisasi tubuh
  • Membantu memberi tenaga kepada pesakit

Testimoni Pesakit Tibi Sembuh Dengan Vivix

Testimoni 1


Testimoni 2


Berminat nak cuba Vivix untuk masalah tibi atau batuk kering boleh hubungi saya ya.

Anda mungkin juga berminat dengan Batuk Teruk Tak Berhenti-henti Tanda Jangkitan Kuman Paru-paru


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: