Tuesday, 20 November 2012

Day 3 : Singgah Putrajaya pulak....

lamanya aku ambik masa nak sambung entry hari ketiga ni:)

hari ketiga di Kuala Lumpur, actually takde arah tujuan sangat. pagi tu kami anak beranak teman kakak aku g Putrajaya, ada benda dia nak settle. punyala panas terik kat situ, memang tak dapatla jalan-jalan. cukupla seharian sebelum tu mandi-manda di Desa Water Park , cerita kat entry sebelum ni ok. dah habis sunburn anak-anakku:)

lepas dah settle kat Putarajaya tu, kitorang singgah kat Carrefour Wangsa Maju pulak. makan2 kat situ, then shopping sikit2. memang tak boleh ke mana pun, sebab pukul 3.00 petang macam tu dah start hujan lebat.

macam biasa, jom layan gambar. sementara tunggu kakak aku g settle benda, aku bawa Qistina and Irfan pusing2 bangunan kat situ:)

on the way bersama cik puan driver:)

kakak and Irfan setia menunggu mak long

 pak long yang rajin melayan kakak and Irfan

 gambar apa ni??
gambar maxi dress yang aku pakai. mana lagi kalau bukan beli kat Poplook kan.
suka sangat pakai dress Poplook, sangat-sangat selesa

gambar, tangkapan ihsan dari anak daraku:)

 Walaupun seharian berjemur di Desa Water Park sehari sebelum, kulit ku maintain gitu. Alhamdulillah.
kalau tak, mau hitam berbelang kulit aku. jerawat jangan cakap la kan:)

If berminat nak mencuba F'iena Beauty
boleh SMS Cik Jatt at 013-4894037 ok.
InsyaAllah, berbaloi-baloi.

Produk ni sanga-sangat berkesan untuk meyelesaikan masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam,
menjadikan kulit wajah semakin cerah, halus dan berseri.

Boleh layari my beauty blogshop untuk product information dan testimonial dari pengguna F'iena Beauty ok.
Sila klik link di bawah

Thursday, 15 November 2012

Day 2 : Aksi bermandi-manda di Desa Water Park

Bersambung dari entry ni, so second day aku bawa anak2 g mandi-manda kat Desa Water Park. awal-awal pagi lagi kami dah keluar dalam pukul 9.30 pagi macam tu. g breakfast dulu kat kedai mamak, then baru bertolak pergi. sesat jugakla dua tiga kali, sampai singgah balai polis tanya jalan. hehe..

Alhamdulillah, dalam pukul 10.30 pagi macam tu kitorang sampai. time sampai tu, tengok ramai jugakla orang dah kat dalam tu. tapi seb baik tak perlu que beli tiket. harga tiket untuk ADULT RM 30 dan CHILDREN RM 20. yang bestnya, beli 5 tiket dapat FREE 1 tiket. save RM 30, jimat jimat.

Ni second water park aku bawak anak2 aku g mandi. first dulu, bawak g Bukit Merah Laketown Water Park, cerita kat entry ni ok. antara kedua-dua water park ni, of course Desa Water Park is much much more better and happening. pool lagi besar, mainan semua still baru dan best, air pun bersih. Bukit Merah Laketown Water Park kurang best sikit, mungkin sebab dah lama kut.

sampai pukul 4.00 petang kami kat dalam pool tu. memang puas hati sangat2, semua pool aku and anak2 terjun. slide tu jangan cakapla, tak tau berapa kali kitorang dok slide kat situ. Irfan takut air sikit, mula2 tu tak nak main sangat, lama2 tu, dah mula syok, siap tak mau balik lagi:)

let's enjoy our photos pulak:)

 yeyyy!!! dah sampai!!!

 kakak and Irfan dah ready

 PINK GIRL:)

macam biasa la kan, no outside food and drinks are allowed

 confirmla kakak and Irfan dah lebih..

tiket dah beli, JOM TERJUN!!

mak long ajar kakak swimming

Irfan dah syiok:)

mama berehat sat

mak tok pun join sekaki:)

Irfan suka betul main pistol air ni, kakak usya jer:)

 Irfan main ngan kawan baru...

mak dan abang iparku

Tuesday, 13 November 2012

Day 1 : Pesta Makanan di PWTC dan Karnival Upin Ipin di Stadium Titiwangsa

Salam semua:)

Wahh.. penatnya. baru jer balik dari becuti panjang kat rumah kakak aku kat Ampang.
sajer jer ajak cik abang bawa jalan-jalan g rumah mak long diorang, asyikla cakap nak g rumah mak long. kitorang bertolak dari Penang dalam pukul 4.00 pagi macam tu. so sampai sana dalam pukul 8 lebih cenggitu. cik abang awal2 dah cakap dia takkan ikut kitorang g jalan-jalan, sebab dia dah ada plan nak g jumpa member2 kereta dia. jadinya, macam biasa, aku and anak2 g jalan2 dengan kakak and abang iparku.

actually aku takde plan pun nak jalan mana2. just plan nak bawa anak2 g waterpark jer. zoo negara tu dah selalu sangat dah. then, kakak aku tetiba cakap ada Pesta Makanan kat PWTC, macam menarik, terjah jerla.

sampai kat situ, kitorang pun excited la kan nak masuk, maklumla, Pesta Makanan kan selalunya dapat makan FREE. hehehe. confident jer la kan masuk, mula2 nampak ramai chinese kat situ. pelik jugak mula2, tapi kitorang terus jer la kan jalan kat dalam tu. sekali rupanya, Pesta Makanan tu rupanya majoriti chinese punya. melayu punya ciput jer. terbantut hasrat nak makan FREE. cesss...

seb baik ada orang jual Kek Lapis Sarawak, takla terkilan sangat. borong la aku:)

 kakak tolong jaga parking ke tu:)

ni la banner yang telah menarik perhatian kakak dan abang iparku

Chef Wan pun ada....

Irfan excited tengok Chef Wan membebel:)

 alang-alang dah datang, harusla posing kan...

Irfan dah letih sampai tak heran pun mak long tanya nak aiskrim apa

me and my mum

 wokehhh.. singgah Karnival Upin Ipin pulak

tingginya Upin Ipin

Irfan, soooo cute:)

 Irfan tak nak keluar:)

kita minum dulu!!

Actually, banyak lagi gambar, tapi tak larat dah eden nak upload....

Nanti kita sambung Day 2 pulak k, aksi bermandi-manda di Desa Waterpark:)

Thanks for reading and viewing:)


Wednesday, 7 November 2012

PROMOSI : LESS 10 % DAN PENGHANTARAN PERCUMA DI SECRET BEAUTY SHOP. GRAB NOW !!!!


THIS IS STICKY POST 
PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST ENTRY OK 

Sebagai penghargaan di atas sokongan dan kepercayaan anda dengan F'iena BEAUTY, 
jadi kami akan mengadakan PROMOSI ISTIMEWA 

So ladies, here's the SPECIAL OFFER 

UNTUK PEMBELIAN : 

SET F'IENA BEAUTY 
HANYA RM 70, FREE POS !!! 

F'IENA BEAUTY SECARA INDIVIDUAL/BERASINGAN, 
LESS 10% !!! 
DAN JIKA TOTAL MELEBIHI RM 70, FREE POS !!! 

Cepat grab ok, sebab promosi ni berlangsung selama SEMINGGU sahaja HURRY UP !!! 

PROMOSI AKAN TAMAT PADA 
7 NOVEMBER 2012 


Your Beauty is Our Priority 

Tuesday, 6 November 2012

Dari Bukit Bendera, Penang ke Padang Besar, Perlis

Salam semua....

Macam mana weekend korang baru2 ni. mine, sangat mengujakan, sebab aku for the first time ever, aku join KONVOI. actually, konvoi ni konvoi geng2 kereta cik abang aku. diorang semua dari KL, Melaka, Johor, dalam 40 - 50 biji kereta macam tu. konvoi kali ni diorang ATTACK NORTH. so cik abang dan geng2 utara kena la arrange everything untuk diorang sepanjang diorang kat sini selama 3 hari 2 malam.

First day jumaat, aku tak join sebab sayang nak ambik cuti. cik abang cerita first day tu, activity g rumah anak yatim.

Second day, pagi g Bukit Bendera, Penang. yang ni aku join. then petang tu, diorang g kolam air panas kat Baling tak silap aku. tapi aku tak join pun sebab nak balik Alor Setar, anak-anak aku ada kat Alor Setar lagi sekarang ni. Kiranya, yang g Bukit Bendera tu, aku dating ngan cik abang aku jer la sebab tak bawa anak:)

Third day, konvoi g Padang Besar, Perlis pulak. aku takdela shopping apa pun, beli mainan ngan baju selai dua. Qistina and Irfan asyik main slide jer kat situ:)

Overall, BEST GILER konvoi ni, walaupun aku join sekejap jer. rasa macam THRILL gitu. Sebab apa aku cakap THRILL, sebab polis excort sepanjang jalan, pastu semua kereta konvoi tu laju giler, termasukla cik abang aku. hehe. next year, aku dengar diorang plan nak ATTACK SOUTH pulak. harap2 cik abang bolehla join time tu, sebab aku memang teringin yang amat nak join. mesti best...

Wokeh, jom layan gambar pulak:)

2nd Day : Bukit Bendera, Penang

 Jom attack NORTH!!

sebelum naik train ke Bukit Bendera

gambar wajib:)

with cik abang sayang:)

 gambar berlatar belakangkan Penang. syiokk!!

bukan senang nak bergambar berdua cenggini ngan cik abang:)

posing control ayu. boleh blah:)

 encey-encey driver semua

encey-encey driver bersama penumpang masing2:)


3rd Day : Padang Besar, Perlis

happy Irfan

 kakak posing ayu

happily slide together


finally, ayah dah jumpa jersey idaman untuk Irfan:)

kakak with her baby. soo cute:)

tidur ye baby.. jap lagi kita balik:)