Wednesday, 14 August 2013

Cerita Raya : Badan Slim dan Kulit Cantik Berseri dengan Shaklee


Ramai yang dah mula masuk bekerja kan, kalau cikgu best la, cuti 2 minggu. Memang raya sakan:)

Bagaimana dengan raya korang. Pasti semua penuh dengan saat-saat indah kan, dapat bertemu dengan keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.

Alhamdulillah, raya tahun ni, banyak perkara yang membuatkan saya gembira dan teruja. Jadual saya memang pack dari first day cuti beraya hinggalah last day cuti. Pack dengan beraya dan benda-benda sampingan. Nak tau tak benda-benda sampingan yang membuatkan saya gembira tu, yerla selain dapat berjumpa sanak-saudara dan makan makanan favourite raya :)

Meh saya share dengan anda semua :

* Ramai customer F'iena Beauty dan Shaklee memberikan feedback yang membuatkan hati saya berbunga-bunga. Ada yang badan dah slim, ada yang disahkan hamil, ada yang kulit makin cantik, ada yang susu masih maintain walaupun berpuasa, ada yang mengandung dan dapat berpuasa dengan sempurna dan macam-macam lagi feedback yang membuatkan saya rasa nak peluk kuat-kuat semua customer kesayangan saya ni, tumpang happy :)

* Nak tau tak 2,3 hari sebelum raya, orang lain sibuk buat kuih raya, saya sibuk pack barang customer saya. Semuanya untuk pastikan takde delay untuk customer tersayang. Memang rush habis, tapi saya happy :)

* Start raya ke-2, saya dah jadi 'posmen'. Maklumla, bila balik kampung, bolehla COD dengan customer yang dekat kampung. Alhamdulillah, dapat berkenalan dan bersua muka dengan customer baru dan lama. Happy :)

* Seminggu nak raya saya dok kira-kira dah, first day raya saya akan datang period. Habis la, memang risau gile, sebab saya ni, kalau datang period, habis la muka bertempek-tempek jerawat, biasanya kecik ada besar pun ada. Tak nakla raya dengan jerawat kan. Memang betul, last day puasa, saya period. Tapi yang bestnya, langsung takde jerawat baru naik. Series rasa macam tak percaya, termakbul juga impian nak beraya tanpa jerawat. Tak sia-sia konsisten ambil supplemen Shaklee :)

* Ok, yang ni bukan nak masuk bakul angkat sendiri eh, sila jangan menyampah. Saje nak share dengan korang semua penangan Shaklee, ramai yang puji saya nampak macam anak dara dan still maintain, kulit makin cantik compare dengan dulu. Adakah pengangan Shaklee, of course la kan :)

* Yang ni yang paling excited. Setelah 32 tahun, akhirnya terjawab sudah soalan yang selama ni saya sendiri tak tau nak jawab bila ada orang tanya saya ni keturunan Cina ke. Biasa saya jawab, ada la kut moyang-moyang dulu, sebab yang tu yang mak saya jawab bila saya tanya. Rupa-rupanya, ayah saya ada satu rahsia, yang mak saya sendiri pun baru tau hari ni. Hahaha..itu pun, pak long saya yang terkeluar cerita time g beraya rumah dia tadi..

Rupa-rupanya, mak kepada ayah saya, seorang chinese, masuk Islam. Mak saya sendiri pun tak tau yang mak mertua dia chinese. Punyala ayah saya simpan cerita. Series saya terkejut giler, ingatkan moyang-moyang dulu kala. Fuhh, 32 tahun penat menjawab soalan orang dalam keadaan diri sendiri blur. Ok, so kepada sesiapa yang baca entry ni, faham-faham jer la kan kenapa mata saya ni ala-ala Jepun tak Jepun, Cina tak Cina, Siam tak Siam :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: