Assalamualaikum wbt
Entry sebelum ni saya ada berkongsi tentang pengalaman saya pertama kali melakukan ujian pap smear. Secara ringkasnya, ujian pap smear ni adalah rutin wajib yang perlu dilakukan oleh semua wanita yang sudah berkahwin atau sudah melakukan hubungan seks, untuk mengesan kanser pangkal rahim / serviks.
Jadi, entry kali ni, saya nak berkongsi lebih lanjut tentang kanser pangkal rahim / serviks. Kadang-kadang, kita ni takut nak baca info-info tentang penyakit ni, terutamanya kanser (saya ler tu). Tapi, nak tak nak, kena juga ambil tahu supaya kita dapat mencegah atau mengesan lebih awal sebelum terlambat.
Kanser pangkal rahim / serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia selepas kanser payudara. Pada tahun 2003, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser pangkal rahim dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
Apa Itu Kanser Pangkal Rahim / Serviks
Pangkal rahim merupakan saluran yang menyambungkan antara bahagian faraj dan juga rahim. Di sinilah permulaan sel kanser sebelum ia makin merebak ke kawasan yang lebih dalam. Kelainan sel yang terdapat di pangkal rahim menunjukkan satu petunjuk kepada penyakit kanser pangkal rahim. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Terdapat beberapa punca dan tanda-tanda yang memungkinkan anda mengalami serangan kanser. Saya akan huraikan satu per satu di bawah ini.
Punca Kanser Pangkal Rahim
Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
- Hubungan seks pada usia muda
- Jangkitan virus HPV. Ia sejenis bakteria yang dijangkiti semasa hubungan seks
- Merokok
- Minum minuman alkohol
- Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDS, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
- Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
- Faktor genetik
Tanda-tanda biasanya tidak dapat dirasai ketika di peringkat awal sel kanser menyerang. Namun, apabila sel kanser mula merebak, terdapat beberapa tanda seperti:
- Perdarahan selepas hubungan seks
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks
- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Perdarahan di pertengahan kitaran haid
- Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid
- Hilang selera makan
- Turun berat badan yang mendadak
Ujian pap smear merupakan cara paling
mudah untuk mengenalpasti kelainan sel pada pangkal rahim. Sekiranya
doktor mengesan terdapat kelainan, doktor akan membuang sel tersebut dan
ujian pap smear secara berkala perlu dilakukan. Walaubagaimanapun,
ujian seterusnya berkemungkinan samada sel kanser tersebut makin pulih
atau semakin teruk. Sekiranya sel kanser makin merebak, pembedahan akan
dilakukan bergantung kepada faktor saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap
rebakan dan keadaan kesihatan pesakit.
Selain daripada ujian pap smear, doktor
juga mungkin menyarankan pengambilan sedikit tisu sel dan memeriksanya
di bawah mikroskop. Ini dikenali sebagai prosedur biopsi. Selain itu, CT
scan menggunakan sinar x atau menggunakan magnetik juga boleh dilakukan
untuk melihat organ-organ lain yang mungkin dijangkiti sel kanser
pangkal rahim.
Sekiranya kanser sudah pun merebak ke
beberapa organ lain, rawatan kimoterapi akan dicadangkan kepada pesakit
untuk mematikan sel kanser.
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Mencegah lebih baik dari mengubati. Bak kata pepatah, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah. Masyarakat kita ni, ramai yang masih memandang ringan tentang penjagaan kesihatan dalam mengambil langkah pencegahan. Apabila sudah teruk sakitnya, barulah
merata-rata mencari penawar. Sedangkan kos mengubati sangat mahal
berbanding mencegah. Dan penyakit yang sudah kronik sangat sukar untuk
dirawat.
Begitu juga dengan penyakit kanser.
Sekiranya anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kanser, pada saya
anda wajib untuk membuat langkah pencegahan. Amalkan gaya hidup yang
sihat termasuk aktiviti sosial, pemakanan, aktiviti seharian dan elakkan
daripada menghampiri faktor-faktor penyebab berlakunya kanser.
Bagaimana Vivix Membantu Mencegah Dan Sebagai Rawatan Alternatif
Vivix Shaklee merupakan sejenis minuman kesihatan yang sangat kaya dengan kandungan resviratrol.
Resviratrol telah terbukti sangat berkesan untuk mencegah dan merawat
kanser dari terus merebak dengan menggunakan kaedah apoptosis.
Apakah
itu apoptosis?
Apoptosis sebenarnya
berlaku setiap hari di dalam badan kita. Sel-sel di dalam badan ada yang
mati dan ada yang baru digantikan semula. Namun, bagi pesakit kanser
apoptosis tidak berlaku di mana sel yang rosak tidak mampu untuk
mematikan diri sendiri dan mula merebak ke kawasan lain. Kegagalan
fungsi apoptosis ini menyebabkan berlakunya penyebaran sel kanser yang
makin lama makin teruk.
Disebabkan itulah resviratrol sangat
dicadangkan oleh banyak kajian perubatan di dalam dunia untuk mencegah
dan merawat sel kanser kerana resviratrol mengaktifkan semula fungsi
apoptosis di dalam badan kita. Apabila sel-sel yang sudah rosak dibuang
atau dimatikan oleh fungsi apoptosis, penularan sel kanser akan terhenti
atau semakin pulih.
Terdapat banyak minuman yang diasaskan
oleh resviratrol di pasaran. Namun, keberkesanannya berdasarkan
ketulenan dan kelikatan resviratrol. Vivix Shaklee mengandungi 10 kali
ganda resviratrol berbanding minuman lain yang terdapat di pasaran.
Ketulenannya juga sangat tinggi sehingga mencecah 98%.
Testimoni Vivix Shaklee Untuk Pesakit Kanser
Testimoni 1
Testimoni 2
Kisah pertama adalah tentang seorang pesakit barah pangkal rahim yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. Rawatan itu katanya amat menyakitkan sehinggalah beliau mencuba Vivix. Kesakitan beliau hilang sepenuhnya dan beliau boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa semula.
Kisah kedua adalah mengenai seorang pesakit barah rahim. Setelah mengambil Vivix, keajaiban berlaku, dengan kuasa Allah kanser beliau telah hilang sepenuhnya. Alhamdulillah.
So, apa yang dapat saya simpulkan di sini, sebagai seorang wanita, kita perlu prihatin dalam menjaga kesihatan kita sendiri.
Lakukan ujian pap smear secara rutin serta amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan supplements bagi saya, bukan lagi satu pilihan di zaman sekarang, malah ianya sudah menjadi satu keperluan. Bagi anda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kanser terutamanya, jangan pandang ringan ya, anda perlu
ikhtiar sesuatu jika anda tidak mahu mengalami nasib yang sama kerana
kanser merupakan penyakit genetik.
Tidak dinafikan sememangnya penyakit kanser amat menakutkan. Tetapi, bagi yang diuji dengan penyakit ini, itu bukan bermakna kita terus give up seolah-olah tiada penawar dan
berserah bulat-bulat pada takdir. Ikhtiarlah selagi ada daya, selebihnya
kita berserah kepada Allah.
Sihat itu lebih penting dari wang ringgit. Sihat untuk beribadah dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang isteri, seorang ayah, seorang ibu.
No comments:
Post a Comment