Assalamualaikum
Cik Jatt is back! Buang sawang-sawang jap. Punya la lama tak berupdate blog ni atas beberapa masalah teknikal. Syukur Alhamdulillah semua dah back to normal, so meriah balik la blog kesayanganku ni :)
Walaupun menyepi jap, tapi still ramai yang dok singgah sini baca info, and contact saya bertanya tentang Shaklee. Terima kasih ye semua, semoga apa yang saya kongsikan kat sini sedikit sebanyak membantu dan memberi manfaat.
Pembuka entry hari ni, meh saya nak berkongsi topik favourite ramai, tak lain dan tak bukan, tentang cara berkesan kuruskan badan.
Baru-baru ni, ada customer saya yang tengah amalkan Set Kurus Shaklee tanya saya
"Akak. Kalau tak exercise pun boleh kurus eh."
Excited my customer ni sebab ramai yang cakap dia dah nampak slim. Dia sekarang tengah jaga pemakanan and ambil supplements Shaklee.
Nak kurus, paling penting, jaga makan. Ambil supplements untuk membantu kurus secara sihat. Diulang sekali lagi, supplements yer, bukan 'ubat kurus' yang bukan-bukan. Biasanya, customer saya, saya akan guide and share tips tentang pemakanan dan pengambilan supplements untuk diamalkan. Kalau betul-betul follow, insyaAllah tercapai la berat badan idaman. If ada exercise sekali, lagi bagus, it is an advantage, sangat digalakkan, sebab tak ramai yang rajin exercise ni. Alasan yang kerap digunakan, takde masa. Saya ler tu :)
Sebab utama kenapa kita kena kurangkan berat badan ni, bukan sekadar untuk cantik semata-mata, tetapi yang paling penting sekali adalah untuk kesihatan, supaya kita dapat menjalankan segala aktiviti, tanggungjawab dan ibadah dengan sempurna. So, jom set kan dalam otak, yang kita nak sihat, percayalah kurus tu pasti akan menyusul. Makan bukan tak boleh, tapi biarlah berpada-pada. Waktu kita tengah sihat, mungkin tak heran sangat, tapi kalau sakit dah datang nanti, takut menyesal tak sudah.
Saya baru terbaca satu artikel dalam majalah Rapi tentang kuruskan badan ni, menarik tajuk dia, tip confirm kurus katanya.
So, ilmu takkan nak simpan sorang kan. Kenalah kongsi-kongsi :)
Jom, meh kita baca sama-sama..
9 Tip Confirm Kurus Kalau Buat
1. Hadkan untuk makan
Menurut Ellen Kunes, health.com, cara menghadkan diri anda daripada mengambil makanan terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda boleh mengukur dengan saiz bekas ini agar anda tidak makan berlebihan.
Kan. Kalau pinggan besar tu, sebolehnya nak penuhkan. Nafsu macam naga. Hihi. So, better guna pinggan yang kecik sikit. Kalau penuh pun takla 'overdose'. Dan lagi satu, kena tau portion mana yang perlu kurang, mana yang perlu lebih. Boleh refer gambar kat atas ni k. Nasi dalam segenggam dah cukup, lebihkan lauk terutamanya sayur.
2. Minum coklat 'shake'
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, dengan minuman ini anda akan merasa kenyang dan dapat menggelakkan dari mengambil makanan berkalori tinggi.
Minuman protein ni, the best is ambil as breakfast. Dah la cepat, sedap, kenyang, bagi tenaga pulak tu. Perasan tak, kalau kita breakfast makanan yang high calorie contoh macam nasi lemak ke, roti canai ke, kenyang memang kenyang, tapi badan rasa lemau, pastu cepat lapar balik. Hah, itu kalau yang breakfast, kalau yang tak breakfast, lagi la bahaya. Metabolism akan drop and kita tend to makan berlebihan terutamanya waktu lunch. Makanya badan pun cepat naik. So, choose your breakfast wisely k. Pilihan saya, of course la protein shake dari Shaklee, ESP dan Cinch Shake.
3. Bawa buah
Menyimpan dan membawa buah di tempat kerja boleh menggelakkan anda dari mengambil makanan ringan yang lain.
Waktu saya kerja dulu, ntah tak tau kenapa selalu terlupa makan buah. Selalu jer bawak gi office, tapi kadang-kadang tu sampai kecut tertinggal dalam drawer office. Sape yang ada masalah macam ni, boleh try bawa dried fruit macam kurma ker, kismis, apricot dan lain-lain.
4. Berus gigi selepas makan malam
Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
Dinner pukul 7.00 malam tu, sebelum solat Maghrib, dah siap-siap berus gigi kan. Kena kuatkan semangat la, tahan nafsu makan sampaila ke waktu tidur. Kita ni bukannya lapar sangat pun waktu malam tu, nafsu jer yang lebih.
5. Elakkan makanan yang berkalori tinggi
Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.
Ini serius kena buat. Berat badan naik sebab makanan/minuman yang berkalori tinggi ni la. Sebab bila kalori berlebihan ni tak dibakar, maka tesimpanla ia di dalam badan menjadi lemak-lemak yang tak diingini. Paling penting, banyakkan minum air masak tau.
6. Bergambar sebelum diet
Sebelum anda memulakan diet, ambillah gambar yang menunjukkan bentuk badan anda. Setiap kali anda hilang semangat untuk berdiet, lihatlah gambar itu untuk memotivasikan diri anda.
Selamat mencuba!
Thanks for reading. Semoga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment