Showing posts with label PAP SMEAR. Show all posts
Showing posts with label PAP SMEAR. Show all posts

Wednesday, 4 May 2016

4 Tips Untuk Wanita 30-an Kekal Sihat Dan Cantik


Assalamualaikum wbt..

Siapa hantu durian, kita geng :)

Rasanya sekarang ni musim durian kot, hari-hari dok lalu kat wall Facebook gambar pulut durian la, cendol durian la.. memang tergoda sungguh.

Kebetulan, cuti labour day baru ni, akhirnya tercapai juga hasrat nak makan pulut durian. Kakak saya dari Alor Setar, on the way nak balik KL tu, singgah dulu rumah saya hantar pulut durian. Dalam pukul 9.00 pagi macam tu my sister sampai. Fuhhh... breakfast second round dengan pulut durian pulak la jawabnya pagi tu.

Pulut, durian, santan. Cer kira sat berapa kalori. Hihi

My sister siap bawa mangga dengan ikan kering lagi. Aduii, ni geng-geng sedap makan dengan pulut ni. Alhamdulillah. Rezeki-rezeki.

Lepas dah makan tak hingat dunia tu, my sister ajak keluar jalan-jalan pulak sebelum dia balik KL. Musim-musim panas ni, malas nak jalan outdoor, so ajak my sister pergi Quennsbay Mall jer la.

Singgah lunch. 
Tapi anak-anak jer la makan. Mamanya still kenyang makan pulut 2 pinggan

Kalau dulu zaman muda-muda, makan pulut berpinggan-pinggan, durian 2@3 biji sekali harung pun takde hal, maintain jer. 2@3 biji tau, bukan 2@3 ulas. Tapi ni dah umur makin meningkat ni, tak tau la sebab kurang minum air masak ke hari tu, atau makan pulut banyak sangat, punyala sakit kepala berdenyut-denyut. Start jadi bila balik jer dari Quennsbay Mall tu, dari dekat Asar sampai ke malam, so tidur awal la jawabnya malam tu. Mungkin sebab angin kut, yer la makan pulut tak hingat.

Umur dah pertengahan 30an ni, nak tak nak, kenala akui, tubuh badan kita ni akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan. Selalu orang cakap, tengok saya ni nampak macam umur 20an jer. Alhamdulillah, tu luaran jer. Saya selalu akan cakap, mudah-mudahan dalaman saya pun sentiasa sihat dan muda macam luaran. Yang tu lagi penting.

4 Tips Untuk Wanita 30-an Kekal Sihat Dan Cantik

Bila dah masuk umur 30an ni, kita sebenarnya disarankan untuk lebih teliti dalam penjagaan badan, kan nak pakai lama badan ni. Kita kena prihatin bab-bab penjagaan kesihatan, dan of course bila dah sihat dalaman tu, kecantikan luaran pun akan terserlah, insyaAllah.

So, macam mana nak jaga? Apa yang kita sebagai wanita ni nak kena buat?


Jom saya share 4 tips penting untuk kita kekal sihat dan cantik...

1. Amalkan makan sihat dan pengambilan supplements

Apabila metabolisme kita berkurang ini bermakna bahawa kita tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana, kerana ia akan memberi impak kepada badan menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat. 

Ambil kalsium. Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D. 

Betul ke kita minum susu atau makan yogurt tiap-tiap hari? Itu baru cerita keperluan kalsium. Belum lagi cerita keperluan zat-zat lain. Yakinkah kita dengan pemakanan harian kita, mampukah kita mendapat zat-zat yang diperlukan badan. Dengan segala pencemaran yang bukan sahaja kepada persekitaran kita, malah sumber makanan kita yang dicemari bahan kimia, dengan stress harian kita dan sebagainya. Semua ini mempengaruhi keperluan dan kekurangan zat yang diperlukan badan kita.

So, that's why, saya sangat percaya yang supplements adalah satu keperluan bukan lagi pilihan. Saya sendiri mula mengamalkan pengambilan supplements sejak lebih 3 tahun lepas, dan pilihan saya, tentulah supplement semulajadi Shaklee. Jika anda belum lagi, it is never too late too start. Saya dulu berkira-kira juga bab nak beli supplements ni, tapi tidak lagi sekarang. Dah terbuka hati orang cakap. Kita ni sentiasa kena beringat, sihat sebelum sakit. 'Duit banyak buat apa kalau dah sakit terlantar atau terpaksa berulang-alik ke hospital'. Sakit itu sangat mahal. Segala nikmat akan hilang dalam sekelip mata bila kita sakit.


2. Jaga kulit anda 

Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur. 

Dan, sekali lagi, amalkan pengambilan supplements dan pemakanan sihat. Kecantikan luaran pastinya bermula dari dalaman yang cantik dan sihat. Sejak saya amalkan supplements Shaklee tu, memang kulit saya improved a lot. Kalau tak, takkan la orang cilok testimoni saya kononnya buat injection Vitamin C kot. Adehhh... macam-macam cara orang nak lariskan barang. Takdenya la nak inject-inject bagai, kita telan je vitamin, settle. Kulit pun cantik la jugak, boleh la tahan, tak payah nak inject-inject. Hihihi.

3. Lakukan pemeriksaan kesihatan 

Inilah masanya untuk kita melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan kita dengan lebih baik. Apatah lagi mereka yang mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh dijaga atau dikesan dengan lebih awal. 

Saya pun actually baru jer mula menjalani ujian pap smear tahun ni. Boleh baca pengalaman saya dan info lanjut tentang ujian pap smear di sini.


4. Senaman 

Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis. Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu. 

Ok, bab-bab senaman ni, saya mengaku saya kurengg sikit. Tapi buat kerja rumah, ulang-alik ambik hantar anak-anak sekolah, kelas Iqra', bawa anak-anak jalan-jalan pun kira senaman kut :)


Kesihatan yang Allah beri adalah satu nikmat yang sangat tidak ternilai. Oleh itu, kita perlu menghargai dan menjaga kesihatan kita, sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT.

Jom sama-sama kita usaha amalkan tips ni ya. Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah, seorang ibu, isteri, seorang pekerja serta seorang anak. 

Dan jangan lupa ceria2 dan senyum2 selalu ya.

Thanks for reading!

Tuesday, 12 April 2016

Punca Dan Tanda-Tanda Kanser Pangkal Rahim / Serviks Serta Alternatif Untuk Mencegah Dan Merawat


Assalamualaikum wbt

Entry sebelum ni saya ada berkongsi tentang pengalaman saya pertama kali melakukan ujian pap smear. Secara ringkasnya, ujian pap smear ni adalah rutin wajib yang perlu dilakukan oleh semua wanita yang sudah berkahwin atau sudah melakukan hubungan seks, untuk mengesan kanser pangkal rahim / serviks.

Jadi, entry kali ni, saya nak berkongsi lebih lanjut tentang kanser pangkal rahim / serviks. Kadang-kadang, kita ni takut nak baca info-info tentang penyakit ni, terutamanya kanser (saya ler tu). Tapi, nak tak nak, kena juga ambil tahu supaya kita dapat mencegah atau mengesan lebih awal sebelum terlambat.

Kanser pangkal rahim / serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia selepas kanser payudara. Pada tahun 2003, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser pangkal rahim dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Apa Itu Kanser Pangkal Rahim / Serviks

Pangkal rahim merupakan saluran yang menyambungkan antara bahagian faraj dan juga rahim. Di sinilah permulaan sel kanser sebelum ia makin merebak ke kawasan yang lebih dalam. Kelainan sel yang terdapat di pangkal rahim menunjukkan satu petunjuk kepada penyakit kanser pangkal rahim. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.


Terdapat beberapa punca dan tanda-tanda yang memungkinkan anda mengalami serangan kanser. Saya akan huraikan satu per satu di bawah ini.

Punca Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  • Hubungan seks pada usia muda 
  • Jangkitan virus HPV. Ia sejenis bakteria yang dijangkiti semasa hubungan seks
  • Merokok 
  • Minum minuman alkohol
  • Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDS, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain. 
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim. 
  • Faktor genetik
Tanda-tanda Kanser Pangkal Rahim

Tanda-tanda biasanya tidak dapat dirasai ketika di peringkat awal sel kanser menyerang. Namun, apabila sel kanser mula merebak, terdapat beberapa tanda seperti:
  • Perdarahan selepas hubungan seks
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks
  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Perdarahan di pertengahan kitaran haid
  • Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid
  • Hilang selera makan 
  • Turun berat badan yang mendadak
Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Ujian pap smear merupakan cara paling mudah untuk mengenalpasti kelainan sel pada pangkal rahim. Sekiranya doktor mengesan terdapat kelainan, doktor akan membuang sel tersebut dan ujian pap smear secara berkala perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, ujian seterusnya berkemungkinan samada sel kanser tersebut makin pulih atau semakin teruk. Sekiranya sel kanser makin merebak, pembedahan akan dilakukan bergantung kepada faktor saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan dan keadaan kesihatan pesakit.

Selain daripada ujian pap smear, doktor juga mungkin menyarankan pengambilan sedikit tisu sel dan memeriksanya di bawah mikroskop. Ini dikenali sebagai prosedur biopsi. Selain itu, CT scan menggunakan sinar x atau menggunakan magnetik juga boleh dilakukan untuk melihat organ-organ lain yang mungkin dijangkiti sel kanser pangkal rahim.

Sekiranya kanser sudah pun merebak ke beberapa organ lain, rawatan kimoterapi akan dicadangkan kepada pesakit untuk mematikan sel kanser.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Mencegah lebih baik dari mengubati. Bak kata pepatah, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah. Masyarakat kita ni, ramai yang masih memandang ringan tentang penjagaan kesihatan dalam mengambil langkah pencegahan. Apabila sudah teruk sakitnya, barulah merata-rata mencari penawar. Sedangkan kos mengubati sangat mahal berbanding mencegah. Dan penyakit yang sudah kronik sangat sukar untuk dirawat.

Begitu juga dengan penyakit kanser. Sekiranya anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kanser, pada saya anda wajib untuk membuat langkah pencegahan. Amalkan gaya hidup yang sihat termasuk aktiviti sosial, pemakanan, aktiviti seharian dan elakkan daripada menghampiri faktor-faktor penyebab berlakunya kanser.

Bagaimana Vivix Membantu Mencegah Dan Sebagai Rawatan Alternatif 

Vivix Shaklee merupakan sejenis minuman kesihatan yang sangat kaya dengan kandungan resviratrol. Resviratrol telah terbukti sangat berkesan untuk mencegah dan merawat kanser dari terus merebak dengan menggunakan kaedah apoptosis. 


Apakah itu apoptosis?

Apoptosis sebenarnya berlaku setiap hari di dalam badan kita. Sel-sel di dalam badan ada yang mati dan ada yang baru digantikan semula. Namun, bagi pesakit kanser apoptosis tidak berlaku di mana sel yang rosak tidak mampu untuk mematikan diri sendiri dan mula merebak ke kawasan lain. Kegagalan fungsi apoptosis ini menyebabkan berlakunya penyebaran sel kanser yang makin lama makin teruk.

Disebabkan itulah resviratrol sangat dicadangkan oleh banyak kajian perubatan di dalam dunia untuk mencegah dan merawat sel kanser kerana resviratrol mengaktifkan semula fungsi apoptosis di dalam badan kita. Apabila sel-sel yang sudah rosak dibuang atau dimatikan oleh fungsi apoptosis, penularan sel kanser akan terhenti atau semakin pulih.

Terdapat banyak minuman yang diasaskan oleh resviratrol di pasaran. Namun, keberkesanannya berdasarkan ketulenan dan kelikatan resviratrol. Vivix Shaklee mengandungi 10 kali ganda resviratrol berbanding minuman lain yang terdapat di pasaran. Ketulenannya juga sangat tinggi sehingga mencecah 98%.

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Pesakit Kanser

Testimoni 1

Testimoni 2


Kisah pertama adalah tentang seorang pesakit barah pangkal rahim yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. Rawatan itu katanya amat menyakitkan sehinggalah beliau mencuba Vivix. Kesakitan beliau hilang sepenuhnya dan beliau boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa semula.

Kisah kedua adalah mengenai seorang pesakit barah rahim. Setelah mengambil Vivix, keajaiban berlaku, dengan kuasa Allah kanser beliau telah hilang sepenuhnya. Alhamdulillah.


So, apa yang dapat saya simpulkan di sini, sebagai seorang wanita, kita perlu prihatin dalam menjaga kesihatan kita sendiri. 

Lakukan ujian pap smear secara rutin serta amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan supplements bagi saya, bukan lagi satu pilihan di zaman sekarang, malah ianya sudah menjadi satu keperluan. Bagi anda yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai  kanser terutamanya, jangan pandang ringan ya, anda perlu ikhtiar sesuatu jika anda tidak mahu mengalami nasib yang sama kerana kanser merupakan penyakit genetik.

Tidak dinafikan sememangnya penyakit kanser amat menakutkan. Tetapi, bagi yang diuji dengan penyakit ini, itu bukan bermakna kita terus give up seolah-olah tiada penawar dan berserah bulat-bulat pada takdir. Ikhtiarlah selagi ada daya, selebihnya kita berserah kepada Allah.

Sihat itu lebih penting dari wang ringgit. Sihat untuk beribadah dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang isteri, seorang ayah, seorang ibu. 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Pengalaman Melakukan Ujian Pap Smear Untuk Kanser Pangkal Rahim


Assalamualaikum wbt

Siapa yang belum pernah buat ujian pap smear? Ataupun, mungkin ada yang belum pernah pun dengar perkataan pap smear.

Saya sendiri, pertama kali tahu tentang pap smear ni, waktu bersalin anak yang pertama. Sebab lepas bersalin tu, doktor ada bagi appointment untuk buat ujian pap smear. Tapi, jujurnya, saya tak buat pun test tu waktu tu. Sama juga selepas bersalin anak kedua. Tak buat juga. Ada la terbaca juga kepentingan buat ujian pap smear ni, tapi entah kenapa rasa malu dan takut nak buat.

Sampai la dah bertahun-tahun, anak-anak pun dah masuk sekolah semua, barulah timbul kesedaran dan terbuka hati nak buat ujian pap smear ni.

Pengalaman Saya Pertama Kali Buat Ujian Pap Smear

So, bulan lepas saya beranikan diri pergi buat ujian pap smear. Kebetulan waktu tu anak-anak ada kat kampung sebab cuti sekolah, so senangla sikit, pergi berdua je dengan cik abang. Takut-takut jer nak cakap kat doktor tu ni baru first time nak buat pap smear. Takut kena marah. Hihi. Doktor tu takla marah, tapi macam berubah sikit la air muka dia. Dia tanya tak pernah tau ke tentang ujian ni, sebab sepatutnya dah lama buat.


Doktor tu ada share 3 benda penting yang saya rasa patut saya kongsikan kat sini. Ada 3 routine check-up yang semua kaum wanita perlu buat:

1. Pemeriksaan payudara
Lakukan pemeriksaan sendiri di rumah untuk mengesan sebarang ketulan, benjolan, biji, kulit yang berubah atau ada keluar sebarang cecair. Early detection untuk ketumbuhan atau kanser payudara.
Routine : at least 1 kali sebulan

2. Ultrasound
Jumpa doktor untuk buat pemeriksaan ultrasound sekitar rahim untuk mengesan sebarang ketumbuhan, fibroid dan cyst yang juga boleh membawa kepada risiko kanser.
Routine : 1 kali setiap 1-3 tahun

3. Pap smear
Jumpa doktor untuk buat ujian pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim / serviks, sebaik sahaja selepas kahwin atau dah mula melakukan hubungan seks.
Routine : 1 kali setiap 1-3 tahun

Bagus doktor ni, buat saya lagi alert tentang kesihatan sendiri. Berdebar-debar juga rasa waktu buat chek-up ni. Yang ujian pap smear tu, sekejap jer and tak sakit pun. Cuma, waktu saya buat tu, ada bleeding sikit. Ya Allah risau betul. Doktor pun tak cakap apa-apa, cuma perlu tunggu result jer. Result dah dapat pun actually, syukur Alhamdulillah, normal dan takde apa-apa yang merbahaya.

Kepentingan Buat Ujian Pap Smear

Tahukan anda ujian pap smear ini menyelamatkan jiwa jutaan wanita di seluruh dunia daripada kanser pangkal rahim / serviks.

ujian pap smear - women online magazine

Setiap minit, seorang wanita disahkan menghidap kanser pangkal rahim / serviks di dalam dunia. Bahkan, kanser tersebut merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara! Kanser kanser pangkal rahim / serviks boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut.

Kanser ini boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja. Tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim. Ironinya, kanser serviks boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui ujian pap smear tetapi ramai wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini, antaranya takut la, malu la.

Apa itu Ujian Pap Smear?


  • Ujian PAP ini juga dikenali sebagai Pap Smear (ujian papanicolaou). Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.
  • Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
  • Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.
  • Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Di samping itu juga, semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan. Tahukah anda bahawa prosedur pap smear ini begitu cepat, iaitu kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan, cuma ada sedikit rasa tidak selesa.
Bila & Siapa Sebaiknya Melakukan Ujian Pap Smear?


Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun.

Anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap tiga tahun sekali.

Apakah Persediaan Awal Yang Patut Anda Lakukan?
  • Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh sehari sebelum ujian. Sebagai contoh ubat anti fungal, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
  • Elakkan daripada menggunakan tampon.
  • Paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas hari pertama haid. Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan ‘spermicid’, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan ‘jelly lubricant’ dua hari sebelum ujian dijalankan kerana bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Apa Yang Dilakukan Semasa Ujian Pap Smear?
  1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
  2. Spekulum (muncung itik), sepanjang empat inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
  3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
  4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
  5. Anda akan berasa sedikit tidak selesa. Walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Berapa Lama Keputusan Akan Diketahui?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Namun,boleh jadi anda akan mendapat keputusan tersebut lewat dalam tiga minggu hingga tiga bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Macam saya hari tu, lepas 3 minggu baru dapat keputusan. Patutnya 2 minggu je, tapi sebab doktor tu cuti, so delay sikit. Punyala lama berdebar-debar tunggu keputusan, sampaikan hari-hari pun asyik terfikir-fikir.

Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Di Mana Anda Boleh Menjalani Ujian Ini?

Anda boleh menjalani ujian pap smear di
  • klinik sakit puan
  • pusat bersalin 
  • mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.
Dekat hospital kerajaan pun ada kalau tak silap. Saya buat hari tu dekat pakar sakit puan hospital swasta. Ada package juga test tu, memandangkan saya ni first time buat kan, husband terus ambik package yang paling detail.


Mudah-mudahan info yang saya kongsikan ni, memberi manfaat untuk anda ya. If ada suami yang terbaca, mungkin anda boleh galakkan isteri anda buat ujian ni.

Sebagai wanita ni, kita perlulah  mengambil inisiatif melakukan ujian pap smear sebagai langkah berjaga-jaga. Buang rasa takut, buang rasa malu. Penting sangat untuk mengesan awal sebarang sel yang tak normal yang boleh membawa kepada kanser.
Saya pun insyaAllah lepas ni akan sentiasa buat routine check up ni.

Thanks for reading :)