Monday, 27 August 2012

Seminggu Beraya : 1st Day Raya 2012

Salam Syawal semua. raya korang macam mana, mesti best kan:) puasnya hati dapat bercuti seminggu raya, bukannya selalu dapat bercuti panjang2 macam tu kan. 

raya tahun ni, first day raya, raya kat rumah parents aku. then second day, baru balik rumah mertua. 3rd day raya, aku ngan anak2 balik rumah parents aku balik, sebab kitorang nak ikut kakak and abang iparku beraya kat kelantan pulak. saja jer ikut, ambik kesempatan bawa anak2 g jalan2. tapi cik abang tak ikut pun, dah kena kerja 4th day raya tu.

first day raya, lepas sembahyang raya dan bersalam-salaman, terus aku ngan familyku keluar beraya. first stop, macam biasa, rumah mak ndak ku yang sangat sangat sangat pandai masak. tiap2 tahun mesti masak sedap2. tahun ni, mak ndak buat nasi tomato and ayam golek yang sangatla sodap hingga menjilat jari. dah habis makan2 and lepak2 situ, kitorang balik pulak rumah mak tok aku kat kampung. ada laksa la pulak, memang la sarat perut aku hari tu. seb baik baju loose:)

tahun ni, tema totap PINK. masalah betul taste aku nih, pilih punya pilih, pikir punya pikir, alih2 PINK jugak yang jadi pilihan hati. boring2. pastu, mimpi apa ntah tiba2 tahun ni pakai dress. sebelum ni, kalau tak baju kurung, baju kebaya, itu je la yang tau. tapi tahun ni tukar selera sikit. seb baik tak pelik aku pakai dress tu.

jom layan gambar pulak. banyak gak gambar aku snap, tapi gambar dengan cik abang and anak2 satu family takde pun. biasala kan, si kecik dua orang tu tak boleh duduk diam. cik abang pulak bukan main susah nak ajak bergambar:)

Irfan baru lepas dapat duit raya dari wan. dah masuk poket dah pun

mak tok dan wan bersama cucu-cucu kesayangan

kakak aku dan cik abe dia, tema hitam tahun ni

adehhh..sayangnya gambar blur. huhuhu

isi perut dulu sebelum keluar beraya

orang lain sibuk ready masuk kereta, aku sibuk berposing. hehehe

favourite spot kakak kat rumah tok ndak

habis sorang sekotak. mama berkotak2:)

cuba teka dress ni aku beli kat mana. rasanya tengok pun dah tau kan:)

ni kat ruamh tok jang pulak

kat luar rumah nenek. seronok lepak sini kena angin luar

ewah2 anak2 mama:)

PEACE!

dah habis beraya hari pertama. on the way balik rumah

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

thn ni raya best!

Kyra said...

TAHUN ni raya best kan..meriah sungguh

nur said...

hi..blog walking here..selamat hari raya!!! singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...