Wednesday, 30 October 2013

[Online Business - WAHM] Cara Mudah Memulakan Online Business. Shaklee Pilihan Terbaik


Sekarang ni kalau kita lihat, sudah menjadi trend orang shopping online kan. Tesco pun ada online shopping tau. Klik klik, bayar, kejap g sampailah lori Tesco depan rumah. Semuanya di hujung jari jer.

Ramai yang lebih suka shopping secara online ni, termasuklah saya, sebab menjimatkan masa, tenaga dan wang. Peniaga yang menjual secara online pun semakin ramai sekarang. Cakap jer nak apa, semua ada. Saya ni berniaga online takla lama sangat. Adala dalam 3 tahun macam tu. Selama ni buat part time je, dan Alhamdulillah akan menjadi full time bulan December ni. Yup, betul, saya akan menjadi seorang WAHM tak lama lagi, Alhamdulillah :)


Boleh baca kat sini kisah bagaimana saya memulakan online business saya.

Kelebihan Berniaga Secara Online

Antara sebab mengapa saya memilih untuk menjalankan business secara online adalah kerana:

* Modal yang diperlukan tidak besar kerana saya tak perlu mencari tapak kedai, tidak perlu menggaji pekerja, tidak perlu berulang-alik ke kedai. Segala-galanya saya boleh lakukan di rumah sahaja

* Masa yang flexible. Saya boleh buat 24 hours, time main dengan anak-anak pun boleh berbusiness, time buat kerja rumah, time anak-anak tidur. Time pergi jalan-jalan makan angin pun saya masih boleh berbusiness.

* Market yang luas, sebab online business ni ibarat viral. Contohnya, sesiapa sahaja yang Google, seluruh Malaysia malah luar negara pun, akan menjumpai kedai online saya.

* Saya adalah BOS, jadi saya tak terikat dengan mana-mana pihak tertentu. Saya bebas bergerak dan membuat keputusan sendiri.

Jika anda dah lama menyimpan cita-cita untuk memulakan online business, nasihat saya, JUST DO IT! Tak perlu tunggu untuk masa yang sesuai, tak perlu tunggu sampai ilmu penuh di dada. Lagi lama anda tunggu, lagi lambatlah hasil yang anda akan dapat, padahal orang lain dah maju ke hadapan. Percayalah, semuanya bermula dengan ZERO.

Tips dan Cara Memulakan Online Business

Berikut saya kongsikan 4 cara dan tips mudah bagi anda yang sedang berkira-kira untuk memulakan online business.

1) Produk

Nak berniaga kena ada barang kan. Dalam online business ni, ada 2 jenis yang boleh anda jual, produk fizikal (barangan kecantikan dan kesihatan, tudung, baju, buku dll) atau service (khidmat buat blog, khidmat buat page dll). Jika anda tak tahu nak jual apa, apa kata mulakan dengan minat anda. Macam saya dulu, saya ni memang minat betul bab-bab kecantikan dan kesihatan, jadi saya buat keputusan untuk menjual produk kecantikan dan kesihatan ni. Jika anda minat buat kek contohnya, boleh jual kek. Jika anda minat fashion contohnya, boleh jual tudung, blouse, kasut, accesories.

2) Modal

Berniaga secara online ni tak memerlukan modal yang banyak sebenarnya, sebab anda dah jimat kos untuk pekerja dan tapak kedai. Anda cuma perlukan modal untuk stok. Saya pasti ramai yang ada masalah dengan modal samada tiada modal atau takut untuk mengeluarkan modal, sebab takut barang tak laku. Buat anda yang mempunyai masalah ni, anda boleh buat business secara dropship. Dropship bermaksud, anda hanya perlu mencari customer, tetapi anda tidak perlu membeli atau menyimpan stok. Apabila dah ada pelanggan, anda hanya perlu memaklumlan kepada pembekal, dan pembekal akan menghantar barang terus ke customer. Anda akan mendapat komisen dari jualan yang dibuat.

3) Ilmu/Mentor

Berniaga secara online ni perlukan ilmu. Ilmu untuk promote di blog, ilmu untuk promote di Facebook. Anda boleh Google segala info yang berkenaan, ada e-book, ada seminar, ada video tutorial. Lagi bagus, ada mentor :)

4) Medium Marketing

Antara medium untuk marketing yang anda boleh gunakan, seperti Facebook, Blog, Twitter, Instagram, Forum, Mudah, Lelong dan pelbagai medium lagi. Kebanyakannya PERCUMA !! Pilih dan fokus medium yang anda nak gunakan.

Mudah atau senang?
Cuba dulu baru tau. Orang lain boleh, takkan kita tak boleh. Allah dah bagi peluang sama rata kepada semua hamba-Nya. Tugas kita, jika peluang dah di depan mata, grab peluang yang ada.

Shaklee - Online Business Terbaik

Jika anda stuck dengan point pertama, PRODUK, tak tau nak jual apa, Shaklee adalah pilihan TERBAIK untuk anda. Anda hanya perlu mendaftar menjadi pengedar Shaklee, dan anda boleh terus memulakan online business anda.

1) PRODUK : Shaklee

2) MODAL : Hanya perlu bayar registration RM75 untuk seumur hidup atau anda boleh mendapat keahlian PERCUMA jika membuat pembelian melebihi RM670.

Klik sini untuk cara-cara menjadi ahli/pengedar Shaklee

Dengan Shaklee, anda boleh menjalankan perniagaan walaupun tanpa stok. Kerana apabila anda ada order dari customer, anda cuma perlu order melalui Online Sistem Shaklee, dan Shaklee akan pos terus ke rumah/office customer anda. Mudah kan :)

3) ILMU/MENTOR : Jika anda mendaftar untuk bersama-sama team saya, saya adalah mentor anda, termasuk mentor-mentor saya. Anda akan dimasukkan ke dalam Facebook secret group untuk belajar segala ilmu. Selain mentor, anda juga akan bersama-sama group support yang akan sentiasa membantu anda.

4) MEDIUM MARKETING : Yes, anda boleh gunakan apa sahaja medium untuk berkongsi mengenai produk Shaklee
Ramai yang dah berniaga Shaklee? Takut takde customer? 
Perasaan yang perlu dibuang jauh-jauh. Kalau takde customer, kenapa group Shaklee kami semakin hari semakin berkembang? Kenapa sales group kami semakin bertambah?
Yakinlah, rezeki Allah sangat luas. Ibarat ikan di lautan, takkan habis ikan di lautan walaupun hari-hari ikan dijala nelayan.

Peluang sudah ada depan mata, U DECIDE!  

Jom semua. Kejar impian anda! Go For It and Just Do It !!!
Fast Action, Fast Result

Anda berminat?
Hubungi saya Cik Jatt @ 013-4894037 / cikjattshop@yahoo.com


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Thursday, 17 October 2013

[Tip Kecantikan] Mask Terbaik, Murah dan Berkesan untuk Kulit Berjerawat, Berparut dan Kusam


Ok, hari ni saya nak share tips kecantikan pulak yer. Nak kata kulit saya cantik sangat tu, takdela. Tapi sangat-sangat improve compare dengan zaman jajahan jerawat dan parut dulu :) Penuh satu muka uuu…

Kulit jenis sensitif dan berjerawat ni perlukan penjagaan yang lebih sikit, produk kecantikan pun tak boleh main pakai jer. Salah pakai, habislah muka. Kalau setakat merah satu muka ok lagi, takla makan masa sangat nak hilang. Ini kalau naik segala mak nenek jerawat, ruam, bintik-bintik kat muka, memang berzaman la nak pulih balik. Percayalah, saya dah pernah melalui semua nightmare tu.

Sejak dulu, saya hanya mengamalkan 3 basic steps untuk penjagaan kulit wajah iaitu menggunakan pencuci muka, penyegar dan pelembap/krim. 3 basic steps untuk siang dan malam. Serum la, scrub la, mask la, yang berlambak-lambak jual tu, jangan mimpila nak guna sebab takut tak sesuai. Kulit jenis sensitif ni, tak berani sangat nak mencuba, jadi saya pakai mask dari bahan semulajadi je.

Meh saya share mask semulajadi apa yang pernah saya guna. InsyaAllah sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat…

1) Mask Telur Putih

Bahan-bahan:
1 biji telur putih
2 helai facial cotton

Cara-cara:
- ceraikan facial cotton nipis-nipis (koyak seperti gambar di bawah). Boleh bahagikan kepada 2 atau 3 keping yang nipis

- sapukan putih telur ke seluruh muka
- celup cotton tadi ke dalam putih telur dan tempek ke muka
- biar sehingga kering. Tarik perlahan-lahan tisu yang kering dan cuci muka seperti biasa.

Hasil :
Maka tercabutlah keluar segala white head dan black head sebab ditarik oleh cotton yang kering kat muka tu. Muka pun rasa firm, tegang dan bersih.

2) Mask Tomato

Bahan-bahan:
½ biji tomato
1 sudu susu tepung  
2 helai facial cotton

Cara-cara:
- lenyekkan tomato dan campurkan dengan 1 sudu susu tepung
- ceraikan facial cotton nipis-nipis seperti di atas
- sapu bancuhan tomato dan susu tepung tadi ke seluruh muka
- celup cotton tadi ke dalam bancuhan dan tempek ke muka
- biar sehingga kering. Tarik perlahan-lahan tisu yang kering dan cuci muka seperti biasa

Hasil:
Wajah semakin cerah merah-merah gitu, parut semakin pudar, nampak glowing..

Ok, kedua-dua cara ni memerlukan tahap kerajinan yang lebih sikit. Sekali buat pun dah boleh nampak kesan tau, cubalah. Tapi kalau konsisten, kesan memang meletoplah. Saya dulu time rajin, tiap-tiap hari buat, selang-seli :)

Tapi sekarang ni, tak sempat dah nak buat mask macam ni. Dengan anak-anak lagi, mana nak tunggu masker kering lagi, takdenyelah.

Tapi kecantikan nak kena jaga juga kan. Nasib baikla ada Vitamin E, bukan saja boleh makan, nak buat mask pun boleh. Mask paling senang dan hasilnya pun tersangatlah best. Vitamin E Shaklee lah, Vitamin E lain saya tak sure yer :)

3) Mask Vitamin E

Bahan-bahan:
1 biji Vitamin E Shaklee

Cara-cara:
- cucuk 1 biji Vitamin E dengan menggunakan jarum
- picit perlahan-lahan Vitamin E dan sapu ke muka. If tak nak sapu ke seluruh muka, boleh sapu ke jerawat dan parut jerawat. If ada balance, boleh simpan dan guna untuk esoknya pula. Saya biasa telan jer yang balance tu :)
- tidur
- bangun tidur, cuci muka seperti biasa

Hasil:
Jerawat cepat kecut, parut semakin pudar, kulit semakin cerah, lembap

Testimoni Mask Vitamin E Shaklee







Ok, itulah mask cara saya. Ini jerla yang saya berani cuba sebab kulit saya ni sensitif sikit.
Saya pernah cuba juga mask ESP + yogurt + Vitamin E.
Yang tu, next time saya share k…

Diharap perkongsian saya kali ni dapat membantu anda yang sedang tercari-cari masker yang sesuai, tapi tak berani mencuba masker yang dijual. Guna bahan semulajadi pun boleh, hasilnya pun terbaik, selamat pun selamat. 

Selamat mencuba!!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Collagen] FAQ Shaklee Collagen Powder, Collagen Terbaik dan Terbukti Berkesan



1) Apa istimewanya collagen Shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

2) Macam mana bentuk collagen Shaklee? Serbuk ke pil? 

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg.

3) Tahan berapa lama collagen Shaklee?

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).

4) Macam mana aturan makan collagen Shaklee? 

Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau MealShake, boleh dibancuh bersama ESP dan MealShake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: - jus Twister Tropicana + collagen - Milo/Serbuk Coklat Cadbury + collagen - any fruit juice + collagen Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah.

5) Berapa harga collagen Shaklee?

Retail price RM298. Nak harga runtuh, sila PM saya (013-4894037) Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.

6) Siapa sesuai amik collagen Shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:

★ Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
★ Gusi yang tidak sihat
★ Rambut kering dan bercabang di hujung
★ Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
★ Garis halus pada leher
★ Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
★ Payudara dan punggung kelenturan
★ Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
★ Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

7) Macam mana rasa collagen Shaklee? 

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba.

8) Boleh tak collagen diambil bersama product lain?

Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

9) Ibu menyusu boleh amik tak collagen Shaklee? 

Kebanyakan kandungan collagen powder Shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added.

Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.

Credit 

Berminat nak cuba?
Hubungi saya segera yer

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Testimoni Set Kecantikan] Kulit Kusam Berjerawat, Kini Semakin Cerah dan Bersih dengan Shaklee


Kulit wajah yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Kadang-kadang, rasa cemburu pulak tengok rakan-rakan yang kulit cantik dan tiada masalah. Kulit yang cantik ni pada saya bukan sekadar untuk nampak cantik, malah lebih dari tu sebenarnya. Kulit yang cantik ni dapat meningkatkan tahap keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang lain dan membuatkan kita sentiasa ceria tanpa rasa malu dengan keadaan kulit kita.

Jerawat, jeragat, parut, kulit wajah yang kusam, kulit kering, kulit sensitif adalah antara masalah kulit wajah yang sering dialami. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, penjagaan luaran sahaja tidak menjanjikan masalah kulit wajah kita pulih sepenuhnya. Kebanyakan masalah berpunca dari dalam, apabila dalaman kita bersih, insyaAllah luaran juga bersih.

Alhamdulillah, semakin ramai yang telah mencuba dan mempercayai supplemen Shaklee. Dengan Shaklee, anda bukan sahaja mendapat hasil luaran yang anda idam-idamkan malah tahap kesihatan juga semakin meningkat.

Dah lama rasanya saya tak share testimoni pengguna Set Kecantikan Shaklee. Ok, hari ni saya akan  share salah satu testimoni pelanggan yang menggunakan Set Kecantikan Shaklee.

Teruja betul tengok perubahan kulit wajah Siti Norziela Norani kan..

 
Produk yang beliau amalkan adalah ESP, Vitamin E dan Vitamin C.

Berkat kesabaran setelah beberapa bulan mengamalkan Shaklee, kulit beliau kini semakin cerah, bersih dan lembut.  Lihat sendiri gambar sebelum dan selepas beliau. Gambar yang selepas tu tanpa make-up tau. Menurut beliau, bentuk badan beliau juga semakin cantik sekarang, semakin slim katanya :)

Happy sangat tengok perubahan wajah beliau.

Anda bila lagi.
Takkan nak tengok orang lain jer cantik dengan supplemen Shaklee kan.
Masalah kulit jika tak dirawat segera, semakin susah nak pulih nanti. Let Shaklee helps u, insyaAllah.

Berminat nak cuba?
Hubungi saya segera yer

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 16 October 2013

Selamat Hari Raya Aidilaidha 2013


Assalamualaikum semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop :)

Mungkin ada yang dah selamat sampai kampung masing-masing. Mungkin ada yang masih on the way, dan mungkin ada yang masih belum bertolak lagi, seperti saya :)

Sekejap lagi, saya dan keluarga akan bertolak balik ke kampung mertua saya di Junjung, Kulim. Esok pula, kami akan bertolak ke rumah keluarga saya di Alor Setar. Nasib baik la saya dan suami, dua-dua orang utara. Takde masalah nak berebut balik kampung sape. Dua2 rumah boleh balik.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah kurban kepada semua. Kepada jemaah-jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun ni, semoga semua diberikan kesihatan yang sempurna dan dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan selamat kembali ke Malaysia beserta Haji yang mabrur..

Seperti biasa, saya akan balik mengangkut stok supplemen Shaklee. Mak saya dah pesan dah Performance Drink jangan lupa. Antara favourite supplemen mak saya tu, cergas bertenaga mengalahkan saya mak saya ni.
Kepada orang-orang area Alor Setar yang nak beraya rumah saya, nak jumpa saya nak consult mengenai supplemen Shaklee ke, berminat nak tau peluang menjana pendapatan dengan Shaklee ke, jangan segan-segan nak contact saya k. Saya bakal berada di Alor Setar dari esok hingga hari Selasa :)

Kepada pengamal-pengamal Shaklee, jangan lupa bawa balik supplemen masing-masing ye. Raya nanti maintain jer energy, maintain cantik, maintain sihat. Raya, raya juga. Nanti makan daging korban segala, tak tau dah berapa ribu kalori masuk, haruslah kasi bakar ye.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah kurban.
Maaf Zahir Batin
Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T
Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan dimurahkan rezeki



***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Monday, 14 October 2013

[ESP] 7 Sebab Kenapa ESP Supplemen Soya Protein Terbaik dan Berkesan



1) Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic

Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic?
Sebab mengikut kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian, sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

2) Soybean itu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetic) 

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?
Sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik vs vitamin natural). Kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos, dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

3) Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4) Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol

Alcohol tu haram yelah satu hal gak, tapi kalau dicuci dgn alcohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone, up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru-paru,etc.Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

5) Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6) Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7) Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 3 October 2013

[Online Business - WAHM] Bagaimana Saya Memulakan Online Business dan Menjadi WAHM


Gara-gara entry berkenaan saya berhenti kerja untuk menjadi WAHM ni, ramai yang ingat saya dah start jadi WAHM. Kalau betul, alangkah bestnya :)

Kalau nak diikutkan, memang sepatutnya bulan lepas adalah bulan terakhir saya bekerja di company saya tu, sebab saya dah hantar notis bulan July. Notis 3 bulan, jadinya sampai bulan September la kan. Tapi atas permintaan ramai yang suruh saya delay sikit last day saya, jadi saya pun lanjutkan la sikit sampai awal bulan December.

Bila dah hantar surat ni, tersebarla satu company cerita saya nak berhenti kerja. Sekarang ni, ni la dua soalan yang paling famous yang saya dapat

"U nak berhenti kerja ke"
"U dah nak resign ke"

Jawapannya, YES. Tapi, bukannya saya berhenti kerja goyang kaki duduk rumah. Saya cuma berhenti kerja dari company sekarang, dan bekerja sendiri di rumah. Jadi, maksudnya saya BERTUKAR KERJA dan BERTUKAR TEMPAT KERJA ye..

Tak sabar rasanya nak jadi fulltime WAHM.
Ramai yang bertanya saya, bagaimana saya boleh nekad membuat keputusan untuk menjadi WAHM.

Meh saya cerita sejarah sikit :)

Tahun 2008

Semenjak saya melahirkan puteri pertama saya, Aina Qistina, pada tahun 2008, saya dah mula teringin untuk bekerja dari rumah. Berat rasanya hati tinggalkan anak dengan orang lain, kalau boleh nak 24 jer dengan anak, nak tengok anak membesar depan mata. Tapi, takde idea pun nak buat apa time tu, nak buat business jauh sekali la, sebab tak reti nak berbisness ni, nak jual apa pun tak tau. Tau makan gaji jer.

Tahun 2009

Hujung tahun 2009, lahir pulak hero Armin Irfan. Time ni, makin berkobar-kobar rasa nak berhenti kerja. Tapi idea masih takde.

Tahun 2010

Sepanjang tahun 2010, makan gaji jer la jawabnya. Tapi time ni saya dah mula bagi hint-hint kat cik abang pasal nak berhenti kerja. Sebelum tu tak berani cakap, sebab tau dah confirm tak dilayan punya. Dah lama-lama tu barula berani sikit:)

Selepas balik kerja, on the way nak ambil anak-anak kat nursery, saya selalu cakap kat cik abang yang saya rasa saya nak buat something yang lain selain dari makan gaji. Tak sanggup dah rasanya nak makan gaji jer sampai ke tua. Kami ni dua-dua kerja Engineer, kerja memang stress. Time tu pulak rumah jauh dari kilang, sebelum pukul 6.40 pagi dah keluar rumah, habis kerja, pukul 7.00 petang baru sampai rumah,. 

Balik rumah, nak settle kerja-kerja rumah lagi, anak-anak lagi, memang flat sangat. Rasa macam bosan pun ada dengan rutin yang sama macam tu setiap hari. Saya selalu fikir, macam mana la keadaan bila anak dah masuk sekolah nanti.

Saya nekad. Saya perlu buat plan pasal nak berhenti kerja ni. Anak-anak semakin membesar dan perlukan perhatian saya.
Walaupun saya tak berpeluang menjaga anak-anak ketika anak-anak masih bayi, saya nekad untuk memberi perhatian sepenuhnya sekurang-kurangnya apabila anak saya masuk Tahun 1.

Target saya : Berhenti kerja tahun 2015, apabila Aina Qistina masuk Tahun 1

Tahun 2011

Saya dah mula plan nak buat online business. Otak semakin ligat fikir plan nak jual apa. Produk pertama yang saya jual, Fiena Beauty.

Disebabkan fokus saya online business, jadi medium yang saya gunakan ketika tu adalah blog dan Facebook. Offline pun ada juga orang beli, cumanya member terdekat dan family. Nak luaskan lagi market, online medium is the best.

Aktiviti saya hari-hari, Google merata cari info dan ilmu mengenai online marketing.

Tahun 2012

Online business masih diteruskan seperti biasa, hari-hari ligat mencari idea untuk promosi dan godek segala ilmu yang berkaitan. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mengenali blog saya.

Tapi, target saya nak berhenti kerja kan. Jual satu produk tu jer rasa macam tak cukup pulak. Macam-macam fikir time tu. Nak jual tudung la, baju la, buat kek la, barangan kanak-kanak la. Tapi, bila fikir-fikir balik, produk macam tu, kena cari supplier, kena ada modal yang besar, kena ada model nak gayakan tudung dan baju-baju tu. Hmmmm…

Fikir punya fikir, saya dah tau nak fokus apa. Disebabkan saya ni jenis yang health and beauty concoius, minat pun ke arah situ, saya decide nak focus produk yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan sahaja.

Tahun 2013

Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee. Dengan Shaklee, saya bukan sahaja telah berjaya mencapai impian saya untuk menjadi seorang WAHM, malah Shaklee juga telah membantu meningkatkan tahap kesihatan kami sekeluarga dan membuatkan saya mengenali ramai orang yang hebat-hebat yang membuatkan saya sentiasa dikelilingi cas-cas positif. Dengan hanya bermodalkan RM75, kini saya dah mampu menggenggam pendapatan 4 angka dengan Shaklee.

Tahun 2010, saya set target nak jadi WAHM pada tahun 2015 kan.
Tapi, bila buat Shaklee, kerana yakin dengan produk, syarikat dan business plan Shaklee, saya ubah target saya.
Target baru : WAHM pada July 2013

Target ni saya tulis besar-besar dan tampal di SOHO saya.
Dan, July 2013, saya hantar surat resign :) Target achieved!


Jadi, niat saya untuk menjadi WAHM ni bukan sekadar sebulan dua. Impian ni saya dah tanam sejak 4 tahun lepas. Impian yang bukan sekadar angan-angan, tapi impian yang mempunyai target, fokus dan strategi yang jelas. Saya sentiasa bayangkan diri saya mempunyai lebih banyak quality time bersama keluarga, menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami, menghantar anak-anak ke sekolah, ajar anak-anak buat homework. Saya sentiasa bayangkan, dan saya PERCAYA yang satu hari nanti semuanya akan jadi realiti.


Nasihat saya kepada semua ibu-ibu di luar sana, jangan takut untuk mempunyai impian. Yang penting, apa yang kita buat untuk mencapai impian kita. Everything is possible!
Kalau bukan kita sendiri yang merubah nasib kita dan keluarga kita, siapa lagi.

Anak-anak dan suami adalah PUSH FACTOR saya selama ini…

Jika anda semua ingin sama-sama menggapai impian anda bersama team saya, bersama Shaklee, jangan ragu-ragu atau malu-malu untuk contact saya ya.

Peluang sudah ada depan mata, U DECIDE!


Jom semua. Kejar impian anda! Go For It and Just Do It !!!
Fast Action, Fast Result

Anda berminat?
Hubungi saya Cik Jatt @ 013-4894037 / cikjattshop@yahoo.com


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

[Promosi] PERCUMA 1 Kotak Shaklee Collagen Powder dan 1 botol Coq10 Sepanjang Oktober 2013


Harini 2 Oktober 2013, secara rasminya Shaklee (M) telah melancarkan Online System untuk kesemua transaksi, bagi memudahkan urusan semua pengedar Shaklee. Saya sendiri pun dah mula menggunakan sistem ini sebentar tadi, untuk membuat pesanan bagi customer kesayangan saya. Senang jer tau, kita buat pesanan jer, Shaklee yang akan hantar semua pesanan ke pintu rumah customer. Saya juga telah mendaftarkan 3 orang ahli baru yang ingin bersama-sama group saya tadi. Sama juga, selepas registration, Shaklee akan uruskan penghantaran member kit. Wahh, Shaklee ni memang online business yang terbaik lah.

Bulan ni memang hangat betul tau.

Selain pelancaran online system, Shaklee juga telah mengumumkan 2 PROMOSI HEBAT yang bakal membuatkan anda teruja.




So, bulan ni kita ada promosi Shaklee Collagen Powder (SCP) yang TERBUKTI SECARA KLINIKAL DAPAT MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT WAJAH DAN MENGHILANGKAN KEDUTAN SELEPAS MENGGUNAKANNYA SELAMA 8 MINGGU.

Apa yang akan anda dapat jika membeli 6 kotak Collagen Powder bulan ini:
  • PERCUMA 1 kotak Collagen Powder bernilai RM 298
  • LESS sehingga 30% dari harga runcit untuk setiap kotak Collagen Powder
  • PERCUMA CoQ Health Plus bernilai RM 124
  • PERCUMA keahlian Shaklee bernilai RM 65
  • kos penghantaran secara PERCUMA
  • BONUS/CASH BACK yang anda akan terima bernilai RM 110++
  • Peluang untuk menjana pendapatan secara part time/full time bersama team Jutawan kami
Jadi apa tunggu lagi. Jika sebelum ni asyik rasa teringin jer nak cuba, inilah masa yang terbaik untuk anda cuba. Peluang nak dapat PROMOSI ni bukan selalu, setahun sekali jer tau. Rugi sangat kalau lepaskan ni.
Anda boleh beli untuk stok sendiri, atau share dengan keluarga, share dengan kawan-kawan. Berbaloi-baloi.

Fakta Penting Mengenai Shaklee Collagen Powder




Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder 
  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90% 
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75% 
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71% 
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69% 
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60% 
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55% 
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54% 
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50% 
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan ~ 18%
Berminat nak cuba?
Hubungi saya segera yer :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit