Friday, 19 December 2014

8 Manfaat Vitamin C Yang Wajib Anda Tahu


Selalu kita dengar Vitamin C ni untuk cantik jer kan.
Tapi, banyak lagi sebenarnya manfaat Vitamin C ni.

Jom sama-sama kita baca antara 8 manfaat utama Vitamin C yang wajib anda tahu.

1. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2. Penghasilan kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menjadikan kulit gebu dan warna tona sekata. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Melindungi perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lembut.

4. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering.

5. Imunisasi / daya tahan badan dan baik pulih luka

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

6. Kurangkan simptom demam

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selesema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

7. Saluran darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

8. Meningkatkan pertumbuhan rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak mencukupi mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Hah, bukan untuk cantik jer tau Vitamin C ni.
Di samping dapat kulit gebu, cerah dan licin, badan pun insyaAllah kekal sihat.

So, pastikan anda mengambil dos Vitamin C seharian yang mencukupi.
Macam saya sendiri, saya sedar saya tak mampu dapat Vitamin C yang mencukup dari makanan semata-mata, so saya top up dengan supplement. Vitamin C yang saya ambil, of course la Vitamin C terbaik dari Shaklee.
Harga jimat, kesan pun tip top!

1 comment:

kuchalana said...

banyak lagi rupanya khasiat vitamin c nie...bagus unutk kesihatan kita