Tuesday, 23 December 2014

Mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson


Cuti-cuti sekolah ni, mesti ramai yang bawa anak-anak jalan-jalan makan angin kan. Ada yang mungkin baru this week bawa anak-anak bercuti, takpe, ada lebih kurang 2 minggu lagi ni, sempat lagi.

Saya pun baru jer balik dari bawa anak-anak bercuti ni sebenarnya. Bawa anak-anak jer bercuti kali ni, sebab cik abang tengah sibuk sekarang, office nak pindah ke tempat baru. So, kami anak-beranak ni ikut kakak saya balik Kuala Lumpur, pergi 3 hari jer. Anak-anak saya ni memang rapat dengan mak long and pak long diorang, asal cuti sekolah jer, mesti nak pergi rumah mak long and pak long kat KL.

Bercuti ni, kalau tak pergi mandi-manda kat pantai atau water park, memang tak sah la kan. Bukan anak-anak jer yang suka, mak diorang ni pun mengidam nak berendam sama:)

Mula-mula tu plan nak pergi water park, tapi mak saya cakap pergi pantai lagi best, boleh picknik. Masak kat rumah and bawak makan kat situ. Kalau water park ni, biasanya tak boleh bawa makanan kan, melainkan kalau kita seludup masuk la.

So, kitorang decide pergi picknik kat Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Actually kitorang dah pernah pergi Port Dickson ni, tapi pantai apa tak ingat. Yang Pantai Teluk Kemang ni, kira first time la. Besar pantai tu, best giler. Bayangkan kitorang sampai situ pukul 11.00 pagi, pastu berendam sampai pukul 4 petang macam tu. Fuh, lepas gian betul. Irfan punya syok sampai tak mau balik.

If korang pergi Pantai Teluk Kemang ni, tak payah nak berpanas terik pun.
Boleh sewa khemah kat situ.
RM25 jer, boleh duduk selama mana yang kita nak

Apa lagi, terjun la kita.
Mama and irfan sama-sama excited
Dok terbayang-bayang lagi ombak ni. Bestnya

Irfan practice berenang.
Berjemurla kita anak-beranak

Ni aktiviti sampingan kakak, buat sand castle

Irfan and kakak beriya cari sea shells

Dah puas mandi, makan pulak ye anak-anak.
Mak tok tengah suapkan cucu-cucu.
Mama tengah suapkan diri sendiri :)

Orang cakap, kalau pergi Pantai Teluk Kemang ni, wajib minum coconut shake kat situ.
Tapi punya syok mandi, sampai terlupa nak beli.
Nasib baik on the way balik tu, nampak ada kedai jual.
So singgah la sekejap, pekena coconut shake seround

The next 2 days kat KL, kitorang just jalan-jalan and shopping kat KLCC and Jalan TAR jer.
Alang-alang dah singgah KLCC ni, apa lagi, sepetang kakak and Irfan main kat playground dia yang besar tu.
Kurus mama layan kakak and Irfan main

Teman mak tok shopping kat Jalan TAR pulak.
InsyaAllah next month my mom akan pergi buat umrah, 
so shopping la sikit jubah-jubah.
Ada satu kedai kat Jalan TAR tu, MUAZ kut kalau tak silap nama kedai tu,
murah betul jubah and tudung kat situ

Antara supplements yang wajib angkut sekali kalau pergi travel.
GLA Complex, Vitamin E, Vitamin C.
Dah pergi berendam sakan, kenala bawa protection kan. 
Protection luaran, pakai sunblock.
Dalaman, kena la makan supplements. Bukan setakat nak elak sunburn, tapi UV ni kan memang tak bagus untuk kulit, penyebab segala masalah kulit seperti jerawat, jeragat, garis-garis halus dan sebagainya.
Untuk anak-anak, ku angkut sekali Chewable Vitamin C, Omega Guard and Herbal Blend.

Berakhirlah sudah cuti-cuti Malaysia yang sekejap tapi sangat enjoy.
Yang penting, anak-anak happy.
Next time, bila ayah free, kita ajak ayah pergi jalan-jalan pulak eh.
By the way, nilah hasil protection luar dan dalam.
Ada la naik jerawat kecik sikit-sikit.
Nanti tempek Vitamin E, cepat jer hilang tu.
Gambar ni no make-up cuma bedak and lipstick sikit, no edit.
Giler close up laaaa... Kalau dulu time muka penuh jerawat and parut, tobat tak berani nak tayang gambar close up macam ni.
Sekarang sejak makan Shaklee ni, confident la sikit.
Inilah kepentingannya ambil supplements, tak payah nak make-up pun
Natural lagi sedap mata memandang, and kita pun tak perlu susah-susah nak cuci bagai bila nak sembahyang. Leceh jer kan :)

1 comment:

kuchalana said...

seronoknyer dapat mandi kat pantai..dah lama saya tak berenang dekat pantai nie