Thursday, 8 January 2015

4 Cara Mencerahkan Kulit Yang Kusam Dan Gelap


Kulit kusam dan gelap adalah antara masalah yang boleh dikatakan common di kalangan kaum wanita ni.

Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut tidak dibuang dari permukaan kulit kita dan dibiarkan berkumpul sekian lama, ini akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam.

Kulit kita ni sememangnya hari-hari akan ada sel mati. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak sel kulit mati terkumpul di kulit kita. Faktor-faktor seperti sinaran matahari, pencemaran, radikal-radikal bebas, nutrisi pemakanan tak seimbang, rokok dan penggunaan produk seperti bedak, foundation dan lain-lain menjadi punca utama berlakunya sel mati/kulit kusam.

Kulit yang kusam ini akan membuatkan kita nampak lebih tua atau bahasa mudahnya, kulit tak cantik la kan.

Dan perlu juga diingat bahawa sel mati juga akan menyebabkan masalah-masalah kulit lain seperti jerawat, warna kulit tak sekata, jeragat, bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih.

4 Cara Mencerahkan Kulit Yang Kusam Dan Gelap

Ramai yang biasanya mengambil jalan singkat dengan menggunakan makeup untuk mengembalikan seri wajah yang kusam. Tapi, kan sementara je tu. Takkan nak 24 hours make-up. Kalau keluar jalan-jalan pun, bila time nak solat, kena cuci juga segala make-up. Hah, nak cuci satu hal, pastu takkan nak make-up bagai balik. So, apa kata cari penyelasaian yang berpanjangan dan kekal, betul tak. Kulit pun nampak lebih cantik dan semulajadi. Lagipun, penggunaan make-up ni kalau sesekali okla, tapi kalau dah selalu sangat, kulit yang memang bermasalah akan jadi semakin bermasalah. Kulit yang takde masalah pun ada kemungkinan akan menjadi bermasalah kalau tak dijaga dengan rapi akibat sel kulit mati yang terkumpul.

Jadi, bagaimana caranya untuk kita mencerahkan kulit yang kusam dan gelap ni, agar kulit kita kelihatan cerah, halus dan berseri?

1. Rutin penjagaan asas

Pastikan anda mengamalkan rutin penting dalam penjagaan kulit wajah, 3 BASIC STEPS iaitu mencuci, menyegar dan melembap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ada satu M lagi sebenarnya, iaitu melindungi. Waktu siang, jangan lupa untuk melindungi kulit anda sekali ye dengan menggunakan sunblock atau menggunakan pelembap yang ada SPF. Rutin saya, 3 basic steps je, sebab pelembap saya ni combine dengan sunblock sekali. So, if pelembap anda takde SPF, pakai sunblock ok.

2. Penggunaan scrub

Semua pun tahu kan, scrub ni adalah untuk menggalkan sel kulit mati, dan biasanya kita cuma guna 2 atau 3 kali je seminngu. Tetapi, penggunaan scrub tak digalakkan untuk kulit wajah yang berjerawat sebab boleh menyebabkan jerawat luka. Jika anda konsisten dengan rutin penjagaan 3 BASIC STEPS tu, sebenarnya tak pakai scrub pun tak apa. Saya sendiri pun tak menggunakan scrub sebab kulit saya agak sensitif.

3. Pengambilan supplement

Selain rutin penjagaan asas untuk luaran 3 BASIC STEPS, pengambilan supplements juga adalah rutin yang AMAT penting untuk memastikan kulit kita cerah, halus dan berseri. Luaran sahaja tak mencukupi, penjagaan dalaman juga amat penting. Pengambilan supplement yang sesuai penting untuk membuang toksin di dalam badan dan melengkapkan proses pembersihan kulit. Saya sendiri mengamalkan pengambilan supplement Shaklee untuk penjagaan dalaman.

Antara supplements yang saya amalkan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit adalah Herblax, Alfafa, Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, B Complex, Shaklee Collagen Powder dan ESP. Banyak? Nampak jer banyak, tetapi saya takdelah ambil semua setiap hari. Saya ambil ikut keperluan, ada yang saya ambil daily, ada juga yang saya ambil weekly jer dan ada juga yang saya ambil bila perlu jer.

Ginilah rupa sebahagian supplement Shaklee yang saya amalkan

4. Facial 

Ok, honestly, saya pernah sekali je buat facial kat saloon seumur hidup. Itupun time nak kahwin dulu. Tapi, malangnya, kulit saya ni sensitif, tak sesuai dengan alatan atau bahan yang digunakan kat situ agaknya, makin teruk ada la lepas buat facial tu. Jadinya, saya memnag tak pernah buat lagi la lepas tu. Actually, facial ni penting juga sebenarnya, seeloknya lakukan facial sebulan atau dua bulan sekali.

Tapi, facial ni tak semestinya buat kat saloon, kat rumah pun boleh. Saya pernah tengok kat TV dulu, Rozita Che Wan pun tak buat facial kat saloon, buat kat rumah je katanya. Guna bahan-bahan tradisional pun boleh. Saya biasanya, kalau masker ni, guna supplement Shaklee je, jimat kan. Makan boleh, buat masker pun boleh. Yang penting tak rosakkan kulit, sebab supplement Shaklee ni takde chemicals. Kadang bila time rajin tu, ada juga la saya tepek putih telur.
 
Ok, mudah saja kan 4 cara ni. Buat tau jangan tak buat, sebelum terlambat.

Belum terlambat lagi untuk anda bertindak! Sayangi dan belailah kulit wajah anda dari sekarang.
Bagi yang kulit jenis bermasalah, jangan tunggu sampai kulit dah teruk baru nak bertindak ye, makin susah dan banyak kos yang kena dikeluarkan nanti.
Yang penting, anda haruslah sabar, konsisten dan jangan putus asa!!
Semua masalah ada penyelesaiannya.
Bagi yang takde masalah kulit tu, don't take it for granted. Jangan menyesal pulak nanti kalau tiba-tiba timbulnya segala jeragat, blackhead, whitehead semua tu. Seram tau :)

No comments: