Tuesday, 6 January 2015

Berjaya Hamil Selepas 2 Tahun Kahwin : Set Kesuburan Shaklee


2 hari lepas saya mendapat berita gembira dari customer tersayang yang beliau telah berjaya hamil selepas 2 bulan konsisten mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Alhamdulillah, sujud syukur. Saya tumpang happy untuk beliau.

Customer saya ni menghubungi saya kira-kira 2 bulan lepas. Beliau sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat, ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee pula katanya, sebagai salah satu ikhtiar.

Supplement yang beliau amalkan adalah GLA Complex dan Alfalfa, manakala suami pula mengamalkan Zink.


Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Meningkatkan Kesuburan

GLA Complex

Sebagai wanita, pasti anda perasan yang setiap bulan cecair serviks yang berbeza dari segi warna dan juga kepekatan akan dikeluarkan. Salah satu cara untuk mengenali waktu subur anda adalah dengan memerhatikan cecair serviks berkenaan. GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tak cukup subur.. Ada wanita pula langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur. Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)” dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat. Tekstur lendir serviks pada waktu subur inilah yang membantu sperma berenang terus ke uterus seterusnya ke telur (ovum) melalui tiub falopio. Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari. Jadi, harapan untuk hamil makin cerah.

Ada juga pasangan suami isteri yang masih belum dapat menimang cahaya mata kerana mengalami masalah hormon yang tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang mengganggu proses kitaran haid. Ringkasnya, jika period pun tak tetap, agak sukar juga lah untuk kira hari subur. Di sinilah GLA Complex membantu dalam kesuburan dengan menyeimbangkan hormon yang tidak stabil dalam badan.

Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Zinc Complex
 
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


Sesungguhnya, rezeki itu adalah dari Allah. Tetapi kita sebagai hambanya haruslah berusaha dengan apa cara sekalipun selagi ianya tak melanggar batas. Lambat atau cepat juga dari Allah. Yang penting usaha, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Selain usaha, banyakkan berdoa kepada Allah ya.

Senarai supplements di atas adalah antara supplements di dalam Set Kesuburan Shaklee. Boleh hubungi saya ya, untuk exclusive consultation mengenai supplements mengikut keperluan anda dan juga cara-cara makan yang betul dan tepat untuk anda.

Klik sini untuk info lanjut tentang set lengkap Set Kesuburan Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: