Dah lama pulak rasanya saya tak share tentang
Set Kurus Shaklee dekat sini kan.
Setiap hari, saya terima pelbagai pertanyaan dari customer tentang
Shaklee, kebanyakannya yang baru nak berkenalan
Shaklee. Antara set yang paling popular adalah
Set Kurus Shaklee.
Ok, so entry kali ni, jom kita berkenalan dengan
Set Kurus Shaklee yang popular ni, yang terdiri dari set mekanisma 3B iaitu buang,
bakar, bina.
Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?
Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan ni, bukan
hasil satu malam. Dan sesiapa yang mahu menguruskan badan harus
faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itulah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!
1. BUANG
Buang di sini bermaksud detox. Detox adalah
mengeluarkan toksin dan kotoran di dalam usus kita, membersihkan sekaligus
memudahkan untuk penyerapan nutrient.
Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:
a) Herblax
Herblax membantu detox usus, dan juga membantu kempiskan perut. Ianya mengandungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan
untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran
daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda
lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”.
b) Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox seluruh tubuh. Alfalfa juga membantu kurangkan retensi air dalam badan.
2. BAKAR
Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori
sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk
untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.
a) Lecithin
Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak (memecahkan lemak) yang tidak dihasilkan oleh
tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.
b) Omega Guard
Omega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan
hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Omega-3 membantu penghasilan hormon leptin yang membantu mengawal nafsu makan. Kajian
juga menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh
kita ‘mesin pembakar lemak’.
3. BINA
Protein diperlukan untuk membina otot, yang mana ianya penting dalam berdiet.
Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat
badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan diet yoyo, mudah turun mudah naik.
Protein juga membantu memberikan rasa kenyang dan mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.
a) Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein
leucine yang penting dalam pembinaan otot.
b) ESP (Soy Protein)
Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.
Jom turunkan berat badan dengan cara yang betul,
agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda ya.
KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOOSE INCHES YOU DON'T WANT
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment