Thursday, 22 January 2015

Rutin Baru Seorang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah


Minggu ni adalah minggu kedua kakak pergi school Standard 1. Maksudnya, minggu kedua jugalah mama dengan jadual baru mama. Last week agak kelam kabut juga, adjusting time sana-sini, tapi this week Alhamdulillah mama, kakak, irfan and ayah dah mula adapt dengan rutin baru ni

Since dah start school ni, makanya waktu tidur pun tak boleh terlajak sebab nak kena bangun awal pagi. Lagipun, anak-anak ni perlukan tidur yang cukup, barulah boleh fokus and tak mengantuk dalam kelas. Saya akan make sure, kakak and Irfan tidur sebelum pukul 10 malam. So far, takde masalah, sebab dari baby lagi saya dah train anak-anak tidur awal, bangun awal. Lagila sekarang ni, start 9.30 malam tu kakak dah start mengantuk dah. Letih juga anak mama pergi school.

Macam biasa, bangun pagi, mama la kan orang yang paling awal bangun. Cuma kalau sebelum ni tak pernah-pernah bangun pagi terus pegang periuk belanga semua, tapi kali ni entah semangat datang dari mana, itulah aktiviti saya waktu pagi sekarang. Memang saya dah nekad dah nak bagi kakak bawa bekal pergi school. So, masak untuk breakfast and bekal kakak sekali harung. So far, menu simple je, nasi goreng, koteow goreng, sandwich sardin, sandwich telur, makaroni goreng. Gigih betul ni.

As for me, saya biasanya minum ESP Shaklee awal-awal pagi, nak maintain energy supermom la katakan. Cepat, mudah dan berkhasiat, lepas tu, baru la start enjin buat tugasan. ESP Shaklee ni untuk bagi energy supaya tak letih, lemau, lesu, bagi rasa kenyang and lagi satu, bonus, kulit cerah, gebu dan awet muda.

My secret potion for energy, health and beauty

Nanti ingat nak try resepi yang best-best pulak untuk kakak and irfan, macam roti john ke, pizza ke. Kakak dah request muffin nak bawak pergi school ni. Semoga mama diberikan kerajinan dan ilham nak buat yang best-best untuk anak-anak mama. Korang if ada blog atau website ke, group yang best ke untuk bento or bekal anak ni, pleaaasee... share eh.

Ok, lepas dah hantar kakak pergi school, balik rumah settle hal-hal business pulak. Time nak update blog, Facebook, follow up customer, reply segala WhatsApp dan SMS. Dalam pukul 11 tu, ready nak masak lunch pulak. Sekarang cik abang pun dah balik lunch kat rumah sama-sama. Bestnya sekarang dapat makan lunch sama-sama kat rumah. I'm not a good cook, main capak-campak jer, tapi bila masak dengan penuh kasih sayang ni, berselera tau cik abang dengan anak-anak makan.

Dalam pukul 12-1 petang tu, saya keluar g ambik kakak balik school pulak.
Petang, sambil-sambil sibuk tentang business, settle kerja rumah apa yang patut, sibuk juga dengan anak-anak kat sebelah. Buat homework bersama, main pun bersama :)

Banyak betul buku budak-budak sekolah sekarang kan. Dengan buku teks, buku latihan, buku tulis. Beg pun dah besar dari tuan. Hari tu, ada ternampak satu post dekat Facebook, seorang ibu ni share yang dia letak sticker untuk tanda buku mengikut time table, ikut hari. Saya pun dah terjebak sama, senang sikit. Kita letak sticker tu, then anak-anak follow je tu untuk bawa buku hari-hari.

Bahan-bahan untuk sesi tampal-menampal sticker follow time table

Semenjak jadi surirumah yang bekerja dari rumah aka work at home mother ni, actually kan, busy sangat tau, rasa macam lagi busy dari time kerja dulu pun ada jugak. Everything kena handle sendiri. Penat juga actually. Tapi, segala-galanya, apa yang kita buat tu, anak-anak di samping kita. Masa pun sangat flexible. This is what i dreamt for since kakak lahir. Syukur kepada Allah kerana memberi jalan dan peluang kepada saya untuk menjadi seorang ibu yang bekerja di rumah di samping anak-anak, melihat anak-anak membesar depan mata.

Itulah serba-sedikit my daily routine during weekdays. During weekends pulak, kalau tak balik kampung, kitorang biasanya jalan-jalan area Penang je. Shopping salah satu aktiviti wajib la, shopping barang rumah, then bawa anak-anak makan-makan, main kat playground aka exercise.

Our weekend. 
Precious time with my big hero, little hero and little princess :)