Friday, 16 September 2016

7 Cara Elak Dan Hilangkan Kedut Sekitar Mata, Supaya Tidak Nampak Tua Dari Usia


Selain berfungsi sebagai indera penglihatan, mata juga dapat mempengaruhi kesan wajah dan penampilan seseorang secara keseluruhannya. Contohnya, mata merah membuatkan penampilan seperti orang sakit. Begitu juga dengan lingkaran hitam dan kedut di bawah mata, membuat wajah nampak tua.

Wajah cantik dan licin macam mana pun, tapi kalau mata dah berkedut dan lebam, tetap nampak tak cantik juga. Setakat nak cover dengan make-up tu boleh la sikit-sikit, tapi takkan nak makeup sentiasa, betul tak. Leceh satu hal, lagi satu, kan lagi best kalau natural beauty.

Jadi, sebab itulah menjaga keindahan mata sangat penting.

Kulit di sekeliling mata ni mempunyai lapisan yang sangat nipis dan mengandungi sedikit kelenjar minyak. Akibatnya, kulit di bahagian tersebut menjadi lebih sensitif dan mudah terdedah kepada masalah dehidrasi ataupun kedutan. Apa sahaja yang anda lakukan, biarpun kecil tetapi boleh merangsang munculnya tanda-tanda penuaan semulajadi pada mata.


Untuk menjaga keindahan mata anda, tak kisahla walaupun mata anda sepet seperti saya, pastikan anda amalkan semua tips yang saya kongsikan kat bawah ni k.

7 Cara elak dan hilangkan kedut sekitar mata supaya tidak nampak tua

1. Jangan abaikan rutin penjagaan wajah

Lakukan perawatan kulit sehari-hari dengan teratur, bermula dari cara anda  membersihkan wajah dengan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit, penyegar dan pelembab sehinggalah perawatan mingguan seperti memakai masker dan pengelupasan (skrub).

2. Jangan menggosok kasar di sekitar mata

Perlakukan kulit dengan lembut. Menggosok atau mengusap kulit wajah dan sekitar mata dengan kasar ketika sedang membersihkan atau mengaplikasikan krim perawatan juga boleh mengundang kedutan. Begitu juga dengan gerakan menggosok-gosok mata.

3. Bersenam

Rajin bersenam memperlambat kemunculan penuaan semulajadi. Malah, ia turut membuatkan penampilan anda nampak lebih segar dan muda. Senaman ringan seperti  berjoging membantu menjaga kesihatan dan juga melancarkan perjalanan darah sehingga kulit terhindar daripada penggumpulan cecair yang menyebabkan pembengkakan.

4. Hindari stress

Hindari stres dengan selalu berfikiran positif dan memikirkan perkara-perkara yang membuat anda bahagia. Di samping itu, lakukan hobi atau hal-hal yang disukai untuk membuat diri anda menjadi lebih bahagia.

5. Pakai kacamata gelap

Biasakan memakai kacamata gelap yang mengandung anti UV ketika berada di bawah cahaya matahari. Selain merosak kolegen dalam kulit, gerakan mengerutkan mata ketika anda berasa silau juga turut merangsang timbulnya kedutan halus. Ambil perhatian ya!

6. Gunakan krim mata

Memakai krim mata yang mengandung anti-aging dan anti-oksidan ‘wajib’, terutama bagi wanita yang sudah berusia lebih daripada 30 tahun, dan lebih baik lagi jika langkah ini anda mulakan lebih awal.

Anda mungkin juga berminat dengan 6 Cara Pakai (Krim Mata) Eye Cream Dengan Betul Supaya Berkesan

Cadangan dari Shaklee : Enfuselle Eye Treatment



7. Ambil vitamin dan buah-buahan

Pengambilan buah-buahan adalah salah satu cara melawan penuaan semulajadi yang sangat efektif. Buah mengandungi vitamin dan antioksidan yang sangat diperlukan oleh kulit. Selain buah-buahan, pengambilan vitamin juga sangat penting sebab saya yakin semua orang di zaman sekarang ni tak akan mampu untuk cukupkan keperluan vitamin harian hanya dari buah-buahan dan makanan sahaja, kan.

Vitamin dan antioksidan yang penting untuk kulit:

1) Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana akan membantu pembentukan kolagen  

2) Vitamin E merupakan vitamin yang amat terkenal sebagai vitamin awet muda

3) Protein (ESP) juga penting untuk pembentukan kolagen dan kulit yang sihat

4) Shaklee Collagen Powder merupakan kolagen kualiti premium dari sisik ikan merah laut dalam yang mempunyai berat molekular sangat ringan, mudah diserap dalam badan.

5) Vivix pula adalah antioksidan dan tonik antipenuaan yang terbaik, merawat dan membaik pulih sel-sel hingga ke tahap DNA


Supplements ni, yang paling best sebab kesan tu bukan setakat untuk kawasan mata je, tapi seluruh muka tau.

Testimoni 1


Testimoni 2


Kita ni takdelah tak boleh terima hakikat yang dengan pertambahan usia, kedut atau garis halus di pasti akan ada. Cuma, yang menjadi masalahnya sekarang, muda-muda pun dah mula ada kedut, apa cerita. So, kalau dari awal tak jaga, makin lama makin banyak la yang berkedt tu kan. Tak ke kita akan nampak tua, walaupun umur baru berapa je.

Dan lagi satu, perasan tak, tips yang saya kongsi tu, mostly sebenarnya untuk kesihatan dalaman kita juga. Maksudnya, kita bukan fokus luaran je nak nampak muda dan cantik, tapi dalaman pun insyaAllah sentiasa muda.

Bila dalaman sihat, barulah luaran pun sihat kan :)

Anda mungkin juga berminat dengan Cara Berkesan Hilangkan Eye Bag / Dark Circle

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: