Monday, 19 September 2016

Perlukah Ambil Vitamin Atau Supplement Tambahan? Ini Nasihat Dari Doktor Pakar


Assalamualaikum

Salam Hari Isnin semua

Bermula la balik ye rutin kita, terutamanya mak-mak yang ada anak yang bersekolah tu. Maklumlah dah sakan bercuti seminggu. Mesti banyak drama pagi ni. Macam-macam watak ada pagi ni kan. Ada mak-mak yang dah bertukar jadi 'hulk' tak pagi ni :)

Alhamdulillah kami pagi tadi semuanya dalam keadaan terkawal. Kakak dengan irfan senang betul bangun, mood pun ceria je masing2. Excited nak pergi school jumpa kawan-kawan agaknya.

Ok, sementara nak menunggu waktu untuk masak lunch jap lagi, jom saya nak kongsikan satu artikel menarik ni.

Tentang pengambilan vitamin atau supplements tambahan. Perlu ke sebenarnya?

Artikel yang saya nak kongsikan di sini adalah pendapat dan nasihat dari doktor, yang pada saya sangat ringkas, jelas dan padat.


Perlu ke ambil vitamin atau supplement tambahan?

Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup setengah juta tahun dahulu, jawapannya adalah TIDAK.

Kenapa pula macam tu?

Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.

Vitamin dan zat mineral sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.

Nenek moyang kita yang hidup beribu atau beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan vitamin atau zat galian tambahan.

Sebaliknya, makanan anda datang dari pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.


Sekiranya makanan sebegini yang anda makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan zat galian yang cukup adalah amat tipis. 

Zat galian berpunca dari tanah. Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun, kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium, kromium, magnesium dan sebagainya? 

Contohnya.... Vitamin C

Vitamin C sekali pun tetap memerlukan sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.

Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan. 

Vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk badan anda.

Jadi, sebab tu lah anda perlu ambil supplement tambahan

Anda memerlukan vitamin atau zat galian tambahan bukan kerana kerana tidak mendapat khasiat tersebut daripada makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke pinggan anda). 

Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat vitamin dan zat galian. 

Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang. Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan terperinci sekalipun.


Maka, jika anda beranggapan bahawa anda mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya daripada makanan, anda sudah pasti tersilap!

Rujukan: 
  • Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.
Apa ciri-ciri supplement tambahan yang bagus, berkesan dan selamat? >> KLIK SINI

No comments: