Thursday, 15 September 2016

Bangunan Pertama Di Dunia Yang Berkonsepkan Mesra Alam


Shaklee ni, bukan setakat produknya mesra alam, bangunan ibu pejabatnya pun mesra alam juga!

Ibu pejabat Shaklee ni terletak di Pleasanton, Carlifornia bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang di dokong oleh Shaklee iaitu Sentiasa Mesra Alam.

Kali pertama bila saya baca mengenai struktur dan reka bentuk bangunan ni, saya rasa sangat-sangat kagum dan teruja dengan teknologi yang mesra alam ni. Dan sebab tu saya rasa sangat teruja nak berkongsi tentangnya di sini dengan anda semua :)


Bangunan mesra alam yang serba moden dan sangat indah

Ia direka bentuk oleh arkitek terbilang, Gensler menjadikan bangunan ini mesra alam dan mesra pengguna sebagai komitmen shaklee terhadap" kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi".

Di sini kita boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh- tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang tak kira di posisi mana pun kita berada di bangunan ini.

Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar dan pembinaannya dari bahan dan warna secara semula jadi.

Antara keunikannya adalah seperti
  • bahan-bahan untuk kayu dan pintu di ambil dari hutan mampan
  • pembuatan permaidani dan kerusi dari bahan di kitar semula
  • tanaman landskap yang di jaga rapi terdiri dari sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk-produk shaklee.
  • penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu bagi tujuan menjimatkan tenaga
  • penghadang tingkap yang di kawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan masa yang sama menapis kepanasan.
  • penggunaan "low e glass " di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang effisien.
  • peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • ruang dalaman yang luas untuk suasana kerja yang harmoni dan peredaran udara segar
  • orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukan yang berhampiran dengan pengangkutan awam.
Bangunan ni tidak boleh masuk suka-suka jer tau, katakan anda AHLI SAH SHAKLEE nak melawat bangunan ni pun tak boleh. 
Kena datang dengan staff Shaklee yang telah pertanggungjawabkan untuk bawa anda ke sini :)

No comments: