Sunday, 11 September 2016
Selamat Balik Kampung. Vitamin Jangan Lupa Bawa Balik Ya :)
Assalamualaikum :)
Rasanya mesti ramai yang dah start balik kampung semalam kan.
Kami belum lagi. InsyaAllah pagi ni baru balik. Barang pun tak pack lagi.Lagipun kampung kami tak la jauh mana pun, tak payah kalut nak pack.
2 benda paling penting yang kena bawak balik raya ni..
First sekali, of course la baju raya. Baju raya takda dalam gambaq ni. Baju raya untuk raya haji, macam biasa, recycle je. Baju semua pun elok lagi, pakai sekali je raya puasa hari tu.
Second, vitamin Shaklee. Untuk diri sendiri, anak-anak, cik abang dan stok untuk mak kat kampung.
Vitamin Shaklee bila bawak balik kampung, memang kami selalu angkut dengan botol2 sekali. Tak letak dalam pil box pun. Berbotol2 jugakla, tapi sumbat dalam bag, ringan ja. Tak susah mana.
Lagipun nak balik lama jugak ni, anak-anak cuti sekolah seminggu. Cik abang pun ambik cuti sambung sampai hari Jumaat Hari Malaysia tu.
Raya mana korang tahun ni..
Kami confirm dah raya Kedah. Dua2 memang orang Kedah pun :)
Untuk diri sendiri, yang penting saya bawa balik, biasanya Vivix, Vitamin E dan Vitamin C. Yang lain2 tu, kadang bawa balik juga sekali, kadang saya share je ambil yang memang ada kat kampung sebab mak saya pun ada ambil jugak.
Untuk anak-anak pulak, yang paling tak boleh tinggal, Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Penting sangat sebagai perisai, nak kuatkan immune system anak-anak. Maklumlah musim raya ni lagilah kan, berjalan merata-rata, anak-anak pun terdedah dengan segala macam bakteria dan virus.
Cik abang pula, paling tak boleh tinggal, Lecithin dan Omega Guard. Dua2 ni sangat membantu untuk pecahkan lemak dan kawal kolestrol dalam badan. Bayangkan la time raya makan macam mana kan, penuh perut dengan segala makanan yang tinggi kalori, lemak dan kolestrolnya. Cik abang saya ni bukanlah obsess nak kurus pun, tapi dia actually takut kolestrol tu. Memang kena jaga-jaga bab kolestrol ni, tak kira umur, anytime je boleh kena serang. Silent killer ni. Tak ke naya tu kalau tiba-tiba kena strok atau serangan jantung.
Okes.. nak g pack barang-barang dah.
Selamat balik kampung ya semua. Drive safe :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment