Jerawat jerawat... kenapa saya suka share tentang masalah jerawat ni?
Sebab
saya sendiri pun memang dari golongan yang mempunyai masalah jerawat
ni, dulu la, sekarang Alhamdulillah dah ok, ok banyak la dari dulu.
Kalau dulu jerawat dan parut penuh muka sampai hitam kusam muka ku,
sekarang ni kalau ada naik jerawat pun kadang-kadang je sebiji dua.
Nampak la kulit tu cerah bersih sikit.
Saya suka share
tentang masalah jerawat ni, sebab saya tahu bukan senang nak nyahkan
jerawat ni kalau tak rawat betul-betul. So, saya share la serba sikit
apa yang saya tahu, based on pembacaan dan pengalaman saya sendiri.
Mudah-mudahan membantu dan memberi manfaat untuk anda yang mengalami
masalah jerawat ni juga.
Jerawat ni, kalau
kadang-kadang naik sebiji dua tu takde hal la, normal je tu. Tapi yang
masalahnya ni, bila dah penuh muka, kalau yang lebih serius tu siap
bernanah lagi. Memang akan buatkan seseorang tu berasa malu, dan kurang
keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain, sampai rasa nak
menyorok dalam rumah je 24 jam. Betul tak?
Masalah jerawat ni, kalau tak dirawat, pasti akan jadi lebih teruk lagi. Tetapi, ramai yang
walaupun
dah beribu-ribu duit habis pada produk penjagaan wajah, tapi masalah
jerawat masih tak selesai malah menjadi lebih teruk lagi. Sedih kan, saya faham perasaan anda, sebab saya pernah melaluinya dulu.
Apa
punca jerawat ni sebenarnya. Apa-apa masalah pun, kalau kita tahu
puncanya, senang la sikit nak setlle kan. Antaranya mungkin disebabkan
perubahan hormon, pemakanan, pengeluaran sebum berlebihan, persekitaran,
penghadaman dan sebagainya.
Jom kita lihat satu-satu..
Punca Kenapa Masalah Jerawat Susah Hilang
1. Pemilihan produk yang salah
Pemilihan
produk yang kuat bahan kimia di dalamnya membuatkan masalah jerawat
akan menjadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga
menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
2. Penjagaan muka yang tidak berterusan
Tidak
berdisplin untuk megikuti asas jagaan muka iaitu memakai cleanser,
toner, moisturiser dan sunblock. Rajin-rajinkan diri yer kalau tak nak
masalah jerawat anda melarat.
3. Terdedah dengan persekitaran
Terdedah dengan udara yang kotor seperti asap kenderaan dan cahaya matahari tanpa perlindungan.
4. Bakteria
Menyentuh
dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan
bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria
telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh
jerawat dengan jari. So, jangan gatal-gatal tangan dok belai-belai atau
picit jerawat tu ok.
5. Pemakanan
Terlalu
banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan
laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. Rasanya
makanan ni bergantung individu juga. Macam saya, kalau makan coklat dan
makanan atau minuman yang berunsurkan susu, maka besedialah untuk tengok
muka bertempek-tempek naik jerawat. Ada sesetengah orang maintain jer
makan ni. Kena monitor dan kawal sendiri pemakanan ni. Nak makan boleh,
cuma biarlah berpada-pada. Lebihkan pengambilan buah-buahan,
sayur-sayuran dan minum air yang mencukupi untuk mempercepatkan aliran
toksin dari badan.
6. Hormon tidak seimbang
Masalah
hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan
lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous
mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat. Dan terus
dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan
merebak.
7. Sembelit
Sembelit
membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran
darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan
dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat
untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
8. Toksin berlebihan
Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk
mengalirkan toksin. Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal
lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Toksin yang
berlebihan ini juga penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Jadi pastikan
anda minum air masak secukupnya dan untuk detoks, anda juga boleh ambil
supplements yang bagus seperti Herblax dan Alfafa.
9. Tidur
Pembaikan
sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur.
Seeloknya, tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Jam 12 malam-3 pagi
merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.
So,
masalah jerawat ni, kalau kita tengok, bukan berpunca dari luaran je.
Sebab tu, kebanyakan kes, dah macam-macam produk penjagaan wajah guna,
tak tau berapa ribu dah habis, tapi masalah tak selesai juga. Mana
taknya kan, dalaman tak jaga sekali, dengan masalah pemakanan,
penghadaman, hormon, toksin berlebihan, stress dan sebagainya. Ramai
yang tak sedar akan bab-bab penjagaan dalaman ni.
Nak tau apa yang kita boleh buat untuk hilangkan masalah jerawat dan parut ni?
Jom baca...
Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan
1) Bersihkan wajah sekurang-kurang 2 kali sehari
Lakukan
pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui
urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur
lembut dan sesuai dengan kulit anda. Rutin pembersihan ni termasuk
menggunakan toner serta melindungi wajah dengan pelembap dan sunblock.
Elakkan selalu bertukar produk ya.
2) Jangan memicit jerawat dengan kuku
Jangan
sesekali picit jerawat dengan kuku. Ia boleh memburukkan keadaan kulit
dan berisiko meninggalkan parut kekal dan sukar untuk hilang. Bila dah
picit ni, ia juga akan menyebabkan kuman dan jerawat merebak ke kawasan
muka lain. Seram kan, bertambah-tambah penuh jerawat kat muka nanti.
3) Amalkan pemakanan yang sesuai
Individu
yang mengalami masalah jerawat, terutamanya jenis serius perlu
mengurangkan pemakanan berminyak, telalu manis dan pedas. Bagi yang alah
pada makanan laut pastikan anda mengelakkan diri dari mengambilnya
kerana ia akan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Anda boleh monitor
sendiri jenis makanan manakah yang akan menyebabkan jerawat anda makin
serius.
4) Minum air kosong
Amalkan
meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari,
sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman
badan sentiasa bersih dan kurang toksik.
5) Suplemen dalaman yang bagus
Nak kulit cantik, kena jaga luar dalam. Kalau dulu, ramai yang tak sedar hakikat ni. Tapi sekarang ni dah makin ramai yang mula nampak kepentingan penjagaan dalaman ni. Selain dari mengamalkan pemakanan yang seimbang, pengambilan supplements juga amat penting. Baiki dan lindungi kulit dari dalam. Bestnya kalau muda-muda dah ambil supplements, saya ni dah tua-tua ni baru start ambil supplements. Tapi seb baik la tak terlambat sangat kan. At least merasa la juga kulit makin cantik sekarang compare dengan zaman muka penuh parut ngan jerawat dulu. Kalau tak ambil supplements ni, memang selamanya tak settle kut masalah parut dan jerawat kat muka saya ni. Alhamdulillah, apa pun, semuanya dengan izin Allah. Yang penting kita ikhtiar :)
Pilihan saya, supplements semulajadi Shaklee yang dijamin selamat dan berkesan
Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk anda yang mempunyai masalah jerawat dan parut, serta masih tercari-cari cara berkesan untuk menghilangkannya.
Di bawah ni saya kongsikan perkongsian dari saudari Ummi Zainab, bagaimana wajah beliau yang dulunya dipenuhi jerawat yang agak serius, tetapi kini semakin licin, cerah dan berseri.
Semoga memberi semangat untuk anda juga ya..
Assalamualaikum,
Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula
kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 .
Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan
tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet.
Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor
Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi.
Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala
masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok
dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang
doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen
di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada
saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So
saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung,
lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata.
Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah
resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung)
tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga
bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah
keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus ..
Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula
yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan
sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan
kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif,
berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set
kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C,
Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set
skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab
kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan
Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak
saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada
duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya
sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat
berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai
dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk
berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami
sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga
testimoni ini memberi manfaat pada semua .
.
Sharing dari hati ....
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit