Monday, 16 November 2015

Sambut Birthday Di Taman Ular Dan Gua Kelam, Perlis


Assalamualaikum semua :)

Lately macam bersawang pulak blog kesayangan ni tak ber'update'. Sebenarnya saya ada banyak nak share ni, so stay tune k. InsyaAllah lepas ni i'll be back on track.

Eh, sape pernah pergi Taman Ular and Gua Kelam kat Perlis tu. Saya ni nama jer orang utara, tapi last week baru first time jejak kaki kat dua tempat ni. Itupun tak dirancang sebenarnya. Actually, last week tu birthday Irfan, and Irfan request nak pergi mandi pantai. Nak berjalan jer, kek-kek semua tak nak. Waktu tu kat rumah my parents kat Alor Setar, satu-satunya pantai kat sana, Pantai Merdeka jer la. Tapi, memandangkan Pantai Merdeka tak berapa menarik sekarang, so my sis ajak pergi tempat lain. Saya dan anak-anak ikut jer, sebab my husband takde kat kampung pun time tu, kena kerja.

Sudahnya, kitorang pergi Taman Ular and Gua Kelam. Irfan seronok dalam takut. Irfan cakap, hari ni birthday Irfan, semuanya yang takut-takut :)

Kakak Qistina yang paling excited actually, favourite kakak tu tengok binatang segala. Mama pulak yang geli dikelilingi ular, iguana segala. By the way, if korang nak pergi Taman Ular tu sekarang, better hold dulu k. Sebabnya tempat tu diorang tengah renovate, so banyak binatang yang takde la, tak best sangat. Tak sure pulak bila akan siap.

 Harga tiket masuk ke Taman Ular.
Tapi kitorang dapat murah jer time tu, sebab tengah renovate kan.
So dia bagi discount, tak sure pulak berapa kena bayar sebab my sis yang bayarkan

 Kakak dan cat tak dapat dipisahkan

Mama & birthday boy
Ayu betul mak berdress bagai kat Taman Ular
Sambar je la pakai apa ada, sebab tak bawak balik baju lain kat kampung :)

Sekejap jer la kitorang kat Taman Ular tu, then ke Gua Kelam pulak. Kat Gua Kelam tu ada air terjun juga, tapi tak berani pulak nak bagi kakak and Irfan mandi kat situ sebab takut penyakit kencing tikus. Memang kitorang dah lama dah avoid mandi kat air terjun, if nak mandi-manda pun pergi pantai or water park jer la. By the way, panjang betul Gua Kelam tu, fuhhh, berpeluh jugakla nak jalan sampai hujung. Memang beratus kalori terbakar :)

Harga tiket masuk ke Gua Kelam

Posing dulu seround sebelum membakar lemak merentas Gua Kelam

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)