Semua
orang inginkan badan yang kurus dan ramping kan, tak kira la kaum wanita mahupun kaum lelaki. Kesedaran untuk dapatkan berat badan yang ideal di zaman sekarang ni nampak makin meningkat, itu yang kita tengok berlambak-lambak produk ubat kurus dijual di pasaran. Cumanya, ramai yang terlalu ingin kurus untuk nampak cantik sebenarnya. Tak salah, tapi kesedaran untuk kurus dan SIHAT mungkin harus dipertingkatkan lagi, supaya ramai yang tidak terlalu obses untuk kurus sehinggakan mengambil ubat kurus atau mengamalkan diet yang bukan-bukan, yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri.
Tahukah anda, ada perkara-perkara mudah yang kadang-kadang ramai abaikan, yang sebenarnya boleh membantu mencapai impian untuk kurus secara sihat, selamat dan berkesan.
Jom saya kongsikan 20 tip kurus yang mudah dan semestinya
berkesan yang boleh korang amalkan.
Tips WAJIB tahu ni :)
1. Mulakan
hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan
membantu mengurangkan jumlah kalori yang diambil sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
3.
Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah
telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan
mengurangkan nafsu makan di majlis itu.
4.
Tambahkan satu hidangan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan pada menu
anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini
sehingga lapan hidangan sehari.
5. Untuk
setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah
piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini akan membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah
untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa
dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan
menjadi kebiasaan.
9. Jangan
biarkan diri anda gemuk dengan memenuhi semua permintaan perut. Anda
masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda
sedari.
10. Jika
anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda
harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk
mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11.
Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil
hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada
makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi
kalori.
12.
Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari
anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan
tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13.
Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup
sihat’’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan
memberikan nutrisi pada badan anda.
14.
Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah,
cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan ia akan membuatkan
tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam yang tidak menyihatkan.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk.
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan dan menyeronokkan.
19.
Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain
pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari
internet.
20. Sebelum anda membeli-belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli-belah tersebut.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment