Thursday, 25 February 2016

3 Cara Mudah Saya Kempiskan Perut Dan Bakar Lemak Dengan Cepat


Assalamualaikum :)

Bulan February sentiasa menjadi bulan yang istimewa buat saya. Selain bulan anniversary saya dan cik abang, bulan ni juga merupakan bulan kelahiran puteri sulung kami iaitu kakak Aina Qistina, dan bulan kelahiran ibu saya.

Mama and kakak Aina yang dah genap 8 tahun :)

Memang kitorang takde plan nak buat majlis apa pun, cuma plan nak potong kek dan makan-makan dengan family jer.

Kek simple jer, tak sempat nak tempah2, beli dekat Secret Recipe...

 My favourite, Chocolate Indulgence Cake

Kebetulan pulak weekend baru ni kami balik Alor Setar rumah my parents, so alang-alang terus buat double celebration for kakak Aina dengan my mom. Sambut awal sikit la, hari lahir kakak Aina 24 February, and my mom pulak 26 February.

Me and my beloved mom

Tajuk pasal nak kurus, tapi cerita pasal birthday pulak

Ok, kisahnya begini..
Korang imagine la Chocolate Indulgence Cake tu, punya la besar, dah la tebal pulak tu.
Sekali kakak Aina cakap dia tak suka, padahal sebelum-sebelum ni pernah makan ok jer.
Irfan and cik abang pulak, memang perut nasi. Kek-kek ni kureng sikit.
Mak dengan ayah saya ada la makan jugak.

So, balik Penang tu, saya hangkut la balik sekali kek tu. Tinggal sikit je kat my parents sebab my parents cakap, takut tak habis.

Saya ni pulak hantu kek. Memang pantang tengok kek.

Ada dekat separuh kek tu saya bawak balik Penang, and saya sorang je makan.
Perut rasa buncit giler, dah rasa macam dok ternak lemak. Series!

Just imagine, dalam masa 2 hari jer saya habiskan kek tu. Pagi ni pun saya breakfast dengan kek ni.

Kalau dah makan sampai tahap macam tu, of course la kena buang apa yang patut, bakar lelemaks intensive sikit kan.

Cara Saya Kempiskan Perut Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

1. Tak skip makan

Rules paling penting nak kurus, jangan skip meal. Walaupun dah beratus-ratus kalori yang dah saya telan dari kek tu, saya tetap juga kena makan benda lain. Contohnya, if pagi tadi saya dah beriya makan kek tu, so waktu lunch memang tekak dan perut saya tak dapat terima dah nasi. Nak kata kenyang sangat tu tak juga, sebab benda-benda macam tu kenyangnya sekejap je, tapi perut rasa buncit dan sengkak semacam. So, saya pilih minum ESP je untuk lunch.

Sebab penting kenapa kita tak boleh skip makan, adalah untuk pastikan metabolisma badan tak drop dan juga untuk bantu kawal selera makan.

ESP ni saya biasanya minum as breakfast. Selain bagi rasa kenyang, ESP ni juga bantu bagi tenaga. Yang penting, low fat, low calorie and zero cholestrol. Dan yang lagi best, if konsisten minum ESP ni, kulit memang akan makin cerah dan bersih, parut cepat hilang, jerawat pun malas muncul.


2. Bakar lemak supaya tak mendap dalam badan

Kalori yang diambil secara berlebihan, jika tak digunakan atau dibakar, akan menjadi lemak-lemak yang mendap dan disimpan dalam badan.

Salah satu cara untuk pecahkan dan bakar lemak-lemak ni adalah dengan pengambilan Omega Guard dan Lecithin. Kedua-dua supplements ni juga untuk bantu kawal kolestrol dalam badan.

Actually, kedua-dua ni saya tak ambil hari-hari, sebab saya lebih konsten ambil supplements Shaklee yang untuk cantikkan kulit. Tetapi sesekali saya akan ambil ni juga untuk maintain badan dan bila saya rasa time makan terover the limit, memang saya akan konsisten ambil ni.

So untuk korang yang memang dalam usaha tengah nak kurangkan berat badan tu, konsisten ambil tau, jangan culas k.


Selain Lecithin dan Omega Guard, saya juga ambil Herblax. Herblax ni memang salah satu supplements rutin saya. Cuma saya tak ambil la hari-hari. Herblax ni weekly detox saya.


Tahukah anda, selain lemak yang banyak di bahagian perut, perut juga buncit kerana sistem penghadaman yang tidak sempurna, sisa buangan di dalam usus tidak keluar sepenuhnya.

Dengan Herblax, masalah ni settle!

Bila ambil Herblax ni, sistem penghadaman lancar sangat, keluar habis sisa-sia yang mana tak habis keluar tu, badan rasa ringan, yang sengkak-sengkak tu hilang, perut pun makin kempis. Sebab tu Herblax ni memang sentiasa kena ada kat rumah saya.

3. Senaman

Pengakuan ikhlas, saya memang jarang sangat senaman. Nasib baik la sibuk buat kerja rumah, ambil dan hantar anak-anak sekolah & kelas petang, so yang ni pun kira senaman juga la kan.

Ada la basikal untuk cycling kat dalam rumah ni, cik abang punya. Tapi tak tau la kenapa takde feel nak cycling. Nak kena jalan-jalan, jogging kat park baru ada feel. Alasan. Hihihi..
Weekend ni nak ajakla cik abang pergi park. Sambil anak-anak main, maknya ni pun nak bakar lemak la jugak..

 Lepas jogging join anak-anak makan aice cream aci tak. Hihi
Jangan tiru aksi ini kalau jogging tak seberapa

Itula serba sedikit perkongsian saya :)
Zaman muda remaja dulu-dulu, saya ni kategori kurus la jugak. Tapi bila dah beranak, dah meningkat usia ni, metabolisma badan tu dah makin slow. Kalau makan banyak tu, memang cepat jer badan naik, perut pun buncit semacam. Tapi takkan nak biar lama-lama kan. Kang dibiarkan, makin lama makin gemuk, bukan senang tau nak kurus balik, menyesal tak sudah. 

So, kalau rasa badan tu dah mula naik, kena usaha tau, jangan buat endah tak endah. Kalau perlu kurangkan, kurangkan atau at least bagi maintain berat badan yang kita selesa.

Kurus ni actually bukan untuk cantik jer. Yang lebih penting sekali untuk sihat, supaya kita nak buat aktiviti seharian pun senang, takde la asyik mengah la, sakit lutut la, badan rasa berat la, malas nak bergerak la. Nak buat amal ibadat pun mudah, betul tak. Lagipun, berat badan yang berlebihan ni meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang kritikal seperti darah tinggi, jantung, strok, kencing manis dan sebagainya.

Sayangi diri, jaga kesihatan ya semua :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: