Tuesday, 2 February 2016

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah Yang Merosakkan Kulit Anda


Paaaaling basic rutin penjagaan kulit wajah ni, of course la mencuci wajah menggunakan pembersih wajah yang sesuai.

Tapi jangan tak tahu, ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, ia sebenarnya lebih daripada itu. Sesetengah orang mengambil ringan soal ini, tetapi sebenarnya mereka merosakkan wajah mereka sendiri.

So, tips ni wajib anda ambil tahu jika inginkan kulit yang cerah, bersih dan sihat.


Jom saya kongsikan 8 kesalahan ketika bersihkan wajah yang boleh merosakkan kulit anda.

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah Yang Merosakkan Kulit Anda

1. Salah pilih produk 

Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda atau membuakan kulit anda semakin berminyak yang akhirnya berjerawat.  Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

2. Jangan ‘terlebih’ 

Bersihkan muka seelok-eloknynya dua kali setiap hari. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.

3. Salah suhu air 

Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

4. Skrub wajah 

Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai. Bagi kulit yang berjerawat, seeloknya elakkan penggunaan scrub.

5. Tidak bersihkan betul-betul

Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.

6. Guna produk dengan bahan kimia 

Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.

7. Gosok dengan tuala 

Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

8. Tangguh guna pelembap 

Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.

Jom.. sama-sama kita alert naa...
Kulit ni kalau dah rosak, makin lama makin teruk masalahnya, and makin lama makin susah nak rawat nanti :)

No comments: