Tuesday 16 February 2016

Bercuti Di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak : Day 1



Assalamualaikum semua..

Bercuti panjang kita ye sempena Chinese New Year baru ni, sampai seminggu tu. Dah seminggu cuti, takkan nak duduk rumah jer kan. So, awal cuti tu, kitorang balik Alor Setar rumah my parents. Memandangkan cik abang hari Khamis dah start kerja, hari Rabu kitorang dah balik Penang dah.

Entah macam mana pagi hari Khamis tu, sebelum cik abang pergi kerja, tetiba dia ajak bawa anak-anak pergi bercuti. Uishh... takkan la cek nak menolak kan. Tapi nak pergi mana? Cik abang bagi cadangan pergi KL ke, Langkawi ke. Saya cakap kat cik abang, takpe, abang pergi kerja dulu, nanti sampai office kita whatsApp2, discuss and plan.

Sampai jer office, terus cik abang whatsApp ajak pergi Lumut, siap dah search nak stay dekat Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. So, saya search la sikit, baca review tentang resort ni macam best, ada pool besar and private beach, so cakap kat cik abang, ON jer la. Terus cik abang book bilik dekat Agoda.com. Kitorang plan nak stay 1 malam jer, so harga bilik dapat dalam RM 330 macam tu, includes tax and breakfast for 2. Okla, rasanya if bukan peak time, boleh dapat lagi murah bilik kat sini.

Begitulah alkisahnya, short vacation yang di plan secara mengejut :)

So, pagi Jumaat tu kitorang bertolak dari Penang dalam pukul 11.30 pagi. Sebelum pergi tu, saya masak nasi lemak, breakfast siap-siap kat rumah bagi kenyang semua. And ada balance tu, tapau bawak sekali untuk makan kat resort. Sebab memang plan tak nak singgah lunch kat mana-mana pun, takut sampai lambat. Rugi masa nanti.

 2 budak kecik yang superexcited

Ngam-ngam pukul 3 petang kitorang sampai dekat Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Alhamdulillah. Kiranya lebih kurang 3 jam setengah juga la perjalanan dari Penang, termasuk singgah ke toilet, petrol station and cik abang singgah solat Jumaat.

Jalan nak masuk ke resort ni agak jauh sikit la, berbelok-belok. Tapi bila dah sampai kat area dia tu, rasa best sangat. Besar betul tempatnya, cantik dan tenang je.

Tunggu cik abang check in jap

 Tengokla anak-anakku, mengangkut buku jer sentiasa.
Ulat buku macam mama jugak ni

 Lega dah sampai bilik.
Bilik dia ok la, boleh tahan. Below my expectation actually.
Ingat lagi besar and lagi cantik. Kitorang book bilik yang twin deluxe, yang ada 2 katil tu, tapi diorang suggest bilik ni.
Mungkin sebab katil lebih besar kut yang ni, tak sure la.
Anyway, takpela, nak tido je pun, most of the time takde kat bilik kan.
Janji bersih, air cond function and cadar tak bau kepam sudah :)

 Toilet dia pun ok la, ada bath tub.
Tapi tak lalu kot nak berendam dalam tu, dah terkopek2 segala.
Mungkin sebab dah lama kan

 Masuk hotel, mesti cari yang ni dulu. Lega rasa bila ada. Hihi

View dari balcony bilik. Tenang jer rasa.
Tapi tak boleh biarkan terbuka la, kang monyet tumpang sebilik nanti kang :)

Rehat-rehat sekejap dalam bilik, luruskan pinggang, isi perut masing-masing..
Tukar baju la apalagi, kakak dengan irfan tak sabar dah nak berendam dalam swimming pool.

We are ready!

Anak-anak dengan ayah jer la berendam jap lagi.
Jeles mama, mama tengah 'cuti' la pulak

 Sebelum terjun swimming pool, ambik angin pantai dulu sekejap
Cantik private beach dia, cuma petang2 ni tak dapatla mandi.
Panas terik. Staff resort tu cakap, pagi-pagi best mandi kat situ
Berebut kakak dengan irfan nak tangkap gambar mama dengan ayah :)

 Masa yang ditunggu-tunggu
Besar swimming pool dia. Best. Yang untuk kanak-kanak pun ada, tapi tak best sangat.
Seb baik ayah ada, bolela kakak dengan irfan berendam kat pool dewasa ni
Mula-mula tu tak ramai sangat orang. Makin petang makin ramai yang turun
Happening!

 Ok. Mama jeles!

 Yang ni kat kolam kanak-kanak
Muka boring masing-masing. Eksen. Nak kolam dewasa jugak

Mama tukang jaga barang kat tepi pool. Huhu

Sampai dekat nak Maghrib jugakla kitorang spend time kat swimming pool tu. Pukul 6.30 petang macam tu baru gerak naik bilik. Perut masing-masing pun dah lapar yang amat.

Malamnya kitorang keluar cari makan pulak. Jauh jugak actually nak keluar dari resort ni, dalam setengah jam macam tu baru sampai kat Sri Manjung. Kat situ ada AEON Mall, tapi apa barang nak singgah makan dalam tu. Kat Penang pun boleh. Nak pergi makan ikan bakar jauh sangat pulak, so cik abang dah tanya encik Google.com kedai makan tomyam yang sedap area situ. Jumpa la Kedai Tomyam Faiziy. Sedap juga makanan kat sini, harga pun murah jer. Highly recommended! Punya lapar plus penat sekali, memang tak sempat nak ambik gambar kedai ni.

Balik jer bilik, melepek la semua. Kakak dengan irfan beriya tidur awal sebab nak bangun awal terjun pool lagi esoknya..

Nanti saya update cerita second day kat sini pulak k 

Thanks for reading !

2 comments:

miss eimanhikmah said...

seronok nyeee...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Lamanyer x terjah sini
Makin cantek n putih u skrng❤️
Ai pernah dok kt sini 14 years ago b4 kawen
But area ni dak apa sgt ekkk
Org yg suka golf ok la
But if mmg nk peaceful place mmg hat ni paling sesuwei
Ai prsn ramai my friends terjah sini during CNY holiday 😁