Thursday, 23 March 2017

Hilangkan Katarak Atau Selaput Mata Dengan Berkesan Tanpa Pembedahan


Masalah katarak atau selaput mata adalah masalah yang agak sinonim di kalangan warga emas, terutamanya mereka yang ada masalah kencing manis.

Kebiasaannya seseorang yang menghadapi masalah katarak akan mula mengalami kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat cahaya terang. Jika dahulu semua aktiviti mudah dilakukan seperti melihat paparan telefon bimbit atau membaca surat khabar tetapi kini penglihatan semakin tidak jelas.

Jika masalah ini makin serius, jalan terakhir untuk hilangkan masalah katarak anda adalah pembedahan.

Namun sekiranya tidak dirawat dengan segera, lama-kelamaan keadaan tersebut boleh menyebabkan buta.
Tahukah anda, hampir 80% masalah kebutaan berpunca daripada katarak?

Artikel kali ni, saya akan berkongsi dengan anda info tentang katarak dan alternatif untuk merawat katarak tanpa perlu menjalani pembedahan.


Apa Itu Katarak ?


Katarak merupakan satu keadaan kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh. Masalah tersebut membuatkan penglihatan pesakit kabur atau berkabus kerana tompokan kabur pada kanta matanya.

Punca katarak ini terjadi disebabkan oleh proses :
  • Penuaan 
  • Kecederaan pada mata 
  • Penyakit tertentu seperti Diabetes
  • Pengambilan sesetangah jenis ubat. 
Tanda Dan Gejala Katarak
  • Kabur 
  • Silau 
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata 
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata 
  • Rabun ayam 
  • Warna kelihatan pudar
Jika anda salah seorang daripada pesakit diabetes, penyakit ini mungkin akan lebih teruk lagi jika tidak diberi rawatan awal. Pesakit diabetes mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan kanta mata menjadi tebal dan legap lalu menghalang cahaya daripada memasuki mata dengan sepenuhnya.

Keadaan legap inilah yang dinamakan katarak. Sekiranya kadar legap adalah sedikit atau minimal, penglihatan mungkin masih tidak terganggu. Sekiranya kanta menjadi semakin legap dan berkabus, penglihatan akan menjadi lebih teruk dan akan terganggu.

Ini juga akan menjejaskan aktivit harian anda seperti memandu, membaca, menonton TV dan pelbagai lagi.

Apakah Rawatan Untuk Katarak

Kebiasaannya, jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah katarak doktor akan menyarankan anda melakukan pembedahan mata.

Pembedahan tersebut dilakukan untuk keluarkan kanta mata yang berselaput. Kebiasaannya kanta yang asli akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal.

Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Mengatasi Katarak

Vitamin Shaklee adalah alternatif untuk membantu mengatasi masalah katarak atau selaput mata secara semulajadi.


Vivix

Vivix Shaklee adalah salah satu suplemen semulajadi yang tinggi antioksidan. Dengan adanya ramuan tumbuhan campuran botani yang kaya dengan Resveratrol dan Polifenol. Vivix dapat membaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan cepat dan selamat.

Carotomax

Carotomax yang sangat sinonim sebagai antioksidan hebat dan sumber karatenoid terbaik yang bagus untuk kesihatan mata. Carotomax ini mengandungi 6 jenis karotenoid, dikekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit strawberry, fava d’anta, cantaloupe dan lobak merah.

Apa Kata Pesakit Katarak Yang Amalkan Vitamin Shaklee

Testimoni 1

Katarak hilang, sakit lutut hilang, kulit pun makin berseri


Testimoni 2

Katarak hilang tanpa pembedahan


"Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017. 

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak. Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. 

Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum. Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee."

Bagaiamana nak dapatkan Set Kesihatan Mata Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 20 March 2017

Cara Tambah Susu Ibu. Perlukah Ibu Menyusu Ambil Supplement ?


Alhamdulillah semakin ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan semata-mata untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Ramai ibu menyusu yang bertanya:
“Ada tak apa-apa yang boleh hilangkan kepenatan di samping menambah susu badan? Susu badan saya semakin kurang dan badan rasa lemah dan lesu sangat-sangat”. 


Kisah seorang ibu yang mengalami masalah susu makin berkurang hingga sanggup mengambil ubat hormon

Seorang rakan kami pernah berkongsi yang beliau mengahadapi saat-saat paling sukar dalam dunia penyusuan di mana beliau menghadapi masalah susu yang makin sedikit walaupun kerap mengepam (2-3 jam sekali). Sehingga beliau terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hormon seperti Maxolon, Motilium dan sebagainya untuk menghasilkan susu. Hasilnya, tubuh beliau menjadi lemah, menanggung sakit kepala setiap hari dan stress. Itulah harga kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja demi sebuah jurnal penyusuan.

Saya menyarankan beliau mencuba supplemen, memandangkan supplemen adalah bahan asas dalam pembinaan tubuh kita. Ubat-ubatan bukan saja memberi kesan dalam jangkamasa panjang, jangkamasa pendek pun dah rasa kesannya. Lalu beliau mencuba.

Alhamdulillah selepas 2-3 minggu beliau memberitahu badannya dah tak penat2, kepala dah tak sakit macam dulu. Dan yang lebih membahagiakan, susu badannya bertambah banyak. Beliau lebih seronok menjalani hari-hari yang indah tanpa stress. Tugas mengepam dijalankan seperti biasa, dan lebih puas melihat susu semakin hari semakin banyak, berkat kerajinan membuat stimulasi.

Supplement tambahan cara terbaik banyakkan susu badan?

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin kita tak perolehi dari pemakanan harian musnah dalam proses pembuatan makanan tidak dapat diserap oleh tubuh dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran.

Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.

Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.


Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting?

Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement oleh doktor bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan.

Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini. Kerana itulah pentingnya seorang ibu menyusu mengambil suplemen.

Pengalaman susu badan bertambah, badan bertenaga apabila mula amalkan supplement

Berikut saya kongsikan juga pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah susu semakin merudum dan bayi menyusu terlalu lama. Tetapi setelah mengamalkan supplement Shaklee, bukan sahaja dapat membantu tingkatkan kualiti dan kuantiti susu badan beliau, malah banyak lagi manfaat yang beliau dapat.


 "Assalamualaikum, Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan. 

Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement. Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol. . 

Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi. 

Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan. . Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena. . Alhamdulillah, syukur dan lega. 

Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama. Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. 

Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat. . Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri. 

Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer? Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar. 

Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula. Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung. 

Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!"

Apa sebenarnya Set Menyusu Shaklee dan betul ke boleh membantu banyakkan susu badan?

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplement Shaklee untuk memabantu menjayakan penyusuan bayi mereka. Untuk info lanjut, tips dan perkongsian pengalaman hebat ibu-ibu menyusu, anda boleh klik >> Cara Tambah Susu Badan

Bagaiamana nak dapatkan Set Menyusu Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 19 March 2017

Sakit Tumit Hingga Tak Boleh Berjalan? Apa Rawatan Terbaik Untuk Sembuh


Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang customer yang bertanyakan tentang supplements yang sesuai untuk membantu masalah sakit tumit beliau.

Sakit tumit ni, bukan boleh dibuat main-main atau dipandang remeh. Memang sakit sangat bila nak berjalan. Sakit ni akan bermula terutamanya sewaktu bangun tidur pagi atau sewaktu berdiri terlalu lama.

Kalau dibiarkan, akan menjadi bertambah kronik sampai tak boleh berjalan, terpaksa merangkak bila nak bergerak. Allah, seksa kan.

Sakit tumit ni dikenali sebagai penyakit Plantar Fascitis (PF) dalam istilah perubatan.


Apa Itu Plantar Fascitis ?

Ianya adalah keradangan (inflammation) pada Plantar Fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kepada jari kaki.

Punca Terjadinya Plantar Fascitis

Plantar fascia bertindak sebagai 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:
  • Aktiviti fizikal berlebihan seperti ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'
  • Arthritis - penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pada tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis 
  • Diabetes
  • Faktor mekanikal kaki seperti orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah
  • Pemakaian kasut yang salah, kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki. 
  • Berlebihan berat badan 
Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Terkena Plantar Fascitis

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca sakit tumit pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.

Rawatan Untuk Sembuhkan Sakit Tumit / Plantar Fascitis

Ubat penahan sakit biasanya diberikan untuk kelegaan yang cepat. Biasanya pesakit juga disyorkan supaya berusaha meurunkan berat badan (bagi yg overweight), melebihkan pengambilan sayur dan buahan (sebagai antioxidants).

Suntikan steroid terus di bahagian sakit adalah salah satu kaedah rawatan yang dilakukan. Cara ini berkesan untuk hilangkan kesakitan namun tidak berkekalan.

Kedua-dua cara di atas adalah hanya untuk mengatasi rasa sakit bukannya rawatan berkekalan.

Namun, sekiranya kedua-dua cara ini masih tidak berkesan, langkah terakhir adalah menjalani pembedahan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, cara terbaik untuk membantu masalah sakit tumit anda tanpa perlu bergantung kepada ubat, steroid atau pembedahan.

Caranya adalah dengan mengamalkan supplement semulajadi Shaklee. Cara yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Derita sakit tumit berakhir, tak perlu lagi bergantung kepada painkiller dan suntikan

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nadia, bagaimana beliau telah mengalami masalah sakit tumit yang agak kronik, sangat sakit apabila berjalan. Beliau didiagnose mengalami masalah plantar fascitis. Tetapi kini beliau telah sembuh sepenuhnya, tak perlu bergantung kepada painkiller atau suntikan lagi.


"Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. 

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. 

Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off. 

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. 

Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak. Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. 

Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. 

Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. . Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…

Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE."

Sekiranya anda atau keluarga anda juga mengalami masalah sakit tumit ni, saya syorkan ikhtiarlah dengan supplement semulajadi Shaklee ni. Sangat membantu untuk hilangkan masalah sakit tumit dan membantu anda untuk menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi, boleh hubungi saya di Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saturday, 18 March 2017

8 Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun


Hari ini saya rasa terpanggil nak bantu ibu-ibu yang berhasrat mahu menyusukan anak-anak hingga dua tahun. Sebab ramai yang ada masalah susu badan kurang sama ada dari dalam pantang, selepas kembali bekerja ataupun susu mulai sikit bila anak dah mula makan.

Ada beberapa tips penting yang boleh saya kongsikan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sepanjang menyusukan anak-anak dahulu.


Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal

Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu dan forum penyusuan susu ibu boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Bagitahu pada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula.

4. Persediaan Material

Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, anda perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Di samping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani

Berdoalah semoga Allah membri kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham Konsep Demand & Supply

Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu anda tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan Berfikiran Negatif

Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang anda dapat menyusukan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi.

8. Makanan Tambahan

Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik.

Walaupun susu merudum, tetapi berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun

Apa yang saya nak kongsikan berikut ni adalah pengalaman Puan Liza, bagaimana beliau pada mulanya alami masalah susu yang semkain merudum apabila anak beliau berusia 1 tahun. Namun, berkat doa dan ikhtiar beliau yang tak mudah mengalah, akhirnya beliau berjaya juga menyusukan anak beliau hingga berusia 2 tahun.


"Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat. 

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. 

Rakan saya, telah mencadangkan kepada saya supaya mengambil Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut. 

Selepas mengambil Shaklee secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. 

Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun. Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah Shaklee secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee."


Betul Ke Set Menyusu Shaklee Boleh Membantu Tambah Susu Ibu?

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengamalkan vitamin Shaklee seawal dari waktu hamil, bersambung hingga waktu berpantang dan menyusu. Manfaat vitamin ni bukan sahaja untuk ibu, malah untuk perkembangan bayi yang sihat juga.

Anda boleh klik sini untuk testimoni ibu menyusu yang berjaya menyusukan bayi sehingga 2 tahun, malah ada yang lebih dari tahun >> Cara Tambah Susu Ibu Dengan Mudah Dan Berkesan

Bagaimana Untuk Dapatkan Set Menyusu Shaklee?

Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi, Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama lebih 4 tahun sebagai pengedar sah Shaklee.


Friday, 17 March 2017

Sakit Lutut Kerana Aktif Sukan, Kini Sembuh Tanpa Ubat Atau Suntikan


Siapa pernah kena sakit lutut? Bagi yang jenis aktif bersukan, memang sakit lutut ni dah jadi benda agak biasa sekarang. Ditambah lagi dengan faktor pemakanan dan sebagainya, semakin ramai yang mula sakit lutut walaupun usia masih muda.

Sepertimana yang kita ketahui, sendi lutut merupakan anggota badan kurniaan daripada Allah yang paling berharga. Ianya membantu kita berdiri, berjalan , bergerak, duduk dan sebagainya. Jika berlaku kesakitan pada lutut kita, maka sudah tentu akan menyukarkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

Jadi, bukan setakat sakit, tapi sebab selalu sakit lutut inilah banyak benda yang kita tak boleh buat.

Pendek kata, sakit lutut ni memang tak best. 

Anda mungkin juga berminat dengan Ubat Sakit Lutut Paling Mujarab

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nor Shahizan, bagaimana beliau telah mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik akibat dari aktif bersukan sewaktu bersekolah dahulu. Walaubagaimanapun, masalah sakit lutut beliau telah hilang sepenuhnya kini.

Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, teruskan membaca hingga akhir untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Puan Nor Shahizan untuk mengatasi masalah sakit lutut beliau.


Sakit lutut kesan dari aktif gimnastik

Assalamualaikum. Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee" saya mengenali Shaklee.

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Aktiviti harian terganggu, naik turun tangga dan ke tandas pun sakit

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu.

Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Sakit lutut kronik akhirnya sembuh sepenuhnya

Setelah mebuat sedikit pembacaan, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard. Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi.

Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.


Betul Ke Set Sendi Shaklee Ni Berkesan ?

Set Shaklee ni bukan ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu merawat dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak. Kuncinya adalah sel, kerana segala penyakit di dalam badan kita adalah berpunca dari sel yang rosak. Supplement Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya, jadi tiada kesan sampingan yang merbahaya untuk badan kita.

Dijamin halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Untuk testimoni lain mereka yang telah sembuh dari sakit lutut serta penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi, saraf dan tulang boleh klik
>> Sakit Lutut Dan Sendi Sembuh

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sendi Shaklee ?

Sakit lutut dan sendi tidak seharusnya dipandang remeh, apatah lagi jika bermula di usia yang masih muda. Ambil tindakan yang sewajarnya sebelum menjadi lebih parah.

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Jika ingin dapatkan konsultasi tentang supplement Shaklee ni, boleh hubingi saya Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Hilangkan Jerawat Teruk Akibat Dari Salah Guna Produk Pemutih


Selalu juga saya mendapat pertanyaan dari customer yang bertanyakan tentang cara hilangkan jerawat akibat dari salah guna produk kecantikan, dan kebanyakannya adalah produk pemutih.

Tak dinafikan, sememangnya sebagai seorang perempuan, kita memang nak nampak cantik, kulit cerah, licin, takde masalah jerawat dan sebagainya. Bukan kata perempuan, lelaki pun sebenarnya nak kulit cantik ni.

Kalau tengok iklan produk-produk kecantikan, sedikit sebanyak kita akan terpengaruh. Tambah lagi pula bila tengok orang lain semuanya kulit cantik dan cerah belaka, timbul juga rasa cemburu.

Itulah sebenarnya faktor utama kenapa seseorang tu suka bertukar-tukar produk kecantikan.
  • Ada yang sebenarnya takde masalah kulit sangat pun. Tapi disebabkan mudah terpengaruh dan teringin nak dapatkan kulit yang lebih putih, mula la cuba bermacam-macam produk kecantikan
  • Yang sememangnya kulit bermasalah, jerawat, parut, jeragat dan sebagainya, bertukar-tukar produk kecantikan ni seolah-olah 'try and error' untuk cari penyelesaian pada masalah kulit tu
Satu je pesan saya yang sememangnya sangat berpengalaman dalam bab-bab ni, sebab saya pun pernah lalui dulu... pesan saya, sayangilah kulit anda.

Tabiat suka mencuba dan bertukar-tukar produk ni, sebenarnya akan merosakkan kulit anda, dan bagi yang kulit bermasalah, ianya langsung tak akan menyelesaikan masalah anda.

Saya kongsikan di sini pengalaman sahabat kami, Siti Suhaida.. bagaimana beliau telah mengalami masalah jerawat yang kronik setelah menggunakan produk pemutih. Padahal sebelum tu, beliau tiada masalah kulit pun sebenarnya. Dan bagi anda yang ada masalah begini, teruskan membaca untuk ketahui bagaimana beliau dapatkan kembali kulit wajah beliau yang normal, malah semakin cantik.

Assalamualaikum W.B.T. Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Terpengaruh dengan iklan produk kulit putih seawal 3 hari

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat. Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas.

Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Juga mempunyai masalah penghadaman dan pendarahan usus

Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam. . Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya.

Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit. Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk.

Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

Masalah jerawat dan usus hilang selepas amalkan supplement Shaklee

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.

Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi.

Anda juga mungkin berminat Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Akibat Salah Guna Produk dan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 14 March 2017

Tanda-tanda Kanser Hati Yang Ramai Tak Tahu


Sejak kebelangan ni, bilangan pesakit kanser semakin meningkat. Ini diakui sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa hospital semakin hari semakin hari semakin dipenuhi oleh pesakit kanser yang memerlukan rawatan.

Salah satu kanser yang bahaya dan membawa maut adalah kanser hati.

Kanser hati telah dikenalpasti sebagai penyebab kematian bagi 250,000 hingga 1,000,000 individu pada setiap tahun di seluruh dunia. Mengikut kajian, kanser hati menduduki tangga ketiga bagi kematian yang berpunca dari kanser pada keseluruhannya.

Melihat pada statistik ni, menakutkan kan.

Mungkin ramai yang belum tahu antara tanda-tanda, gejala dan komplikasi kanser hati, betul?


Tanda-tanda Kanser Hati

Pesakit yang menghidap kanser hati mungkin tidak mempunyai simptom pada peringkat awal.
Namun, tanda-tanda berikut mungkin terdapat pada pesakit kanser hati;
  • Sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan. 
  • Jaundice (kuning di bahagian mata dan kulit). 
  • Sakit tulang akibat dari penyebaran kanser ke tulang. 
  • Demam yang kerap. 
  • Mudah letih. 
  • Hilang berat badan. 
  • Pengesanan pembengkakan hati di bahagian abdomen. 
  • Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen). 
  • Pendarahan daripada kanser hati mengakibatkan pendarahan pada cecair ascites. 
Komplikasi Kanser Hati
  • Muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices di saluran makan atau oesophagus yang berpunca dari sirosis atau penyebaran kanser hati ke dalam saluran darah. 
  • Jaundice atau kekuningan pada mata atau kulit akibat daipada tahap bilirubin yang tinggi. 
  • Sakit perut daripada pendarahan dalaman kanser hati. 
  • Koma akibat kegagalan fungsi hati. 
  • Sakit pada bahagian abdomen dan menyebabkan tekanan kepada struktur atau organ berdekatan. 
Rawatan Kanser Hati 

1. Pembedahan Sebahagian Hati Yang Diserang Sel Kanser 

Cara ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit, bergantung pada peringkat dan juga keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.

2. Pemindahan Hati 

Perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat hanya satu kanser hati yang berukuran kurang dari 5cm atau kurang dan sama dengan 3cm yang tidak boleh dibedah.

3. Radiofrequency Ablation 

Penggunaan haba secara radio-frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang dijalankan oleh pakar radiologi.

4. Suntikan Ethanol 

Suntikan secara terus kepada sel-sel kanser yang dijalankan oleh pakar radiologi.

5. Kemoterapi 

Ubatan kemoterapi disuntik terus kepada sel tumour melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi.

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Mengatasi Kanser Hati

Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.


Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:
  • Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser. 
  • Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar. 
  • Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara. 
  • Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser. 
  • Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.
Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.

Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Pesakit boleh teruskan dengan Vivix walaupun sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.

Kisah 1

Pesakit kanser hati dah boleh tidur mengiring selepas amalkan Vivix

Ini adalah perkongsian dari seorang bekas pesakit kanser usus. Beliau telah menjalani pembedahan dipotong usus dan kimoterapi. Namun, sekarang beliau sekali lagi diuji apabila sel kanser merebak ke hati pula. Dan, sekarang beliau baru mencuba Vivix. Selepas seminggu, beliau dah mula nampak kesan positif, dah tak sakit bila tidur mengiring. Sama-sama kita doakan agar beliau kembali sihat sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


Kisah 2

Ketumbuhan sebesar bola ping pong di hati hilang selepas amalkan Vivix

Ini pula perkongsian dari seorang anak yang membelikan Vivix untuk ayah beliau. Ayah beliau sebelum ni selalu sakit, terdapat ketumbuhan sebesar bola ping pong di hati. Setelah mengamalkan Vivix, ketumbuhan itu hilang. Dan sehingga kini ayah beliau masih terus mengamalkan Vivix untuk kesihatan.


Nak Baca Lagi Testimoni? 

Anda juga boleh membaca antara testimoni daripada pesakit kanser yang berjaya sembuh dengan Vivix. Sila klik –>> Testimoni Vivix Berjaya Merawat Kanser

Berminat Untuk Dapatkan Vivix?

Cubalah Vivix hari ini untuk nikmat kesihatan yang tidak ternilai.

Hubungi saya, Cik Jatt 013-4894037. Berdasarkan pengalaman saya lebih 4 tahun sebagai pengedar Shaklee, insyaAllah saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 13 March 2017

Batuk Kahak Berdarah Tanda Penyakit Tibi / Batuk Kering. Rawat Sebelum Bertambah Kronik


Kita selalu mendengar tentang penyakit batuk kering atau Tibi. Tapi, sejauh mana yang kita tahu tentang penyakit Tibi ni?

Tahukah anda, selain mudah berjangkit, penyakit Tibi juga adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Bahaya kan.


Apa Itu Tibi Atau Batuk Kering

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (juga dikenali sebagai Tibi) adalah jangkitan kuman Mycobacterium Tuberculosis. Ia biasanya menyerang paru-paru dan juga boleh menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), system peredaran, system limfa, sistem genitourinari, sendi, tulang dan lain-lain.

Terdapat sebanyak 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta daripadanya mempunyai jangkitan yang aktif. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes Tibi atau batuk kering dilaporkan di Malaysia dan 966 daripadanya disahkan maut.

Apakah Tanda Gejala Batuk Kering
  • Kahak berdarah
  • Hilang selera makan dan dan turun berat badan
  • Batuk yang berpanjangan selama 2 minggu dan lebih
  • Mudah letih dan lemah
  • Mengalami sakit dada ketika batuk
  • Demam dan berpeluh kebiasaannya pada waktu petang dan malam
Jika anda mempunyai salah satu gejala diatas, anda disarankan membuat pemeriksaan ujian kahak dan x-ray dada.

Adakah Tibi / Batuk Kering Berbahaya? 

Sekiranya ia tidak dikesan, boleh merebak ke otak, kelenjar limfa, tulang, kulit dan buah pinggang.
Dan paling teruk, ia boleh membawa maut.

Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan dijangkiti.

Cara Merawat Tibi / Batuk Kering

Rawatan bagi pesakit TB pula memang ketat dan dipantau. Pesakit akan menjalani rawatan selama 6 bulan berturut-turut supaya semua kuman TB di dalam dan luar sel terhapus sepenuhnya.

2 bulan pertama pesakit perlu makan setiap dos ubat disaksikan pegawai kesihatan terlatih. Manakala 4 bulan seterusnya, pesakit perlu ambil ubat 2 kali seminggu di bawah pantauan juga.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Pesakit Tibi

Supplement terbaik untuk membantu mengatasi penyakit Tibi atau batuk kering adalah Vivix.

Vivix
  • Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan serta membersihkan saluran pernafasan
  • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru
  • Membantu mempertingkatkan imunisasi tubuh
  • Membantu memberi tenaga kepada pesakit

Selain itu, saya cadangkan seeloknya ambil juga bersama Nutriferon.

Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.


Apa Kata Mereka Yang Amalkan Vivix

Batuk berpanjangan, sakit dada dan batuk kahak berdarah adalah gejala-gejala utama sekiranya dijangkiti Tibi atau batuk kering.

Customer saya juga pernah mengalami gejala-gejala seperti ini. Dah beberapa kali jumpa doktor, namun masih tidak sembuh. Setelah mengamalkan Vivix, Alhamdulillah beliau sembuh sepenuhnya.

Anda mungkin juga berminat Batuk Teruk Tak berhenti-henti Tanda Jangkitan Kuman Paru-paru

Ini pula perkongsian dari salah seorang customer kami, yang juga mengalami batuk kahak berdarah. Setelah mengambil Vivix, tiada lagi masalah batuk berdarah. Alhamdulilah.


Dua kisah yang saya kongsikan di atas ni, walaupun mereka tidak didiagnose menghidap penyakit Tibi atau batuk kering, namun ternyata Vivix sangat membantu untuk mereka.

Untuk testimoni pesakit Tibi atau batuk kering, anda boleh klik Cara Merawat Penyakit Tibi Atau Batuk Kering Yang Boleh Membawa Maut

Anda boleh hubungi saya terus, untuk konsultasi mengenai supplement terbaik untuk penyakit Tibi atau batuk kering anda, Cik Jatt 013-4894037

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Snek Berkhasiat. Beli Buah-buahan Kering Dengan Harga Murah


Siapa suka mengunyah?

Maksud saya, suka makan sesuatu yang ringan di antara waktu makan utama.

Rasanya, semua orang suka mengunyah.

Cuma, bezanya apa yang di makan, bila dan berapa banyak yang di makan, samada boleh kawal atau tidak.

Makanan ringan ni, kita biasanya panggil snek.

Macam-macam pilihan yang ada, seperti coklat, kuih-muih, kerepek, buah-buahan, coklat dan sebagainya.

Makanan ringan atau snek ni bagus sebenarnya, sebab salah satu faktor utamanya adalah sangat membantu untuk mengawal selera makan supaya makan tak berlebihan.

Apa yang penting adalah, kita pilih makanan ringan yang berkhasiat supaya dapat menampung keperluan nutrisi badan kita. Secara tak langsung, badan pun akan kekal sihat dan bertenaga.

Apa pilihan snek korang ye?

Salah satu pilihan snek yang saya suka adalah buah-buahan kering.

Entry kali ni, sebenarnya saya nak berkongsi sebuah tempat yang saya selalu pergi untuk borong snek buah-buahan kering ni iaitu Saudagar Kurma, Syarikat Abul Ghaffar.


Banyak sangat pilihan yang ada kat sini. Kurma, kismis, prunes, segala jenis kacang, madu, pati delima, coklat arab dan macam-macam lagi.

Kami memang selalu pergi sini sebab pilihan banyak, kualiti bagus dan harga pun ok.


Semalam pun baru je singgah sini lagi, memborong stock, top up mana yang dah habis :)



Cawangan Saudagar Kurma ni ada di seluruh Malaysia.

Yang kami pergi ni, dekat Bukit Minyak Pulau Pinang.

Bole la pergi ramai-ramai ke sini k. Bukan mak-mak je suka, anak-anak pun suka. Sebab anak-anak saya, kakak Aina and Irfan suka betul beli coklat arab :)

Saudagar Kurma Shop
SAG Group Of Companies
Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn Bhd
No. 3, LPBM 1
Bukit Minyak Industrial Park 
14100 Bukit Minyak
Pulau Pinang