Pernah tak korang tiba-tiba rasa mengantuk kat tempat kerja atau masa sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk tu tiba-tiba saja datang menyerang! Mesti pernah kan. Memang rasa terpaksa sangat tahan mata, mana nak kena fokus lagi. Sampaikan bila dah tak tahan sangat tu, siap boleh tertidur tersengguk-sengguk lagi.
Kalau yang tengah belajar kat rumah tu ok la lagi.
Tapi kalau dalam kelas, lecturer ada kat depan. Tak pasal-pasal kena baling dengan pen nanti.
Yang bekerja, lagila, takkan nak tunggu sampai bos sound pulak kan.
Mengantuk ni sebenarnya salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang. Walaupun semulajadi, tapi kalau dah mengantuk pada waktu dan tempat yang tak sesuai, masalah tu.
Biasanya masalah mengantuk yang berlebihan ni disebabkan oleh:
- pola tidur yang kurang tepat seperti berjaga lewat malam
- terlalu penat
- dihimpit rasa bosan
- terlebih makan
Sape yang ada masalah ni, jom..
saya kongsikan 6 cara hilangkan mengantuk yang boleh korang pratikkan.
6 Cara Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar
1. Cuci Muka
Ini adalah salah satu cara paling efektif. Rasanya ramai selalu buat kut yang ni. Kalau nak lagi efektif, try cuci muka dengan air sejuk. Terus segar, hilang rasa mengantuk.
2. Tarik Nafas Dalam-Dalam
Bila kita menguap, kadar oksigen dalam otak kita berkurangan. Menguap ni salah satu tanda yang kita sedang mengantuk. Nak atasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat, kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga. Buat berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sampaila hilang rasa mengantuk tu.
3. Rehat Seketika
Waktu sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat seketika. Sambil berehat seketika tu, lakukan sedikit senaman pemanasan seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan kepala. Kalau korang jenis kerja yang terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer untuk relaks mata sikit. Boleh cuba pejamkan mata sejenak atau melihat pemandangan di luar.
4. Pilih Kudapan Yang Sihat
Kudapan sihat boleh meningkatkan tenaga yang lebih lama. Mengunyah kudapan seperti kacang mentega, yogurt dan buah-buahan segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan fokus waktu bekerja /belajar. Tapi kena hati-hati jugak naa, pilih kudapan yang betul. Nanti takut kunyah punya kunyah, badan pulak makin mengembang.
5. Minum Banyak Air
Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan. So kena pastikan juga kita minum banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila cukup air, badan pun kembali segar sebab cecair dalam tubuh kembali normal. Boleh cuba minum air perahan lemon juga, refreshing.
6. Minum Kopi Atau Teh Hijau
Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat kafein-nya boleh menstimulasikan otak kembali segar. Tapi, seperti yang kita semua sedia maklum, kaffein ni boleh mendatangkan mudarat juga, so jangan minum terlalu banyak ya!
Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein, namun ia lebih baik kerana memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.
Bila bercakap tentang teh ni, terpanggil pulak rasa nak berkongsi tentang teh dari Shaklee. Yup, betul. Shaklee pun ada teh juga. Benda baik kenala share kan :)
Sahabat saya dalam video ni pun dah terus lupakan kopi bila dah cuba 'ubat tahan ngantuk' yang paling berkesan ni.
Cinch Energy Tea ni dalam bentuk sachet. So, nak bawa ke mana-mana pun senang. Letak dalam poket boleh, handbag boleh. Bila nak minum, senang je, koyak sachet and tuang dalam cawan untuk bancuh. Suam atau sejuk boleh. Nak lagi sedap, bancuh dengan madu dan lemon.
Tryla minum Cinch Energy Tea Mix ni. Series memang hilang mengantuk. Segar-bugar dan bertenaga terus.
Highly recommended!
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment