Assalamualaikum
Salam Isnin semua
Masih lagi mood raya ke..
Saya, masih lagi :)
Weekend baru ni, kami balik kampung lagi, rumah parents saya kat Alor Setar. Maklumlah, Penang dengan Alor Setar bukan jauh mana pun. Kebetulan pula hari Sabtu tu, kelas taekwondo irfan cancel, so boleh la balik lama sikit.
Minggu sebelum tu, kakak saya balik. So, dia ada la buat Brownies Coklat Kedut ni, ada la lagi balance dalam peti ais kat rumah mak saya. Sempat la saya merasa sikit. Tapi sebab ada pun sikit je, kena share makan dengan my daughter, kakak Aina lagi, tak puas weh, sedap giler. Rasa dia tak manis sangat, lembut dan lembap Kat bahagian atas tu macam rangup-rangup sikit.
Tengok bahan-bahan semua ada, apa lagi.. zass, terus buat la.
Actually ni first time saya buat brownies kedut ni. Senang je rupanya. Bahan pun biasa-biasa je, tak susah nak cari.
Meh nak share resepi Brownies Coklat Kedut yang sedap dan senang ni. Confirm jadi la korang buat walaupun korang langsung tak pernah buat sebarang kek atau brownies.
Resepi Brownies Coklat Kedut Yang Sedap Dan Senang
Bahan-bahan
400 gm coklat masakan
150 gm butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor (saya guna 80 gm je sebab nak kurang manis)
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Cara-cara
1. Potong kecil coklat masakan.
2. Satukan coklat masakan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.
5. Kemudian ayakkan tepung dan serbuk koko kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
8. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
Siap!
Senang kan. Series wehh..
Sedap yang amat. Bila makan tu rasa macam tak boleh nak stop. Sedar-sedar dah tinggal separuh.
Masih lagi mood beraya, ziarah saudara-mara :)
1 comment:
Macam senang je resepi ni.. nanti nak try buat..
Post a Comment