Wednesday, 20 July 2016

Cara Berkesan Merawat Bell Palsy, Lumpuh Separuh Muka


Baru-baru ini saya terbaca tentang rakan Shaklee kami yang berkongsi kisah bagaimana beliau telah diuji dengan penyakit Bell Palsy. Jadi, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit ni di sini. Mesti ramai yang belum pernah dengar tentang penyakit Bell Palsy ni kan. Kebetulan, ada customer saya juga bertanyakan tentang penyakit ni kepada saya, yang mana pada mulanya beliau sangkakan yang adik ipar beliau terkena serangan strok. Setelah ditanya lebih detail, barulah saya tahu yang adik ipar beliau sebenarnya mengalami penyakit Bell Palsy.


Apa Itu Bell Palsy : Tiada Kaitan Dengan Strok

Ya, simptomnya hampir sama dengan strok tetapi tiada kaitan dengan strok.

Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’ Palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya. Biasanya sebelah muka akan kelihatan seolah-olah kaku atau 'herot'.

Bell’s Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. Ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Punca Bell Palsy

Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga. Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.

Selain itu beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’ Palsy adalah seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy
  • Wanita hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
  • Wanita yang baru melahirkan bayi
  • Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah diserang Bell Palsy
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit HIV
Simptom-simptom Bell Palsy

Simptom awal kepada penyakit ini mungkin biasa di kalangan pengidap migrain. Rasa sakit kepala yang teramat sangat dan tekanan yang kuat pada belakang leher. Jadi, mungkin ada yang berpendapat sakit kepala biasa. Hanya dengan menelan panadol, sakit boleh hilang.
Namun, jika ianya Bell Palsy, anda dapat rasakan susulan simptom-simptom seperti di bawah:
  • lidah terasa kebas
  • muka kebas, dan senget
  • mulut tidak boleh ditutup dengan sempurna sehingga mengganggu percakapan, aktiviti makan dan minum, berkumur dan apa jua yang berkaitan mulut
  • mata tidak boleh ditutup atau dibuka dengan sempurna seperti kebiasaan
Simptom-simptom ini berterusan sehingga anda dapat melihat dengan jelas wajah anda herot atau senget apabila memandang cermin. Apabila anda memegang wajah yang terjejas, anda dapat rasakan tulang muka dengan jelas kerana otot dan saraf telah ditarik oleh bahagian muka yang sebelah lagi.


Cara Merawat Bell Palsy

Apabila anda berjumpa doktor dan doktor sahkan anda dijangkiti  Bell Palsy, kebiasaan doktor akan memberikan beberapa jenis ubatan seperti steroid, antivirus, ubat titis mata dan sebagainya. Doktor juga akan menyarankan pesakit membuat fisiologi untuk menguatkan otot terjejas dan memberi stimulasi kepada saraf yang terlibat.

Tapi AWAS ya. Elakkan daripada mengurut dengan mana-mana tukang urut kerana boleh mengganggu keadaan otat saraf yang rosak. Mungkin akan lebih memburukkan keadaan.
 
Vivix Shaklee Bantu Pesakit Bell Palsy Sembuh Dengan Cepat
 
Kenapa Vivix Shaklee?
 
Vivix merupakan minuman kesihatan yang terhasil daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. 4 kombinasi semulajadi ini telah menghasilkan satu suplemen yang sangat lengkap dan terbaik untuk membantu memulihkan sel2 sehingga ke peringkat DNA dalam badan manusia yang sering terdedah kepada serangan  radikal bebas.
 
Vivix membantu mempertingkatkan antibodi dan mempercepatkan proses penyembuhan Bell Palsy.
 
Jom kita ikuti pengalaman pesakit Bell Palsy yang berjaya pulih sepenuhnya 
 
Testimoni 1
 

Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda ada masalah ni, segeralah rawat sebelum terlambat. Usah tunggu sampai terkena komplikasi lain seperti rabun, buta dan sebagainya. Tiada yang boleh membayar harga sebuah kesihatan.
 
Untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan Bell Palsy ni, Vivix adalah pilihan terbaik untuk anda. Selagi boleh berusaha untuk pulih dengan cepat, usahalah. Bagi kebanyakan pesakit, selain dari kesakitan yang dialami, mereka juga mempunyai perasaan trauma dan rendah diri untuk bertemu orang lain.
InsyaAllah tempoh baikpulih saraf yang terjejas menjadi lebih cepat dan anda boleh jalani kehidupan anda seperti biasa.
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: