Kanser ni boleh menyerang sesiapa sahaja, baik muda, tua, kaya, miskin, lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Ada lebih dari 100 jenis kanser yang boleh menyerang hampir semua bahagian tubuh. Bagi kaum wanita, antara kanser yang paling digeruni adalah kanser payudara, kanser rahim, kanser pangkal rahim dan kanser ovari.
Dalam entry kali ni, saya akan berkongsi info tentang kanser ovari iaitu kanser kelima pembunuh kaum wanita.
Tahukah anda, berbanding kanser wanita yang lain, penghidap penyakit kanser ovari mempunyai kadar kelangsungan hidup yang paling rendah. Ini kerana kanser ovari paling sukar dikesan, ianya sering terjadi tanpa gejala sehingga ia telah merebak di dalam pelvis dan abdomen. Pada peringkat ini, kanser ovari adalah sukar untuk dirawat dan sering membawa maut.
Apa Itu Kanser Ovari
Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.
Ada beberapa jenis kanser ovari ni, dan kebanyakannya merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).
Tanda-tanda Kanser Ovari
Tanda-tanda kanser ovari biasanya tidak khusus dan ianya sering sama seperti gejala penyakit lain termasuk masalah pencernaan. Antaranya termasuklah:
- Tekanan abdomen, cepat kenyang, bengkak atau kembung
- Rasa tidak selesa atau sakit pelvis
- Senak berterusan, angin atau mual
- Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit
- Perubahan tabiat pundi kencing, termasuk keperluan yang kerap untuk membuang air kecil
- Hilang selera makan atau cepat rasa kenyang
- Peningkatan lilitan perut atau pakaian terasa lebih ketat di sekeliling pinggang anda
- Tiada tenaga/stamina
- Sakit pinggang
Punca Sebenar Kanser Ovari
Semua wanita berisiko untuk kanser ovari dan tiada siapa yang tahu apa punca sebenar kanser ovari.
Walaubagaimanapun, terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko kanser ovari, iaitu:
- Keturunan
- Pernah menghidap kanser payudara, kolon, rektum atau rahim
- Pertambahan usia
- Wanita yang tidak pernah hamil
Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis kanser ovari adalah:
1. Pemeriksaan pelvik
Dalam pemeriksaan pelvik, pakar gineonkologi memasukkan dua jari yang bersarung tangan di dalam faraj anda. Pada masa yang sama menekan pada perut anda, pakar tersebut boleh memeriksa rahim, ovari dan organ-organ lain.
Pakar juga akan memasukkan alat yang disebut spekulum ke dalam
faraj anda. Spekulum membuka faraj anda supaya pakar gineonkologi dapat melihat faraj dan serviks untuk memeriksa keabnormalan.
2. Ultrabunyi (Ultrasound)
Ini membantu pakar gineonkologi anda menyiasat saiz, bentuk dan konfigurasi ovari .
Untuk mendapatkan imej ovari yang lebih jelas, pakar mungkin memasukkan probe ultrabunyi ke dalam faraj
anda (transvaginal
scan).
3. Ujian darah CA 125
CA 125 adalah protein yang terdapat pada permukaan sel-sel kanser ovari dan beberapa tisu yang sihat. Ramai wanita dengan kanser ovari mempunyai tahap yang luar biasa tinggi CA 125 dalam darah mereka.
Walau bagaimanapun, beberapa penyakit bukan barah seperti endometriosis, fibroid and infeksi pelvis juga boleh menyebabkan tinggi CA 125, dan ramai wanita dengan kanser ovari peringkat awal mempunyai paras biasa CA 125.
Atas sebab ini, ujian CA 125 biasanya tidak digunakan untuk mendiagnosis atau untuk memeriksa kanser ovari, tetapi ia boleh digunakan selepas diagnosis untuk memantau bagaimana respon rawatan.
4. Pembedahan
Ini merupakan kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ianya hanya akan dilakukan setelah ujian-ujian di atas dilakukan serta pesakit sudah dipastikan dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan.
Tahap penyakit (staging) akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak yang mungkin. Ketentuan tahap penyakit (staging) adalah berlandaskan The International Federation Of Gynaecology and Obstetrics (FIGO).
Peringkat (Staging) Kanser Ovari
Pakar gineonkologi menggunakan hasil pembedahan anda untuk membantu menentukan sejauh mana atau peringkat kanser. Peringkat kanser anda membantu menentukan prognosis (harapan) dan pilihan rawatan.
Peringkat I: Kanser ovari adalah terhad kepada satu atau kedua-dua ovari sahaja.
Peringkat II: Kanser ovari telah merebak ke lokasi lain di pelvis, seperti rahim atau tiub fallopio.
Peringkat III: Kanser ovari telah merebak di luar pelvis atau nodus limfa di dalam abdomen.
Peringkat IV: Kanser ovari telah merebak ke organ-organ di luar abdomen, seperti hati atau paru-paru.
Cara Merawat Kanser Ovari
1. Pembedahan
Rawatan untuk kanser ovari biasanya melibatkan pembedahan yang besar/radikal termasuk
mengeluarkan kedua-dua ovari, tiub fallopion, dan rahim serta nodus
limfa yang berhampiran dan tisu lapisan lemak di perut seperti apron
yang dikenali sebagai omentum, di mana kanser ovari sering merebak .
Pakar gineonkologi juga membuang kanser sebanyak mungkin dari abdomen.
2. Kemoterapi
Selepas pembedahan, pesakit kemungkinan besar akan dirawat dengan
kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang
masih ada.
Kemoterapi juga boleh digunakan sebagai rawatan awal bagi sesetengah wanita dengan kanser ovari yang telah merebak.
Mencegah Dan Rawatan Alternatif Kanser Ovari : Kanser Ovari Sembuh Dengan Vivix
Berikut saya kongsikan pengalaman pesakit kanser ovari yang telah sembuh setelah mengamalkan Vivix Shaklee.
Kisah 1
Doktor sahkan kanser ovari clear setelah konsisten amalkan Vivix
Kisah 2
Tua Sebelum Usia Akibat Kanser Ovari
Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kanser
Bagaimana kanser terjadi dan membiak?
Ianya terjadi jika sel yang tua tidak mati dan seterusnya sel yang tidak mati itu akan berganda, ia akhirnya akan menjadi sel kanser.
Lihat, betapa pentingnya sel yang sihat dan diperbaharui.
Di sinilah Vivix membantu pesakit kanser, dan juga sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kanser.
Kandungan utama dalam VIVIX adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.
Vivix ni satu-satunya supplement yang dapat merawat sel hingga tahap DNA.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu penyakit kanser, antaranya :
- Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011, beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mempunyai kesan anti-kanser.
- Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
- Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
- Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen).
Sekiranya anda, keluarga atau kenalan anda sedang menanggung penyakit
kanser ovari, cubalah ikhtiar dengan Vivix ni. Selain kanser ovari,
Vivix juga telah memabantu ramai pesakit-pesakit kanser dan kronik lain
kembali sembuh seperti stroke, diabetes, gout, buah pinggang dan
sebagainya.
Selain itu, Vivix ni sangat bagus diamalkan oleh semua, sebagai langkah pencegahan sebelum kena, terutamanya bagi anda yang mempunyai genetik atau keturunan penyakit kanser. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sel kanser sangat pantas merebak, jadi usah bertangguh-tangguh lagi!
Hubungi saya, Cik Jatt di 013-4894037 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.
Anda juga mungkin berminat dengan Punca Dan Tanda-tanda Kanser Pangkal Rahim dan Cara Melakukan Sendiri Pemeriksaan Payudara, Kesan Kanser Payudara Sebelum Terlambat
Sel kanser sangat pantas merebak, jadi usah bertangguh-tangguh lagi!
Hubungi saya, Cik Jatt di 013-4894037 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.
Anda juga mungkin berminat dengan Punca Dan Tanda-tanda Kanser Pangkal Rahim dan Cara Melakukan Sendiri Pemeriksaan Payudara, Kesan Kanser Payudara Sebelum Terlambat