Tuesday, 31 January 2012

Prevent cancer by having good dietary habit

hari tu, member kat tempat kerja aku citer one of her relative baru meninggal disebabkan brain cancer. budak kecik jer lagi, baru darjah 6. kesiannya. terkedu jugak aku dengar. budak kecik pun dah ada yang kena cancer sekarang. time tu, aku terpk kat anak2 aku jer.

kebetulan pulak aku ada received satu artikel dari member aku pasal cancer and this article is very informative. actually panjang gak article tu, tapi aku summarize jer la kat sini, ambik point2 yang penting jer la. sila la baca kawan2 semua, mudah-mudahan info ni sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah sebelum terlambat.
Do you know, one third of all cancers are linked to poor eating habits?

Fighting Cancer Menu

Quit smoking
Lower red meat and calorie intake- avoid or reduce industrially process foods ie chips, soft drinks, crisps, hamburgers.
Avoid barbecued meats. The greasy drippings that fall and catch fire produce toxic substance know as aromatic hydrocarbons.
Exercise regularly
• Choosing to modify your diet in order to include certain foods that are exceptional sources of anticancer molecules represents one of the best weapons currently at our disposal in the fight against cancer.
Anti-Cancer Food

• Light cooking, steaming or stir-frying Cabbage, Broccoli, Cauliflower, Brussels sprouts or Tomatoes
• Habitually add Garlic or Onions to your cooking
• Drink more Soya Bean Drink or Japanese Green Tea
• When you buy your fruit, take Berries, Orange, Grapefruit, Lemon, Mandarin Orange conveniently.
• Add Sardines or Salmon fish to your dish
• Choose Chocolate than sweet
Just make an effort and take more anticancer food. Do not make life difficult for ourselves, simple adjustments to our lifestyle keeps the doctor away!

Monday, 30 January 2012

Aktiviti Chinese New Year, sepetang di playground bersama anak-anak

entry ni actually terperap dekat draft since last week sebab ni citer time Chinese New Year lepas, tapi baru hari ni teringat nak publish. cuti hari tu kitorang tak g mana2 pun, just balik rumah mak aku kat Alor Setar jer. mulanya kakak aku ajak g Kelantan, sebab dia nak balik rumah in laws dia. ikutkan hati memang aku nak ikut, tapi disebabkan aku baru jer keluarkan sejumlah duit yang boleh dikatakan banyak gara2 membeli rumah baru, jadinya terpaksa la aku batalkan niat aku nak ikut. bukan apa, bila pk2 balik, jauh tu Kelantan. duit minyak, tol, hotel, makan pun dah berapa. tu belum masuk bab shopping lagi. no no no. nak kena menabung gak ni, kang nak masuk rumah baru, banyak gak duit kena keluar.

jadinya, melepak dan melantak jer la kerja aku time cuti CNY tu kat rumah mak aku. seluar pun makin ketat jer aku rasa. aku kalau balik rumah mak aku, mesti makan tak hingat dunia. punyala pulun, aku rasa tahap pengisian perut aku tu boleh tahan sampai seminggu punya bekalan. bab2 buncit jangan cakapla. takpe, boleh cover dengan baju:)

dahla pulun makan, keluar rumah pun sekejap2 jer. g shopping kat Tesco ngan Giant. pehtu bawa anak2 g main kat playground. layan anak2 main tu kira exercise la sikit, kejar anak2.

sambil layan anak2, macam biasa gambar harusla di’snap’:)

on your mark, get set, GOOOO!!

 Irfan!!! wait for kakak!

 cak! Irfan dah naik sini pulak

PEACE dari makcik guard

Friday, 27 January 2012

Kalau dah perempuan tu kan, memang la tak boleh dipisahkan dengan MAKE-UP

Qistina sekarang kan, bila nak keluar jer mesti nak pakai lipstick. ikut saper la agaknya tu ehh:) actually bukan lipstick pun, tu yang lip ice tu.

kadang2 tu sampai mengangkut beg make-up nya bila time keluar. barang2 make-up aku semua ada kat dalam beg tu. eceh, make-up la sangat konon aku ni. adala sebatang eyeliner dengan sekotak blusher kat dalam tu. bak kata cik abang la, aku ni beli make-up bukannya pakai pun, anak yang main.

eh eh. ada eyebrow. ni zaman bila punyala nih, aku pun tak ingat kewujudan eyebrow nih

sampai muncung2 mulut Qistina tu

pro habis nih. tak tengok cermin pun

tengok Irfan. cantik tak kakak:)

hiyarghhh! Irfan tetap dengan Ultraman nya:)

Thursday, 26 January 2012

Muncul kembali dalam keadaan BUSY

Salam kawan2 semua. I’m BACK! rindunya dekat blog kesayanganku ni, lama giler rasanya blog ni ditinggalkan tanpa update2 terkini. rindu jugak nak jalan2 kat blog korang, baca2 update terkini sambil komen mengomen.

semenjak dua menjak ni macam liat sikit aku nak update blog ni. bukannya takde citer, macam2 citer ada. tapi faktor masa dan keletihan membuatkan aku jadi sampai tahap malas. ada beberapa perkara yang buatkan aku sedikit BUSY lately. lagipun, balik kerja, nak buat kerja rumah lagi, melayan kerenah anak2 lagi. tak sempat pun nak update blog.

actually, physically takde la letih mana pun. tapi mentally la yang letih. letih sebab banyak berfikir. tahun ni, aku bakal mengalami beberapa fasa perubahan yang bakal membuatkan aku sentiasa BUSY, samada di rumah mahupun di tempat kerja. antaranya.......

di tempat kerja, tiba2 bos aku announce yang dia akan bertukar department. which means aku akan mendapat bos baru, yang mana sampai hari ni pun tak tau saper lagi. padahal, bos aku akan pindah ke department baru tu, lagi sebulan jer. confirm aku kena jadi backup dulu sementara bos baru nak masuk. sekarang pun dah start dah. BUSY.

kisah tentang rumah baru, Alhamdulillah finally dah jumpa rumah yang sesuai untuk keluarga kecikku. benda2 yang penting kebanyakannya dah settle. next week nak g jumpa lawyer, untuk aktiviti sign2 apa yang patut tu. rumah baru ni besar sikit dari rumah sekarang, tapi still atas angin:) harga macam boleh beli rumah Semi-D, tapi kat Penang kan. harga macam tu, apartment jer la jawabnya. apa pun yang penting locationnya strategic, dekat dengan tempat kerja, sekolah, nursery, hypermarket, secure, tak jammed. jadinya aku bakal BUSY la nanti dengan proses pindah2 ni. BUSY.

lagi satu, otak aku ni tengah BUSY memikirkan macam mana la nak kembangkan business offline and online aku ni. Alhamdulillah, sambutan semakin menggalakkan. terima kasih aku ucapkan kepada semua customer dan pengguna setia F’iena Beauty dan Virgin Coconut Oil. masa oh masa. aku perlukan masa untuk mencuba idea2 yang aku tengah terpikir sekarang ni. insyaAllah aku akan buat something dalam masa terdekat ni. korang semua nantikan la pengumuman aku nanti eh:)

apa pun, walau macam mana BUSY pun aku nanti, aku akan cuba BUSY kan diri kat blog kesayanganku ni dan blog kawan2 semua k!

gambarku last weekend. 
lihatla bukti di dahi, akibat stress disebabkan BUSY dan jugak akibat cik period datang bertandang. bapak besar jerawat itu. huhuhu

Monday, 9 January 2012

Seronok sangat tengok anak dah nak masuk kindergarten

end of year, as usual, kenala register anak2 kat nursery. this year, memang anak-anakku still maintain kat nursery lama. last week cik abang dah pun g la register kat office nursery tu. Qistina dah 4 years, so dah start masuk kindergarten dah. bestnya, nanti Qistina dah start belajar baca2 sikit. i'm sure dia excited punya:) time register tu, dah dapat baju uniform dengan buku-buku. bestnya tengok. nanti aku nak beli plastic, nak balut cantik2 buku2 tu. clerk kat office tu cakap, report card akan dapat on the first day masuk kindergarten.

dapat package ni time register

dalam beg kecik tu, ada buku2 ni.-balance education-:)

ingat tak kat entry ni, aku ada citer yang Irfan jadik model pamphlet nursery tu. diorang ada buat changes kat pamphlet tu, ada gak tambah gambar2 baru aku tengok. tapi gambar Irfan still maintain:)

cute kan pamphlet ni:)

hero cilik, Irfan berbaju biru. glamer anak mama:)

Note : actually class dah start since last week. tapi hari ni first day, Qistina and Irfan g school for this year. sebab baru lepas balik bercuti dari rumah mak tok. mak tok pun bukan main excited tengok Qistina dah start masuk kindergarten:)

Friday, 6 January 2012

Jom makan satay di Ah Basri Satay Restaurant, Bayan Baru Penang

kepada sesiapa yang suka makan satay, bila datang Penang, harusla try makan satay Ah Basri ni. kedai dia kat area Nasi Kandar Kassim Mustafa, depan Giant Bayan Baru tu. actually aku tak suka sangat makan satay, tapi bila try makan satay kat sini, terus jatuh cinta dan rasa nak lagi, nak lagi dan lagi! cik abang cakap lagi sedap dari satay Kajang.

segala macam jenis satay ada, satay ayam, daging, udang, macam2 lagila. ada original, black pepper and tandoori. aku tak ingat lak harga satu cucuk tu berapa, tapi tak mahal la.

yang bestnya kat sini, ada set satay ngan nasi. pastu siap ada air oren lagi dalam set tu. aku pernah try makan set nasi tomato ngan nasi lemak dia. satay aku selalu ambik yang original jer. nasi sedap, satay sedap, kuah kacang sedap, sup sedap, sambal sedap, pendek kata semua sedap. harga pun tak mahal, set nasi ayam tu RM 6 lebih jer, nasi tomato lak, RM 7 lebih.

Welcome to Ah Basri Satay Restaurant

bila datang ke sini, sila la order kat counter tu dulu yer. lepas tu barula g duduk dan tunggu hidangan anda dihantar
by the way, nampak tak ada Surau kecik kat tepi tu:)

malam tu, aku ngan cik abang makan nasi ayam. ingat nak makan nasi tomato, tapi nasi ayam jer yang tinggal

set bersama air oren

Thursday, 5 January 2012

Dating di Johnny's Restaurant, Queensbay Mall

eceh, dating pulak. maklumla anak2 takde, ikut mak tok ngan mak long g jalan2 kat KL. jadinya mak budak ni dating la ngan bapak budak. anak2 kasi can kat mama ngan ayah:)

actually kitorang g Island, tengok rumah. balik jer dari tengok rumah, singgah sat kat Queensbay Mall, cik abang nak beli barang2 untuk kereta. aku lak g Borders. dah masuk Borders tu, tak sah la kan kalau tak beli buku kan. ntah macam mana ntah, terbeli Encyclopedia yang agak gedabak dan mahal. konon2 nak bagi Qistina and Irfan expose benda2 ilmiah:)

terbeli Encyclopedia ini

cik abang khusyuk betul bab2 kereta nih:)

lepas dah membeli apa yang patut, perut pun start la berdangdut mintak diisi. kitorang actually tak tau nak makan kat mana, ikut jer la apa yang nampak. tengah dok mencari tu, ternampak Johnny's. tak pernah lagi makan kat situ, so why not try kan. overall, not bad food kat situ. aku ingat orang dok makan steamboat jer, tapi rupanya nasi pun ada jugak:)

Welcome to Johnny's Restaurant

posing dulu sebelum makanan sampai

Pineapple Fried Rice for cik abang.
sedap nasi goreng ni

BBQ Chicken untuk cik abang jugak.
ni pun boleh tahan. rasa manis2 gitu

Tomyam Noodles for me. tak terasa nak makan nasi time tu.
ni pun sedap. tak pedas sangat macam yang kat Secret Recipe

Wednesday, 4 January 2012

Alhamdulillah. Dah dapat susu Anmum Essential free. Save budget:)

syukur Alhamdulillah, last week aku dapat susu free Anmum Essential pek 500 g. bukan sekotak jer, tapi 10 kotak! sekotak kalau tak silap aku dalam RM 23, jadinya total dah RM 230. fuhh, saper nak bagi wehh.

if nak tau macam mana aku dapat susu free ni, baca kat entry ni ok.

jeng jeng jeng!

syiok habis bila tengok isi kat dalam kotak2 nih:)

Tuesday, 3 January 2012

My google account has been disabled and my blog removed!

salam semua. ada sesape perasan tak blog aku kena removed hari Khamis lepas. begini alkisahnya...

last Wednesday night, macam biasa bila ada masa aku singgahla rumah kawan2, baca2 entry and leave comments. tengah dok syiok comment merata, tiba2 aku tak bole comment kat satu blog ni, ter'log out' dengan sendirinya. aku ingat takde apa la, so aku pun try la log in balik. sekali keluar error 'Account has been disabled'


aiseh. macam mana pulak account aku boleh disabled nih. takpe, aku rilek lagi. aku try log in sekali lagi. pun tak boleh jugak.then aku try pulak masuk nak masuk blog aku balik. sekali, terkejut badak aku bila keluar error Blog has been removed!


hah sudah. apasal pulak ni. beratus kali aku dok refresh pun still keluar error tu. menggeletar gak tangan aku. dalam kepala otak aku time tu dok pk, habisla semua cerita and gambar2 aku. tapi aku confident, mesti ada cara nak recover balik blog aku ni. yerla, aku bukannya violate apa2 pun sampaikan Google nak delete blog aku. mesti ada masalah teknikal nih. 

so, aku pun google la macam mana cara nak recover balik blog kena delete. macam2 aku baca sampai aku pun dah naik confuse. so, aku pun decide tanya jer la kat Blogger Help Forum tu. senang sikit. lepas hantar jer soalan kat situ, terus aku g tido. malas nak pk, buat tensen jer.


esoknya, bangun pagi, aku tengok terus ada orang reply. bagus betul. aku pun terus g link yang dia kasi kat situ. just follow a simple step kat situ.


lepas a few hours, aku dapat e-mail dari Google saying that yang problem aku dah resolved. syukur Alhamdulillah, aku boleh log in balik macam biasa. blog aku pun dah wujud balik:)

Note : cuak betul jadi macam ni. lepas ni nak kena belajar cara-cara nak backup blog la pulak, kut-kut hilang terus kan