Friday 5 April 2013

[Tip Berpantang] Makanan yang Disarankan dan Dilarang ketika Berpantang Selepas Bersalin


Nama pun dah berpantang kan, haruslah ada pantang larangnya yer ibu-ibu sekalian:) Bukan untuk orang lain, untuk kesihatan dan kecantikan kita sendiri juga. Bila diri sendiri sihat dan maintain gitu, nak jaga anak pun senang, cik abang pun bertambah sayang. Kalau time ni tak jaga betul-betul, kesannya mungkin tak nampak sekarang untuk sesetengah orang, tapi nanti bila usia dah makin meningkat, mula la merungut sakit sana sakit sini. Biar kita nampak dan rasa macam 20-an, walaupun dah 30-an, jangan pula macam 40-an nanti.

Ingin tahu tips berpantang yang boleh diamalkan untuk kekal sihat, langsing dan cergas, boleh klik di sini ok.

Entry kali ni, saya akan berkongsi dengan anda semua, khas untuk pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop, panduan pemakanan untuk ibu-ibu semasa berpantang, iaitu apa yang disarankan dan apa yang dilarang. Artikel ni saya petik dari Halaqah.net, entry yang ringkas tapi padat. Jom baca:)

Pemakanan Sewaktu Berpantang

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


1) Jenis Ikan  

Dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

2) Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3) Jenis Sayuran dan Buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

4) Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


*****************************

Selain pemakanan, pengambilan jamu atau herba juga biasanya diamalkan untuk pemulihan dalaman. Tapi, sebenarnya, tak semestinya pemulihan dari dalam hanya dengan jamu dan herba sahaja. Sebenarnya, berpantang dengan vitamin adalah lebih mudah dan selamat, serta dijamin tiada kerisauan. Malahan, berpantang dengan vitamin anda tidak perlu stop makan vitamin sekiranya anak anda mendapat jaundice (demam kuning), dan vitamin yang sama anda boleh teruskan pengambilan sepanjang journey penyusuan.

Hakikatnya, semasa di dalam pantang, ibu-ibu sering mengalami kekurangan zat, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen tambahan sangat-sangat digalakkan agar kekurangan tersebut dapat ditampung oleh suplemen-suplemen yang diambil semasa dalam pantang.

Vitamin-vitamin yang Dicadangkan Sewaktu Berpantang
  • Vitalea 
  • B-Complex 
  • Vitamin C 
  • Zinc Complex 
  • OsteMatrix 
  • ESP
Testimoni Set Berpantang Shaklee

Syukur alhamdulillah. Semakin ramai ibu-ibu yang mempercayai keberkesanan suplemen Shaklee dalam melestarikan kesihatan mereka.Jom baca pengalaman mereka:



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang