Salam Sihat dan Cantik semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop
Masih lagi cerita mengenai ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Kepada yang belum baca entry sebelum ni, boleh baca yer, serba sedikit mengenai tips dan panduan cara penjagaan selepas bersalin atau melahirkan anak, terutamanya yang melahirkan anak melalui pembedahan atau caeserean.
Ok, entry kali ni, saya akan berkongsi dengan anda semua tip-tip bagaimana untuk mengembalikan bentuk tubuh badan seperti sebelum mengandung. Tak dapat betul-betul macam zaman anak dara pun, lebih kurang pun bolehla. Janji jangan orang ingat dah ada baby baru dalam perut sudah, kalau ada betul takpela, tapi kalau takde tu, faham-faham sendirila kan. Takkan nak bagi alasan baju besar kut:)
Untuk sesiapa yang ada budget lebih, bolehla pergi Slimworld ke, Mary France Bodyline ker. Tapi, untuk yang kekurangan budget seperti saya, bolehla amalkan tip-tip di bawah ni yer. Tak perlu keluar duit ribu-riban pun. Untuk pengetahuan semua, saya bersalin secara pembedahan tau, jadi tip-tip di bawah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin samada secara pembedahan atau normal.
1) Ambil berat penjagaan semasa dalam pantang
Saya masih lagi mengamalkan amalan-amalan tradisional semasa berpantang, sebab saya tengok mak dan tok saya sangat maintain. Dah tua-tua pun nampak sihat dan bertenaga, sebab mereka sangat mengambil berat penjagaan semasa dalam pantang. Mak saya cakap dulu, tok saya langsung tak bagi mak duduk kat kipas, takut masuk angin katanya. Orang sekarang saya tengok, berpantang pun duduk dalam aircond. Itu ikut masing-masing la yer. Saya dulu memang buka kipas, tapi slowwwww sangat. Pastu 24 jam pakai sweater dan stoking. Bertungku, mengurut, mandi lulur, mandi air rebusan daun, pakai bengkung, harus la kan. 44 hari saya berpantang, tak keluar rumah langsung melainkan waktu bawa anak pergi check demam kuning.
2) Pakai bengkung walaupun bersalin secara pembedahan/ceaserean
Siapa cakap bersalin caeserean tak boleh pakai bengkung. Kalau tak pakai, macam mana nak rampingkan balik yang dah kembang-kembang tu. Saya dulu pakai pakai bengkung selepas lebih kurang 2 minggu bersalin, memang pakai 24 jam, kecuali time mandi dan pergi tandas jer. Tapi pakai pun agak-agakla kan, mula-mula tu jangan la ikat ketat sangat, bila dah lama-lama tu, rasa luka pun dah ok, barula ikat ketat habis.
Mak saya memang pesan suruh pakai bengkung yang macam kat gambar ni
3) Elakkan minum air ais
Ais memang a big no no untuk saya. Lebihkan minum air suam atau air masak yer. Even sampai sekarang pun saya elakkan minum ais. Saya cuma minum bila ada function atau makan luar di kedai makan. Air manis dan air bikarbonat pun saya jarang minum. Memang tak berapa suka sangat pun :)
4) Elakkan makan bersulam dengan air
Kalau dah makan sesuap, minum, sambung makan lagi, minum lagi, sampaikan habis nasi sepinggan, air pun habis segelas, memang tak kempis-kempis la perut tu jawabnya. Cuba biasakan diri bila makan tu, jangan ambil atau order air:) Sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan baru minum air ye.
5) Pemakanan dan jadual makan
Sejujurnya saya ni memang kuat makan, kalau orang tengok saya makan, mesti diorang pelik macam mana badan saya boleh kurus. Mungkin sebab metabolisme badan saya tinggi kut. Lagipun, saya tak akan biarkan perut lapar, so itu mungkin juga salah satu sebabnya sebab kalau kita biarkan perut kita lapar, metabolisme badan kita akan jadi rendah. Apapun, pemakanan seimbang penting yer, jangan la hari-hari melantak tak ingat dunia, kawal calorie intake ok. Elakkan makan selepas pukul 7.00 malam ok.
6) Breasfeeding
Yang ni memang paling senang dan sempoi, breastfeeding pun boleh bakar kalori. Ye, kita boleh bakar antara 200-500 kalori secara puata semasa penyusuan ibu.
7) Senaman
Yang ni saya tahu ramai yang susah nak buat sebab faktor masa, ker malas eh:) Saya sendiri pun takde masa nak senaman, cuma buat kerja, jalan-jalan, bawa anak main-main, kat tempat kerja pun banyak berjalan juga, window shopping:) Tu pun dikira juga tu, janji bakar kalori.
8) Pengambilan supplemen untuk membantu
Jom kita baca pengalaman seorang ibu yang bersalin ceaserean dan mengamalkan supplemen Shaklee. Tiada lagi perut buncit!
Apa yang beliau amalkan :
Set Penyusuan 3M (Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Alfafa dan Ostematrix)
dan
Tambahan Lecithin untuk tujuan pembakaran lemak
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
1 comment:
Berita gempak!!! Bagi sesape yg tgh tercarik2 produk untuk kurus,inilah produk yg paling berkesan! Dijamin 100%! Dan tiada kesan sampingan! dan bg sesape yg berjaya turunkan berat badan 10kg dlm masa 30 hari dengn produk ni, akan menang Rm1000! Wow!! Dapat kurus,dapat duit lg! Peruntukan utk pemenang sebanyak Rm20,000! Cepat2! Sebelum duit tu habis!:-)
PELLAVINA SLIMMING
1kotak = RM120 (s/Sarawak rm130) .
beli 2kotak FREE 1kotak rm240 (s/Sarawak rm250)
OFFER SERIUS FREE 15 SACHET (THD KPD 100 ORG SHJA)
untuk kesan penurunan yang lebih berkesan atau effektif ambil bersama dengan pellavina detox
NATURE DETOX
fiber sekotak RM70 15sachet..2 kotak untuk sebulan RM130 (RM140 S&S)
3BOX nature sliming(240) + 2BOX nature detox(130) + FREE GIFT + FREE POSTAGE.
Total rm370
info produk http://pellavinastore.blogspot.com/ JUS POWER 2014....RUGI KALAU TAK CUBA...RUGI LAGI KALAU X BELI...
"turun 10 kg dalam 1 bulan !!"
terima kasih ADVANCE SLIM...!!
baju lama-lama muat kembali !!
p/s : betul2 berkesan .. jgan tnya shaja .. belilah untuk mencuba walaupan sekotak ...
KAMI AKAN GUIDE ANDA SEHINGGA BERJAYA
pm me 0185790420
Post a Comment