Saturday, 20 April 2013

[Tip Kurus Langsing] Tip Mudah untuk Kurus dengan Betul dan Berkesan


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)
Dah sarapan belum? Kalau belum, ambil sarapan anda sekarang yer. Sebaik-baiknya, sarapan harus diambil dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur. Nak kuruskan atau maintain berat badan, jangan skip sarapan ok, sebab sarapan penting untuk tingkatkan metabolisma badan.

Tak Perlu Berlapar Untuk Kurangkan Berat Badan

Bagaimana cara anda untuk diet atau kurangkan berat badan?
  • Adakah anda skip salah satu meal anda?
  • Adakah anda hanya makan 1 atau 2 kali sehari?
  • Adakah anda makan tak tentu masa, tunggu perut lapar baru makan?
Jika diet yang anda amalkan mempunyai salah-satu ciri di atas, sila baca entry ini selanjutnya ok, kerana sebenarnya cara begitu tidak berkesan untuk membantu anda mengurangkan berat badan.

Salah satu tips yang sering saya tekankan kepada semua customer yang membeli Set Kurus Shaklee dari saya, adalah jangan biar perut lapar ataupun jangan skip meal. Makan paling kurang 5 kali sehari (sarapan, snek pagi, makan tengahari, snek petang, makan malam), tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jangan la pula tiap kali makan, makan nasi atau benda-benda berat yer, kalau macam tu sampai bila pun tak kurus, makin naik adala:)

"Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga"

Kenapa Perlu Makan Banyak Kali
  • Makan kerap menghalang rasa lapar dan anda tidak terdorong untuk makan dengan banyak untuk hidangan seterusnya
  • Makan lebih kerap meningkatkan metabolisme anda supaya anda membakar kalori dengan lebih cekap
  • Makanan juga diserap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan secara teratur.
  • Anda akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga 
Panduan Memilih Snek

5 hidangan sehari boleh dibahagikan kepada sarapan, snek pagi, makan tengahari, snek petang dan makan malam. Jarakkan pengambilan setiap hidangan sekitar 3 jam. Biasanya orang ramai tiada masalah makan sarapan, tengah hari dan malam tapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan snek.

Jom kita baca perkongsian dari Kevin Zahri mengenai panduan memilih snek yang mudah, seimbang dan rendah kalori:

Sumber Karbohidrat: Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti, biskut dan lain-lain

Sumber Protein: Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu, soy etc.

Jumlah kalori? Nilai kalori snek tu bergantung kepada DCR (keperluan kalori seharian) anda. Katakan ia 2000 kcal, jadi budget untuk setiap hidangan, termasuk snek, adalah 2,000 / 5 = 400 kcal.

Serat (fiber): Nak kawal nafsu makan? Pastikan adanya serat dalam snek! Sumber – oats, wholegrain, roti perang dan lain-lain.

Mudah dan praktikal: Pastikan pilihan snek dan mudah untuk diamalkan ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan dalam laci meja dan tidaklah mengambil masa yang lama untuk hidang dan dimakan.

Suplemen: Kalau anda sibuk, suplemen seperti whey dan meal replacement shake tu memang sesuai tapi pastikan kos sekali makan tidak terlalu tinggi. For me jangan lebih RM5 sekali makan/minum.

------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplemen Shaklee sebagai Pilihan Snek Sihat

Cinch Shake


Cinch Shake

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 
  • Soya bukan GMO 



 Energizing Soy Protein (ESP)
 ESP

ESP adalah protein rendah lemak, bukan- GMO (organisma tidak diubah-suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu. Ia sesuai untuk seisi keluarga, memberikan anda 14gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Bukan sahaja merupakan pilihan snek yang berkhasiat, ESP merupakan snek enak bagi mengisi tubuh anda dengan protein soya yang berkualiti tinggi. Jam demi jam ia menyalurkan tenaga yang tiada tandingannya.

Dengan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan ini, ESP merupakan sumber protein biologi lengkap yang:
  • rendah lemak secara semulajadi 
  • bebas kolesterol protein 
  • lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu 

Jom sahut cabaran kurus dan langsing secara sihat dan semulajadi dengan Set Kurus Shaklee.
Jenama Shaklee ni, adalah jenama yang sudah 50 tahun lebih established dan telah terbukti selamat, semulajadi dan berkesan.
Info tentang Set Kurus Shaklee di sini

Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Kurus Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi saya ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: