Saturday, 6 April 2013

[Tip Kecantikan] Dapatkan Kulit yang Sihat, Cerah dan Berseri Melalui Pemakanan


Dah cuba pelbagai produk kecantikan untuk menyelesaikan masalah kulit wajah anda, tapi hasilnya kurang memuaskan?

Jom baca perkongsian menarik yang saya petik dari Utusan, mengenai makanan yang perlu untuk mendapatkan kulit yang sihat, cerah dan berseri.

SOALAN

"Saya ingin memperoleh kulit yang cantik dan berseri. Saya telah mencuba beberapa jenis krim penjagaan kulit yang berjenama tetapi hasilnya kurang memuaskan. Adakah cara lain untuk mencapai hasrat ini?"

JAWAPAN

Wanita mengalami banyak perubahan pada kulitnya seperti kekurangan penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan proses pemulihan semakin lemah akibat perubahan hormon yang bermula sejak usia baligh, kehamilan dan menopaus. Biasanya, kita menjaga kesihatan kulit secara luaran dengan penggunaan krim ataupun mengunjungi salun kecantikan untuk mencantikkan kulit.

Tetapi, mungkin kita tidak sedar bahawa vitamin, mineral dan asid lemak perlu (EFA) yang mencukupi juga diperlukan ke arah memperoleh kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya, apa yang dimakan lebih penting berbanding penggunaan produk secara luaran bagi mengekalkan kecantikan kulit.

Asid lemak Omega 6 daripada minyak evening primrose disarankan untuk kesihatan kulit. Kajian (oleh R.Muggli pada Ogos 2005) yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science menunjukkan bahawa pengambilan tiga gram (gm) minyak evening Primrose Rigel setiap hari selama tiga bulan boleh melambatkan penuaan kulit.

Tumbuhan Rigel juga menghasilkan minyak yang mengandungi 33 peratus lebih Asid Gama Linolenik (GLA) sedangkan hanya dos yang lebih rendah diperlukan untuk pengekalan kulit sihat. Pengambilan minyak evening primrose memberi manfaat kepada kelembapan, kehilangan air, keanjalan, ketegangan, daya tahan dan kekasaran kulit.

Dengan itu, sekiranya anda inginkan pelembap dan produk rawatan diserap oleh kulit dengan lebih baik, pengambilan EFA adalah perlu. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan EFA bersama antioksida seperti vitamin A, C dan E berkesan bagi memperbaiki kesihatan dan merawat masalah kulit termasuk dermatitis dan ekzema.

Vitamin A penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit, vitamin C membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit) dan vitamin E merangsang pemulihan dan pembaikan tisu. Ia mencegah kerosakan sel dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas. Kekurangan zink boleh melambatkan proses penyembuhan luka atau jerawat. Zink bersama vitamin E pula menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit yang muda serta mungkin membantu masalah kulit yang berparut.

Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksima, pengambilan nutrien antioksida memerlukan kombinasi yang lebih menyeluruh kerana kekurangan sesetengah nutrien akan menjejaskan kulit atau anda tidak akan memperolehi kesan yang sepatutnya.

Dengan itu, pengambilan kombinasi beberapa nutrien antioksida yang mengandungi beta karotena, vitamin C, E, selenium dan zink dalam satu tablet merupakan langkah pencegahan daripada kerosakan radikal bebas. Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu.

Jika tidak pasti dengan diet anda, suplemen tertentu boleh menjadi pilihan.

Cadangan Supplemen Shaklee

GLA Complex
Melambatkan penuaan kulit dan memberi manfaat kepada kelembapan, kehilangan air, keanjalan, ketegangan, daya tahan dan kekasaran kulit. 

 Vitamin C
Membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit) 

 Vitamin E + Selenium
Merangsang pemulihan & pembaikan tisu, mencegah kerosakkan sel dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukkan radikal bebas

 Zink
Menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit muda dan membantu masalah kulit berparut

 Omega Guard
Supaya pelembap dan produk rawatan diserap oleh kulit dengan lebih baik

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Ingin tahu produk mana yang sesuai untuk masalah anda?

Jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: