Monday, 22 April 2013

[Tip Kecantikan] 5 Rahsia Penting Kulit Cantik, Cerah dan Berseri


Wahhh, cepatnya masa berlalu kan. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan May dah. Lebih kurang 3 bulan jer lagi nak raya ni. Kepada sesiapa yang tahun ni berazam nak beraya dengan imej baru, sempat lagi ni. Nak kurus ker, nak kulit cantik ker, inilah masanya nak bertindak. Bertindak yer sebelum terlambat:)

Ok, entry kali ni, ingin saya kongsikan 5 tips yang mudah untuk anda dapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri. InsyaAllah anda akan dapat hasil yang anda inginkan jika anda amalkan tip-tip ini secara betul dan konsisten. Kalau tanya saya, semestinya la kan saya sendiri pun amalkan....

Jom kita baca...

5 Rahsia penting kulit cantik


1. TIDAK MEROKOK

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. REMAJA DARI DALAM

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. PENGELUPASAN KULIT

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. BERSENAM

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Selamat beramal:)

Ingin mencuba supplemen Shaklee untuk kecantikan kulit anda?
Hubungi saya ok....

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: