Saturday, 18 May 2013

[Set Breastfeeding] Q & A Tentang Tips dan Cara Pengambilan Vitamin Set Breastfeeding/Penyusuan Shaklee


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop

Seperti yang ramai telah ketahui, supplemen Shaklee sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan ibu-ibu menyusu iaitu Set Breastfeeding kerana set ini bukan sahaja membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan ibu, malahan juga meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan si ibu supaya ibu kekal bertenaga, cergas dan cantik berseri.

Entry kali ni adalah koleksi soalan-soalan lazim yang sering diutarakan oleh ibu-ibu menyusu setelah mengambil Set Breastfeeding.


So, here we go, khas untuk ibu-ibu menyusu, anda boleh refer di sini ok jika ada sebarang kemusykilan mengenai Set Breastfeeding.
   
1) Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini? 

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron).

2) Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)? 

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

3) Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari? 

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

4) Apakah cara terbaik untuk mengambil Alfafa?

Alfafa boleh diambil 2 biji setiap kali selepas sesi pam atau menyusukan anak. Disarankan juga pengambilan Alfafa bersama dengan 1 sudu ESP. Jumlah Alfafa yang perlu diambil setiap hari bergantung kepada penerimaan badan individu sebenarnya, ada yang perlukan 2 biji sahaja, ada juga yang perlu lebih dari 2 biji, dan ada yang tidak cukup dengan Alfafa sahaja, perlukan Ostematrix dan/atau ESP untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Berdasarkan pengalaman-pengalaman ibu menyusu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee, pengambilan 2 biji Alfafa bersama dengan 1 sudu ESP, 3 kali setiap hari akan memberikan hasil yang paling memberangsangkan.


5) Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu? 

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct).

6) Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak? 

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

7) Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur? 

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

8) EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal? 

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

9) Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee. 

Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di entry ini .

Kepada semua pelanggan yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop, jika ada persoalan-persoalan lain, atau sebarang masalah, jangan segan-segan untuk bertanya saya ya. I'm here to help you, anytime and anywhere:)

Selain supplemen, pastikan anda juga sentiasa mengamalkan 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu. 
  • Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam. 
  • Minum air tidak kurang 3 liter sehari. 
  • Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt. 
Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Cikgu PJ said...

Salam nak tanya...saya baru nak mncuba Esp n alfafa dlm bulan puasa ni..macam mana ye pengambilannya.sebab sy tgk kna minum banyak air..tlg advise ye tq