Sunday, 19 May 2013
[Tip Kurus Langsing] 10 Tips Mudah dan Berkesan Untuk Kawal Nafsu Makan
Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)
Dah lama rasanya saya tak share tips untuk kurangkan berat badan kan. Ok, tips meletop kali ni pastinya akan membantu anda yang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, tapi selera mak aii, membuak-buak, spoil la kan:)
Sukar kawal nafsu makan untuk kurang berat badan?
Dalam proses mengawal berat badan, nafsu makan sering menjadi musuh utama. Kalau nafsu tu dah bergelora, memang sukar untuk mengawal diet dan pemakanan.
Keinginan biasanya timbul akibat keadaan tertentu. Nafsu coklat berbeza dengan nafsu gula. Badan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan isyarat pada kita tentang apa yang diperlukan. Hmmm sebab-sebabnya ada pelbagai – termasuklah kesimbangan hormon, kekurangan mikro-nutiren, masalah emosi, stress, kehamilan dan lain.
Walaupun kita tidak dapat elak adanya nafsu makan langsung, tetapi kita dapat mengawalnya.
Jom saya kongsikan di sini antara tip-tip mudah untuk mengawal nafsu makan, yang saya petik dari ebook pakar diet Kevin Zahri.
1) Makan Setiap 3 – 4 jam
Ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu. Mengapa?
Kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberi ruang untuk berasa lapar.
2) Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks (oats, wholegrain, nasi perang, roti perang) menjadi pilihan diet anda. Ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahanan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks ini kepada gula.
3) Air Masak Sepanjang Hari
Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah.
4) Jangan Bawa Balik
Hmm jika anda gemari coklat atau makanan manis, cuba jangan bawanya pulang ke rumah. Anda mungkin akan tertewas dengan keinginan anda.
5) Keajaiban Melalui Senaman
Senaman hasilkan endorphin yang secara semula-jadi kurangkan selera makan. Senaman juga mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan memulakan senaman!
6) Suplemen Boleh Bantu
Terdapat pelbagai makanan tambahan yang boleh bantu mengurangkan nafsu makan, antaranya:
Asid Amino : Tyrosine, Phenylalanie, GABA, Tryptophan & glutamine bantu dalam membekalkan pengeluaran bahan kimia pada otak yang boleh memodulasi emosi dan nafsu.
B-Kompleks: Penting dalam pembentukan cecair kimia pada otak dan selalunya kurang di dalam diet kita.
Mineral: Kromium, magnesium & kalsium bantu kawal nafsu makan.
Multivitamin: Boleh membantu anda tidak terlalu lapar. Kebanyakkannya mengandungi Vitamin B dan mineral.
7) Protin Baik Untuk Anda
Protin adalah kunci untuk mengawal keinginan terhadap karbo dan sememangnya mengenyangkan.
8) Jangan Biar Anda Lapar
Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.
9) Kurangkan Garam
Mengurangkan pengambilan garam dapat menurunkan keinginan anda terhadap
gula. Disamping itu pengurangan garam dalam diet seharian anda juga mampu untuk mengurangkan
takungan air berlebihan dalam badan.
10) Katakan Tidak!
Antara cara yang terbaik mengawal nafsu atau keinginan ialah DIRI SENDIRI Anda perlu kuat, komited dan berani mengatakan TIDAK. Minda mengawal tubuh badan anda. Kawal minda anda sebaiknya.
Sebenarnya. Kevin Zahri berkongsi 45 tips di dalam blog beliau, tapi saya pilih 10 je untuk saya kongsikan di sini, 10 cara yang pada saya paling mudah untuk anda amalkan.
Cuba tau jangan tak cuba:)
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment