Saturday, 18 May 2013

[Info Vitamin] Panduan, Pantang Larang dan Jadual Pengambilan Supplemen untuk Kesan yang Optimum


"Kak, macam mana nak makan set berpantang ni eh, kawan saya bagi hadiah, tapi dia suruh saya google jer cara nak makan"

"Kak, boleh tak saya makan Alfafa dengan Vitamin E serentak"

"Kak, kalau saya minum kopi, ada effect apa-apa tak kalau lepas tu makan vitamin"

Ini antara soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya mengenai cara pengambilan supplemen Shaklee, dan kalau nak disenaraikan semua soalan-soalan lain di sini, sampai esok pun tak habis:)

Jadi, sebagai panduan kepada anda semua, terutamanya yang baru atau pertama kali mengambil supplemen, berikut adalah cara dan jadual pengambilan supplemen Shaklee secara umum yang boleh dijadikan panduan.

Tetapi, kepada yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop, sudah semestinya anda tak perlu risau atau pening, kerana sudah semestinya saya akan menyediakan jadual yang bersesuaian untuk anda. And of course, i'm always there for u jika anda ada sebarang pertanyaan.


Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin perlu diambil mengikut cara dan jadual yang betul.

Jadual pengambilan vitamin secara umum
  • Sebelum sarapan : ESP, Meal Shake, Performance Drink, Cinch 
  • Selepas sarapan : Vitalea, B-complex, Vitamin C, AJHT, Omega Guard
  • Antara sarapan dan makan tengahari : ESP, Cinch, Meal Shake 
  • Selepas makan tengahari : Zinc, Alfalfa, Lecithin, CarotoMax, Garlic 
  • Antara makan tengahari dan makan malam : ESP, Cinch, Meal Shake 
  • Selepas makan malam : Lecithin, GLA, Alfalfa, Nutriferon, DTX, Peppermint Ginger Plus 
  • Sebelum tidur : OsteMatrix, Vitamin E, Vivix, Collagen Powder, Herblax (weekend)

Antara perkara yang perlu dielakkan semasa mengambil vitamin
  • Jangan ambil Vitamin E bersama Alfafa kerana Vitamin E akan mengganggu penyerapan Alfafa
  • Jangan ambil GLA Complex bersama Alfafa kerana GLA Complex mengandungi Vitamin E, jadi sama seperti di atas, akan mengganggu penyerapan Alfafa
  • Jangan ambil Vitalea bersama produk tenusu atau Ostematrix kerana Vitalea mengandungi Iron, kalsium akan menghalang penyerapan Iron
  • Jangan ambil vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin

Panduan dan tips pengambilan vitamin


  • Vitamin larut air (B-complex dan Vitamin C) : Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.
  • Vitamin larut lemak (A, D,E K) : Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
  • OsteMatrix @ Calcium : Diambil bersama produk tenusu seperti susu. 
  • Ambil vitamin mengikut kadar yang dicadangkan dan secara konsisten setiap hari
  • Jangan ambil vitamin lebih dari kadar yang dicadangkan kerana vitamin yang berlebihan boleh bertukar menjadi toksin
  • Antara vitamin yang tidak disarankan semasa mengandung ialah Vitamin E, GLA Complex, Alfafa, Vivix dan Cinch Shake

Apapun, selepas anda membeli sebarang supplemen, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar anda ye, agar pengambilan vitamin ini memberi kesan yang optimum kepada anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

nazlia sharif said...

minta izin share maklumat dr blog saudari.. terima kaseh