Sunday, 23 February 2014

Motivation Rally Shaklee di Pulau Pinang untuk Pengiktirafan Leader


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya event Shaklee iaitu Shaklee Motivation Rally di Pulau Pinang. Majlis ini boleh diakatakan sebagai sub-event yang diadakan di setiap negeri, untuk mengiktiraf semua Shaklee Business Leaders. Event terbesar iaitu acara tahunan adalah National Conference bakal diadakan pada Jun nanti.


Memandangkan saya adalah salah seorang penerima anugerah, mestilah rasa sangat excited kan.

Register dulu

Shaklee provide refreshment tau, so kita makan dulu yer sementara majlis nak bermula

Pembakar semangat mama...

Majlis dimulakan dengan opening speech oleh  
Mr Ethan Wang, Marketing Director Shaklee Malaysia

Salah satu acara yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu cabutan bertuah. Hadiahnya, sudah tentulah rangkaian produk Shaklee yang besttt tu

Ipan pun nak naik stage sekali dengan mama.
Gambar yang sangat blur, cik abang snap dari kejauhan :)

Istimewanya majlis ni bukan sahaja untuk memberi pengiktirafan kepada business leaders, malah ada juga perkongsian dari dua insan hebat yang telah bearda di ranking teratas iaitu Master Coordinator.

Master pertama adalah Mr Aldrich Low.
Beliau sentisa berpegang kepada kata-kata ni "Believe and Achieve".
Kalau korang nak tau, Mr Low ni, selepas graduate dulu, beliau tak pernah bekerja. Kiranya, sijil tu simpan dalam file je. Beliau terus buat Shaklee. Even time study tu pun, beliau dah buat Shaklee. Naik moto je hantar barang Shaklee kat customer. Pada waktu tu, beliau dah tanam azam, yang satu hari nanti beliau dapat membeli dan memandu kereta sendiri. Dan sekarang, beliau dah lebih berjaya dari tu. Nak tau tak apa rahsia beliau?

L.A.B V CAN

Hah? Apa tu. Masuk lab? Buat eksperimen?

L : Learn
Belajar, belajar dan terus belajar. Belajar ni adalah proses sepanjang hayat. Satu-satunya cara untuk belajar dan terus berjaya adalah apply. Jadi, dah belajar, kenala apply pulak yer, kalau tak camne nak berjaya.

A : Attitude
Setiap orang, pasti ada cabaran dan dugaan masing-masing kan. Especially dalam business ni, macam-macam yang akan kita lalui dan hadapi. Setiap orang pasti akan hadapi. Tapi, apa yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu nak hadapinya.
Dalam apa jua business, kelayakan ijazah semua tak penting dah. Tetapi, efforts seseorang tu yang paling penting. Sejauh mana kita berusaha dan bersemangat untuk berjaya. Di dalam Shaklee contohnya, sejauh mana semangat kita untuk berkongsi tentang kebaikan produk dan peuangpeluang yang ada di dalam Shaklee.

B : Believe
Percaya dengan company, percaya dengan produk, dan percaya dengan diri sendiri.
Percaya yang kita boleh berjaya dengan Shaklee. Nothing is impossible dengan Shaklee.
Dan percayalah, rezeki Allah sangat luas.

V : Vision
Ada vision yang besar dan jelas. Jangan takut untuk berimpian.

C : Commit
Buat yang terbaik. Bila kita dah decide nak buat business Shaklee, buat sehabis baik. Give full commitment.

A : Action
Fast Action, Fast Result.
Massive actions, produce massive reults

N : Now
Do it NOW, or NEVER!

Hahh, panjang lebar.. Memang rasa motivated betul.

Master kedua, adalah Master Nur Izaati Che Jawis
Beliau sentisa berpegang kepada kata-kata ni "Never Give Up on Your Dreams"
Beliau bercerita tentang perjalanan beliau dari seorang distributor biasa sehingga menjadi Master Coordinator. Secara ringkasnya, beliau berpesan supaya jangan takut untuk berimpian, impian yang besar-besar pun takpe. Bukan kena bayar pun nak berimpian ni... :)

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya.
I'm soo inspired. I'll be the next Master!

Diharap perkongsian saya kali ini memberi manfaat untuk anda, tak kisahla samada yang sedang atau baru nak buat business Shaklee atau business apa-apa sahaja.

Sentiasa berpegang kepada kata-kata ni:
IT'S NOW OR NEVER.
FAST ACTION, FAST RESULT.
JUST DO IT!!

Saya sangat suka hadirkan diri ke majlis-majlis sebegini, sebab kita akan dikeilingi orang-orang yang positif, orang-orang yang hebat. Kita pun dapat auranya sekali. Jadi, korang, nak berjaya, rapat-rapatkan diri dengan orang yang positif dan berjaya ya!

Mudah-mudahan kita semua terus berjaya dalam apa juga cabang business yang kita ceburi!
Think BIG, dream BIG!

Saya bersama dua orang leader hebat dari kumpulan kami, Supermom
Kami adalah Work at Home Mother (WAHM) :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: