Tuesday, 11 February 2014

[Pregnancy] Panduan Atasi Gastrik dan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil


Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Mengenai Pedih Ulu Hati?

1. Menjaga pemakanan
Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga makan dalam kuantiti yang banyak. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.

2. Jauhi asap rokok
Nikotine dalam asap rokok boleh menyebabkan ia menjadi teruk, tak kirala samada anda perokok atau perokok sekunder, iaitu menghisap asap dari orang yang merokok.

3. Kedudukan badan yang baik
Banyak berbaring dan membongkok ke hadapan akan menyebabkan ianya bertambah teruk. Duduk dan berdirilah dengan tegak.

4. Masa tidur
Jika berlaku ketika waktu malam, pastikan anda makan 3 jam sebelum tidur. Tinggikan kepala dengan menggunakan bantal 10-15cm dari paras dada.

5. Tinggalkan ubat penahan sakit
Ada ubatan yang menyebabkan ianya bertambah buruk. Antaranya ialah ubat penahan sakit, NSAID seperti ibuprofen atau aspirin. Sekiranya masih perlu mangimbil ubat-ubatan ini, pastikan anda berbincang dahulu dengan doktor.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Masalah Gastrik dan Pedih Ulu Hati

Anda juga boleh mengambil supplement bagi membantu masalah anda. Cadangan supplement Shaklee

ESP




ESP ini adalah berasaskan soya dan juga protein yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid . Nutrien protein membantu membina sel-sel badan yang baru menggantikan sel yang telah rosak dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus


Mengandungi herba yang asli pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis yang dapat melegakan ketidakselesaan perut anda.  

Walaupun ada ketikanya ibu hamil khususnya yang mengalami masalah alahan teruk mahupun pedih ulu hati akan kehilangan selera untuk makan, pengambilan makanan yang seimbang perlu sentiasa dititikberatkan agar janin yang dikandung menerima segala zat dan nutrisi yang diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhannya.

Disinilah pengambilan nutrien anda perlu diberi perhatian. Sekiranya nutrisi tersebut tidak mampu diperolehi daripada pemakanan harian semata-mata maka pengambilan vitamin dan supplement tambahan menjadi penting khususnya dalam membekalkan keperluan asid folik, multivitamin dan kalsium.

“Apa yang anda perlu ingat, dengan menjaga kesihatan diri, anda juga menjaga kesihatan bayi dari mula konsepsi hingga ia dilahirkan. Ini adalah permulaan terbaik yang boleh diberikan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cadangan supplement yang baik untuk diambil ketika hamil, sila KLIK SINI.



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: