Friday, 21 February 2014

Online Business Shaklee yang Mudah dan Menyeronokkan


Biasanya pada waktu ni saya dah tertidur dah dengan anak-anak. Memang dah jadi rutin seharian, saya dah latih anak-anak saya tidur paling lewat pun pukul 10.30 malam. Supaya esoknya bangun pagi senang dan masing-masing tak buat perangai kalau tak cukup tidur. Tidur yang cukup kan penting untuk kanak-kanak yang membesar, untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga supaya kanak-kanak dapat fokus dengan aktiviti di sekolah atau tadika.

Tapi malam ni, pada waktu ni, mata saya masih segar-bugar lagi. Anak-anak memang dah lama tidur (by the way, si ayah memang tidur lagi awal dah :). Kenapa saya masih segar-bugar lagi waktu ni?
Sebab saya terlalu excited dengar Webinar dari kumpulan Shaklee saya iaitu Supermom tadi. Hahh, apa tu Webinar ye. Ok, Webinar ni kira macam class online la. Ada beberapa orang yang akan bagi ucapan, dan orang-orang lain boleh mendegar dan melihat slides yang ditunjukkan secara online. Menarik kan.

Perkongsian yang hebat dan menarik dari leader-leader yang telah berjaya di dalam Shaklee mengenai 1001 Halangan dan Dugaan di dalam Business Shaklee. Salah seorangya adalah seorang surirumah (Work At Home Mother) yang berpendapatan 5 angka tau. Yeahh, i'm fighthing for that too! Perkongsian pengalaman, motivasi dan tips-tips yang memang hebat dan membuatkan semangat saya makin berkonar-kobar. Makin rasa bersemangat untuk terus berjuang dan berjaya di dalam business Shaklee.

Inilah hebatnya online business Shaklee di bawah kumpulan kami ni. Masing-masing tak kedekut ilmu. Memang kita takkan keseorangan lah, sentiasa ada sokongan dari rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkongsi ilmu, tips dan rahsia untuk berjaya. Sayang betul saya dengan family Shaklee saya ni, bersyukur sangat dipertemukan dengan orang-orang yang hebat.

Dan lagi satu, dengan business Shaklee ni, takde istilah kena keluar malam-malam sampai lewat malam untuk pergi class atau seminar. Tak perlu tinggalkan anak-anak dan suami. Nak buat 100% online pun boleh. Contohnya Webinar ni, sambil main-main dengan anak-anak, sambil tidurkan anak-anak pun masih boleh belajar dan dapat ilmu. Selain Webinar, kami juga ada Facebook group, WhatsApp group dan rakaman video, yang hanya khas untuk ahli kumpulan kami.

Offline kelas pun ada juga diadakan, tapi takde paksaan untuk join. Kalau nak join, anak-anak dan suami pun boleh ikut, takde masalah. Ini yang paling saya suka. Sebab saya ni memang kalau boleh, ke mana saja nak bawa anak-anak dan suami. Mereka adalah salah satu push factor saya yang paling kuat, yang membuatkan saya ingin terus berjaya dan berjaya di dalam Shaklee. Banyak sebenarnya impian saya untuk anak-anak saya ni...

Impian terbesar tahun lepas saya adalah untuk menjadi seorang Work At Home Mother. Alhamdulillah sudah tercapai dengan Shaklee.
Masih banyak lagi impian saya bersama Shaklee ni. Tanggungjawab yang harus digalas untuk membimbing anak-anak Shaklee saya supaya sama-sama berjaya di dalam Shaklee.
Jom sama-sama capai impian dan angan-angan kita!

 Merekalah push factor saya yang paling kuat


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

No comments: