Saturday 25 April 2015

5 Tips Mudah Untuk Kurus


Kenapala susah sangat aku nak kurus ni?

Susah ke?

Saya tak nafikan memang agak sukar nak turunkan berat badan terutamanya bagi yang dah sampai tahap obes.
Tapi, kalau orang lain boleh, even ada yang dah berat badan cecah 100 kg pun boleh turun sampai 50kg, takkan kita tak boleh.

Semuanya bergantung kepada semangat, usaha dan kemahuan masing-masing.

Tukarkan dari susah kepada BOLEH !

Perkara yang paling banyak mempengaruhi berat badan seseorang adalah pemakanan.

So, entry kali ni, saya just nak share beberapa tips ringkas tentang pemakanan.

5 Tips Mudah Untuk Kurus, Dari Segi Pemakanan

1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)

2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)

4. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!

5. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.

Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).

Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.

Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.

Good luck semua. Anda BOLEH!

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)