Wednesday 8 April 2015

8 Tips Dan Petua Awet Muda, Cantik Luar Dan Dalam

Sudah menjadi fitrah manusia, sukakan benda yang cantik-cantik. Tak kiralah perempuan mahupun lelaki. Saya ni taklah obses bab-bab kecantikan ni, cuma apa yang saya nak, saya nak nampak cantik luar dalam untuk suami, selesa dengan keadaan diri sendiri dan sihat luar dalam supaya mampu menjalankan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri dan ibu kepada dua anak yang comel. InsyaAllah.

Saya selalu kagum tengok orang-orang dulu, bukan sahaja nampak awet muda luaran, malah tenaga yang ada tu mengalahkan kita yang muda ni. Orang yang paling terdekat dengan saya, sudah tentulah ibu saya yang tercinta. Bak kata orang, tenaga dan wajah tak dimamah usia.

Saya tak pernah pulak la tanya mak saya tips awet muda mak saya. Tapi, saya rasa nak share kat sini antara tips-tips kecantikan luar dalam yang menjadi tabiat atau kebiasaan mak saya, berdasarkan pemerhatian saya dan apa yang mak saya selalu pesan.
Mudah-mudahan memberi manfaat untuk semua :)

1. Penjagaan kulit wajah

Penjagaan kulit wajah adalah perkara yang paling basic. Jika kita konsisten amalkan dua kali sehari tiga langkah asas iaitu mencuci, menyegarkan dan melembapkan kulit, ini pun insyaAllah dah memadai. Satu benda yang paling saya ingat, mak saya pesan, waktu cuci muka dan pakai pelembap, lakukan sapuan menghala ke atas. Jangan sapu arah ke bawah. Barulah kulit maintain tegang dan tak sembap.

Serum, mask, rawatan spa dan sebagainya tu adalah pilihan.
Kalau ada masa, budget dan kerajinan, dan rasa perlu, boleh je nak amalkan sekali.

2. Rehatkan kulit

Semua perlukan rehat, otak perlukan rehat, badan perlukan rehat, kulit pun perlukan rehat juga tau. Jangan sentiasa mengenakan make-up. Biar kulit bernafas. Dan paling penting, jangan sesekali tidur tanpa mencuci make-up dahulu.

Seumur hidup saya, tak pernah rasanya saya tengok mak saya pakai make-up. Apa yang ada di meja solek mak saya hanyalah lipstick. Compact powder pun jarang tengok mak saya pakai, mak saya selalu pakai sunblock je. Agaknya sebab tu kut anaknya ni pun takde make-up2 bagai. Mungkin sebab tu jugaklah mak saya selalu nampak berseri-seri, takde masalah jeragat, eye bag dan sebagainya. Maklumlah, make-up tu semua kan banyak bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.

3. Sentiasa tenang

'Jangan marah, nanti cepat tua'
Selalu kan dengar orang cakap macam tu.
Betul tau sebenarnya. Kemarahan ni bukan sahaja boleh merosakkan kulit kita, malah sel-sel dalam badan kita turut terjejas. 

Walau sebesar mana masalah pun yang mak saya hadapi, apa yang saya perhatikan, mak saya tak pernah tunjukkan depan kami anak-anak kat rumah. Mak saya sentiasa nampak tenang dan sabar je. 

Jom latih diri untuk lebih tenang dan sabar dalam apa jua keadaan, dan jangan lupa maafkan semua orang sebelum tidur :)

4. Bangun sembahyang malam/Tahajud

Betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan apabila kita bangun mengerjakan sembahyang malam. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

KURNIAAN DI DUNIA IALAH: 
  • Jauh daripada segala penyakit. 
  • Lahir kesan takwa pada wajahnya 
  • Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. 
  • Percakapannya mengandungi hikmah. 
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). 
SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. 
  • Dipermudahkan hisab. 
  • Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. 
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNIC
Selain amalan wajib yang memang wajib dilakukan, jom sama-sama kita perbanyakkan amalan sunat. Solat Tahajud adalah antara yang mak saya selalu pesan. Saya pun masih dalam usaha untuk konsisten bangun sembahyang malam ni, at least seminggu sekali. Jom sama-sama ya kita usaha bangun malam, sama-sama mencari redha Allah dunia dan akhirat :)
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

5. Tidur yang secukupnya

Tidur tu biarlah berpada-pada. Secukupnya, bukan bermaksud berlebihan. Biasakan diri tidur awal, bangun awal.

Mak saya dulu seorang wanita bekerjaya, jadinya, bila malam tu, kami semua anak-anak dah faham. Waktu malam adalah waktu rehat mak setelah seharian penat bekerja. Waktu tidur mak saya biasanya paling lewat pun pukul 10.00 malam macam tu, sebab mak saya bangun sangat awal. Sekitar 3-4 pagi.

6. Senaman

Mak saya takdelah keluar pergi jogging atau aerobik ke. Tapi pada saya, buat kerja rumah pun adalah satu senaman. Bayangkan dulu, mana ada mesin basuh automatik, dengan nak pergi pasar lagi, masak lagi dan macam-amacam kerja lagi. Baju sekolah kami, baju raya kami, semuanya mak yang jahitkan. Mak saya pula bukan surirumah tau.

Bila kenang-kenang balik zaman dulu, rasa bergenang je air mata ni. Tak terbalas rasanya jasa mak membesarkan kami adik-beradik.

7. Pemakanan

Saya dibesarkan bukan dengan makanan seperti burger, sosej, nugget, fishball, fish cake, potato fries dan sebagainya. Air bikarbonat pun takde. Dalam peti sejuk kami, hanya ada air masak je, ikan dan daging segar.

Bila pergi jamuan hari jadi kawan-kawan ke, barulah merasa makanan segera. Bila makan tu rasa sedaaaappp sangat. Rasa macam makanan orang kaya pun ada jugak. Hahah. Saya macam teringat-ingat kawan saya cakap ada stok nuget dalam peti ais. Bila-bila je bole goreng.
Time tu rasa teringinnya lahai, hmmm, kat rumah aku takde. Agaknya mungkin sebab mak tak mampu beli agaknya makanan macam tu.

Bila dah makin besar, rasa bersyukur sangat tak dibesarkan dengan makanan-makanan segera ni. Sampai sekarang pun kat rumah saya takde stok macam tu, Alhamdulillah anak-anak pun tak minat sangat makanan macam tu. Sesekali je la makan.

Punyala panjang cerita. Mesej sampai tak :)
Apa yang nak saya sampaikan di sini, pemakanan simbang sangat penting untuk cantik dan sihat luar dalam. Buah-buahan dan sayur-sayuran pun kena ambik juga ye.

8. Pengambilan supplement

Lagi satu yang mak saya selalu pesan, 'ambik supplement'.
Penting sangat ni untuk luar dan dalam. Jika umur anda 20 tahun, mungkin tak nampak beza sangat antara orang yang ambil supplement dengan yang tak ambil supplement. Tapi, apabila usia anda memasuki 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun....
Sangat berbeza antara orang yang ambil supplements dengan yang tak ambil supplements. 

Tak nak la kan, umur 30 tahun muka dah berkedut seribu, berjeragat bagai. Badan pun dah sakit sana-sini..

Dulu kecik-kecik, saya selalu la tengok mak saya makan pil-pil tu. Walaupun kecik, dah faham dah tau, mak ambik tu untuk kesihatan.
Sampai sekarang pun mak saya ambik supplements. Sekarang ni of course la ambik Shaklee, anak beranak ambik Shaklee :)

Me dengan mak tersayang
Mak saya dah 60 tahun this year. And me, 34 tahun.
34 tahun rasa macam dekat sangat 40 tahun. 
Ya Allah, terasa begitu cepat masa berlalu.
Syukur kepada kepada Allah di atas segala nikmat. Alhamdulillah

3 comments:

~aSHa~ said...

kita sebaya rupanye....

sy pun ahli dan mmg sedang makan supplements shaklee

mak abah pun dulu2 mmg ahli dan makan supplements tu

cerita ceriti kak sarah said...

cantiknya kulit muka awak..hheee

yatiesams said...

masa yang terhad membuatkan saya memilih supplemen sebagai pengganti kepada tips2 yang lain...alhamdulillah, hampir 2tahun amal suplemen shaklee, dengan izin Allah, kesihatan terjaga luar dan dalam...
TIPS ATASI LINGKARAN GELAP BAWAH MATA