Monday, 21 September 2015

5 Tips Mudah Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Ramai di kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin, sering mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan berat badan seperti sebelum mengandung serta tercari-cari tips kurus selepas bersalin yang paling mudah untuk diamalkan. Dan keluhan ini berlarutan bukan sahaja hanya dalam tiga hingga empat bulan pertama, malah berpanjangan dan ada kalanya sampai mengandung anak seterusnya pun berat badan masih tak turun-turun lagi dan yang lebih menyedihkan bersambung pula sehingga anak seterusnya dilahirkan.

Tertekan, stress, malu, sedih pun ada. Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan atau saudara-mara yang masih maintain seperti anak dara walaupun dah ada anak. Tu belum masuk bab-bab cik abang gurau-gurau manja tentang berat badan kita, macam perli pun ada kan.


Susah sangat ke nak turunkan berat badan selepas bersalin ni?
Apa kata kita lihat perkongsian ibu-ibu yang dah berjaya kembali kurus selepas bersalin ni. Semoga menjadi insiprasi untuk ibu-ibu di luar sana. Kalau mereka boleh, pasti anda pun boleh.
 





Tak mustahil kan nak kurus selepas bersalin ni.
Malah lebih kurus dari sebelum bersalin pun boleh.

Jadi bagaimana caranya untuk kita kurus selepas bersalin dengan cepat?
Hari ni saya dengan rasa gembira, nak berkongsi dengan anda semua, tips mudah untuk kurus selepas bersalin dengan cepat. Sebelum tu apa kata kita tengok kisah ibu ni pula, turun sampai 20kg tu selepas bersalin. Apa rahsia beliau agaknya yer.


Jom kita semak sama-sama dan get ready untuk buat dengan konsisten ye ibu-ibu semua.

5 Tips Mudah Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut Selepas Bersalin
 

1. Menyusukan Anak Secara Ekslusif

  • Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Menyusukan anak sangat-sangat membantu badan kita untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Sebanyak 500 kalori terbakar sehari hanya dengan anda menyusukan si comel anda. Sangat mudah kan?
2. Minum Air Masak yang Mencukupi
  • Pastikan anda konsisten dengan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari. Biasakan diri dengan menyukat jumlah air masak yang diambil. Paling mudah, sediakan air masak dalam botol 1 liter tu, senang nak kira kan berapa banyak dah minum air masak? Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak setiap hari. Jadi  kalau berat dah capai 60kg, tak ke dah 2.4 liter air masak kita kena minum?
3. Jangan Tinggal Sarapan
  • Bagi anda yang masih belum tahu, pengambilan sarapan setiap pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Apabila kadar metabolisme meningkat, pembakaran tenaga akan berlaku lebih cepat dan lebih banyak kalori akan dibakar. Ramai yang miss perkara penting ni. Skip breakfast tapi lepas tu masa lunch, makan sampai tak perasan orang kat sebelah.
4. Lebihkan Pengambilan Serat seperti Sayur-sayuran dan Buah-buahan
  • Tips yang sangat selalu kita dengar kan? Memang tips yang sangat mudah sebenarnya. Setiap hari, pastikan pengambilan serat kita mencukupi dan kalau lebih lagi bagus. Senang nak membuang nanti.
5. Kawal Pemakanan
  • Kurangkan makan makanan bergoreng, makanan segera, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi, kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.
Tapi tu la kan..
Walaupun tips ni nampak mudah, tapi agak susah juga sebenarnya bagi sesetengah orang. Ada yang mungkin gagal mengawal selera makan sendiri, kerap berasa lapar, masalah metabolisma badan yang mungkin agak rendah, masalah pengahadaman dan masalah-masalah lain yang menyukarkan lagi misi nak kurangkan berat badan tu.

Bagi anda yang mempunyai masalah-masalah untuk kurangkan berat badan ni, dan ingin tahu bagimana Shaklee dapat membantu anda seperti ibu-ibu lain yang telah berjaya kurus dengan Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ok.

Info lanjut tentang Set Kurus Shaklee di sini
Semoga dengan tips mudah yang saya kongsikan hari ni, dapat memberi manfaat dan membantu anda semua ibu-ibu lepas bersalin yang ingin kembali kelihatan lebih cantik dan lebih yakin terutamanya untuk tatapan suami sendiri. Dah dapat tips mudah ni, jangan lupa untuk amalkan ye :)


KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: